31.10.11

::betul ke cinta tu buta?::

selamat pagi...
mungkin ramai antara kita yang sedang bercinta sekarang ni kan...
ramai yang ada pengalaman kan...
korang... betul ke cinta tu buta? butakah cinta?

butakah cinta itu?
siap ada lagu lagi..lagu butakah cinta..

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

tengok... dalam lagu pon dah menunjukkan yang cinta itu buta...
smpai nk butakan mata sendiri tu.. hee~



cinta kadangkala membuatkan manusia buta...
pesan fyza.. jangan biarkan mata kita buta..
sehingga xdapat menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata...
cehwah..fyza cakap mcm pakar je kan..hee~ 



kesimpulannya...
cinta Allah confim x buat kita buta...
betul tak?

p/s: hanya sekadar berkongsi...^_^

Wassalam..

30.10.11

::Dia Bukan Nabi::

selamat pagi semua...
pagi ni nak share something..
tentang satu novel yg fyza beli semalam..
agak tertarik dengan buku ni...

Dia Bukan Nabi...
sebuah novel yang harus dihayati buat mereka yang mencari sesuatu dalam hidup..
sesungguhnya, setiap apa yagn berlaku itu pasti ada hikmah yang terindah dari-Nya. 


agak2 menarik tak novel ni? 
don't judge a book by it's cover ok...

fyza pon tak habis baca lagi.. hee~ 
nk sambung baca la ni...

Wassalam..





29.10.11

::analogi tomyam::

selamat pagi sabtu semua..
semua sihat..
fyza baru lepas masak tomyam.. tomyam ayam...
tp xtau la sedap ke tak... hee..
saje hari ni masak awal sebab nak keluar jap ag..


korang2.. fyza nk share something ni..


"..ingatlah bahawa setiap sesuatu didunia ini, ada kelebihan dan ada kekurangannya. Bukanlah bererti seorg doktor akan kekal sihat sentiasa, seorg jurutera akan sempurna pada pengiraannya, seorg peguam akan tetap lancar pd percakapannya, seorg berilmu tidak akan ada silap salahnya. Hakikatnya pasti akan terselit juga kekurangannya, maka bersikaplah sederhana dlm apa yg kita miliki dan dlm apa jua kedudukan dan posisi. Kerana bila2 masa kekurangan itu akan muncul dari diri."



macam diri fyza... diri ini x sempurna... 
setiap orang x sempurna..
ada kelebihan dan kekurangan masing2..

contohnya kan.. 
macam fyza masak tomyam.. 
kalau hari ni rasenya sedap...
tak semstinya kalo esok fyza masak lagi..
rasenya akan sedap macam apa fyza masak hari ni..
mungkin esok terkurang masam ke...
tomyam pun ada kekurangan..
apatah lagi manusia...
kan..kan3?

p/s: ada sape2 nk tomyam..?=p

Wassalam..

28.10.11

::kenapa wanita sering menangis?::


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?





Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... ... ... ... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA"


...........






Ya Allah... jadikan diri ini wanita yang kuat jugak...
amin...


Wassalam...

27.10.11

::nak tau tak apa benda yang ajaib?::

selamat petang...
dah makan semua...?
hari ni fyza nak bagitau tentang benda2 yang ajaib kat dunia..=D

(^__________^)

cikgu:murid2..sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?

boon kok keong:piramid cikgu..

cikgu:bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!

gopal:taj mahal..cikgu..

cikgu:bagus...lagi....!!!

husin:hati..cikgu..!!!

cikgu:aik..kenapa pulak hati???boleh kamu terangkan pada kelas..???

husin:sbb hati manusia ni..orang x nampak.tapi boleh rasa..kalau hati menangis..xde sape buleh dengar.dalam hati ada macam2 rasa..marah,geram,kecewa,gembira dan macam2 lagi.tuhan ciptakan hati manusia ni sama tp tak serupa.bende2 yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu..itu cuma tinggalan sejarah lama.sbb manusia hari ni..boleh buat bende2 yg serupa dengan bende2 tu semua.tapi xd sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!!



hehe.. ajaib tak hati kita??

saya ada hati...
anda pun ada hati..
hati kita ni unik...
dan pesan fyza..
jom sama2 jaga hati kita...^_^

p/s: sayang kalian... tulus ikhlas dari hati ini..hee~

Wassalam... 

25.10.11

::biar lambat asal selamat::

selamat malam semua...
hanya entry ringkas malam ni~



Kalau boleh kita ingin dapat jodoh dengan cepat ..
 tapi TUHAN ingin kita mendapat jodoh yang tepat .. 
maka, biar lah LAMBAT asal SELAMAT ! 


sebab kita nk bercinta sampai syurga kan...~

hee~ out


Wassalam...

23.10.11

::di sebalik no 2 hari ini::

selamat pagi semua...
salam ahad...
tajuk entry...
di sebalik no 2 hari ini...
kenapa dengan nombor 2?

tadi fyza bukak blog... 
terperasan akan sesuatu...
hari ni...
dah 2 tahun 2 bulan 2 minggu 2 hari fyza berblog..
cantik kan no 2 tu...

dah 2 tahun  lebih fyza berblog...
mungkin ramai tak tahu kewujudan blog ceritera hafyza ni pon..
follower pon tak ramai...
kalau orang lain mungkin dah beribu-ribu follower rasenya...
tapi xpela..fyza menulis hanya untuk diri...
tapi untuk dikongsi bersama anda semua...(^_^)(^_^)

dan kepada yang sudi singgah blog fyza 
terima kasih banyak...
sebab sudi singgah kat blog yang tak seberapa ni...
sebuah blog ceritera hafyza.


ceritera hafyza...
ceritera yang sentiasa mengharap pelangi Ilahi dalam hidupnya...

p/s: sayang kalian..makaseh..^_^

Wassalam...

21.10.11

::tanya diri sendiri::

kawan2..
kita perlu tanya diri kita sebenarnya...

Kadang-kadang kita perlu tanya diri. Apakah sebenar-benarnya kita layak mendapatkan apa yang ada dalam hidup kita sekarang ini?

Adakah kita sudah cukup menghargai?
Adakah kita sudah cukup bersyukur?
Adakah kita sudah cukup menggunakan peluang berkali-kali?
(T___T)

Kita kerap kali memejamkan mata terhadap apa yang kita ada. Kerana pada fikir kita, apa yang kita ada itu akan sentiasa ada dalam hidup kita. Tapi kita terlupa, bahawa boleh jadi asbab diri kita sendiri, semuanya akan hilang dan pergi.




Jangan lupa,
hidup ini ibarat roda.

Kejap-kejap kita senang hati berada di atas,
kejap-kejap kita akan terjelupuk berada di bawah.



kan best kalau hidup ini ibarat pelangi..
sentiasa indah... kan...kan...

Wassalam...

::siapa pemilik cintaku?::

selamat malam semua...
apa khabar?
malam ni fyza nak share tentang forum yang diadakan di maktab fyza selasa lepas
panelis forum tu pasangan suami isteri..
keduanya penulis yang hebat...
ustazah FatimahSyarha dan suaminya Dr Farhan Hadi


tajuk forum...
PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL...
forum yang sangat menarik...
siapakah pemilik cinta fyza? jeng..jeng..jeng..

cinta itu fitrah tapi kalau tak dijaga dengan baik boleh jadi fitnah...
suka kata-kata ni..
put your trust on Allah...(^_^)(^_^)


Wassalam...

13.10.11

::mohon untuk terus berdebat! hee~::

selamat malam semua...
yang dihormati pihak kerajaan... barisan pihak pembangkang yang semakin goyah.. para hakim...serta sidang blog sekalian... 
SELAMAT BERSIDANG SEMUANYA..! 
hehe..maaf.. ni semua pengaruh debat ni..

fyza nak cerita tentang pertandingan debat yang berlangsung di maktab fyza sekarang ni...
minggu debat yang sangat meriah...
hari ni dah masuk hari keempat sebenarnya...
peringkat separuh akhir dah berakhir dah pun...

kamu2 pernah tengok pertandingan debat?
mungkin fyza tak pandai nak berdebat..
tp fyza suke tengok...
kerna apa?
sebab debat sangat best...!
masa debat la nk tengok pergaduhan sebenar..hee~

buat pendebat IPG AFZAN...
walaupun kalah..korang dah cuba yang terbaik kan..
mungkin tak ada rezeki...^_*

salah satu buletin debat~

esok...
pertandingan akhir...
antara...

IPG KAMPUS GAYA dan IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

dan siapakah yang akan bergelar pendebat terbaik?

jeng..jeng..jeng...

esok fyza sambung cerita ye....

MOHON UNTUK TERUS BERDEBAT!! hee~

p/s: untuk maklumat lanjut.. klik sini

Wassalam..

11.10.11

::untuk kamu::


selamat petang semua...
entry ni untuk seorang sahabat...
yang berada nun jauh...
nun jauh dari Malaysia ni...

ok.. saya panggil dia wa...
seorang yang sgt comel..=D hee...
untuk maklumat lanjut..boleh bukak blog dia ye....

::❤❤❤ThE GaRdEn oF LoVe ❤❤❤::

fyza kenal dia melalui blog...
sejak tu...
kami mula rapat...
dan dia..seorang kawan yang baik...
baik sangat... terima kasih wa...

dan untuk wa..entry ni khas untuk kamu..sayang kamu..~

wa..
teringin nk g New Zealand la...
boleh tak? hee~

p/s:sayang kalian jugak..~

Wassalam...

10.10.11

::suka kata-kata ini::


ok..
saya suka kata-kata ini...
every day may not be good...
but there's something good in every day...

kamu paham apa maksudnye..?

p/s: ok..g dlu..nt jumpa lagi..

Wassalam..

8.10.11

::mana mak?::


selamat malam semua...
apa khabar...?
malam ni fyza ni share satu lagi kisah...
tentang kasih seorang ibu...(T_T)
mungkin agak panjang...
tp jom sama2 baca...buar renungan bersama..


Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 



Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
renungkan sahabat...
buat renungan diri sendiri jugak...

p/s: sayang mak saya...(T_T)

Wassalam...

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers