29.8.11

::Ramadhan dan Raya::

Assalamualaikum..

apa khabar semua?
hari ni..
hari terakhir Ramadhan bg tahun ni...
dapatkah kita bertemu dalam Ramadhan akan datang sahabat?
(T_T) Ramadhan.. Kau pergi jua...



esok...
hari raya Aidilfitri..
hari kegembiraan bagi seluruh umat Islam..
semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 barakah dan Syawal kali ni membawa 1001 kegembiraan untuk kita semua..


akhir kata.. sempena Syawal yang menjelang esok..
fyza nak ucapkan selamat hari raya untuk semua...

::SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN::

mohon maaf atas segala...
lupakan segala duka..
lupakan segala sengketa..
hari raya..sama2 kita baiki hubungan sesama kita..

pesanan tulus ikhlas dari pelangi hafyza..hee~

p/s: salam sayang untuk semua..

Wassalam...

27.8.11

::review bersama pilihan hati::

Assalamualaikum..

selamat malam..
alhamdulillah...berkesempatan untuk menulis lagi hari ni...
malam ni fyza nak join satu lg segmen hakim..

nak join jugak..? klik sini



kenapa pilihan hati perlu review blog saya?

supaya PELANGI HAFYZA akan terus menyinari hari-hari anda!


iye.. seperti nama blog ni...
ceritera hafyza... 


ceritera hafyza..
ceritera yang sentiasa mengharap pelangi Ilahi dalam hidupnya...

ceritera hafyza..
sebuah blog yang sarat dengan pelangi
sebuah blog yang biase
yang tak pernah mengharap apa2..
sebuah blog yang menulis dari hati..
sebuah blog yang menulis ceritera untuk anda..
yang ingin berkongsi untuk anda..
dan yang penting... sebuah blog yang akan sentiasa ada bersama anda!

kerana saya adalah PELANGI HAFYZA!

P/S: moga direview oleh pilihan hati

Wassalam..

24.8.11

::mengimbau kenangan itu::

Assalamulaikum...

selamat pagi semua...
entry ni ditulis ketika fyza sedang bosan...
ketika fyza menjalankan PBS di Sk Gambut. hee.. 

Sekolah Kebangsaan Gambut..
sekolah lame fyza...

takkan fyza lupa..
segala kenangan..
kenangan itu...
kenangan 9 tahun yang lalu..

kerana di sini...
fyza belajar..
mengenal diri..
menjadi diri...
diri yang ada hingga hari ini...

di sini..
tersimpannya kenagan manis..
kenangan pahit..
bersama mereka..
mereka yg menyinari hari2 masa dulu...
mereka yang sentiasa ada di hati
walaupun kini masing2 punye haluan diri

dan di perpustakaan ini...
tempat fyza berada sekarang ni...
juga punya kenangan...
kenangan yg terus menjadi kenangan...


kenangan oh kenangan...
biarkan ia tersemat...
tersemat rapi dalam hati...

p/s: rindu kalian.. budak sk gambut.. 1996-2002

Wassalam..


23.8.11

::membawa hati yang rawan::

Assalamualaikum..

selamat pagi...
alhamdulillah..
hari ni dah masuk 23 hari kita berpuasa..
moga amal ktia sentiasa meningkat..insyaAllah...

sekarang ni fyza berada di sekolah..
menjalani PBS.. tapi sempat la pulak update blog ye...hee~

kawan2.. hati anda sedang rawan?



Kita tahu ujian dari ALLAh Ta'ala datang dengan pelbagai bentuk, juga dari arah yang tidak disangka, pada ketika yang tidak dipinta. Tapi bila berhadapan dengan ujian tersebut, seringkali kita seakan-akan buntuh, hilang punca.



Kenapa? Sebab kita kurang muhasabah diri. Kita 'lari' dari ALLAh Ta'ala. Saat diasak dengan ujian, kita sengaja melepaskan tempat berpaut.

Membawa hati yang sedang rawan.
Padahal, ALLAh sentiasa menanti akan rintihan. Untuk diberi sebuah jalan!

Semoga kuat wahai diri..=)

p/s: terima kasih sahabat

Wassalam..


21.8.11

::who is the best listener?::

Assalamualaikum...


selamat petang..
anda sedang sedeh?
atau sedang menangis? 


ingin meluahkan masalah? 
tidak ada tempat untuk meluahkan segala masalah..?
jangan risau...
Allah kan ada.. (^_^)(^_^)



Allah is the best listener. You don’t need to shout nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of a sincere heart... (^_^)(^_^)


*tarik nafas dalam-dalam dan hembus bersama senyuman*
senyum..(^_^)(^_^)


p/s: saya pula..sedang cuba melupakan masalah yg ada.. senyum2..


Wassalam..

19.8.11

::rempeyek oh rempeyek::

Assalamualaikum...

selamat malam...
fyza tak mengantuk lagi....
rasa lapar la pulak..rasa nk mengunyah.. hee


entry malam ni..
rempeyek oh rempeyek...
tau ke rempeyek tu apa? msti tau kan? 
macam dalam gambar kat atas ni la...
 ni rempeyek kacang tanah taw..

lame dah tak makan... 
sedapp... lagi2 kalau baru lepas goreng...
tapi kalau bulan puasa ni tak boleh nak makan la ye.. hee~
biase nye raya2 je orang buat
tak pun masa kenduri kahwin...tu pon jarang...
semakin hilang kuih2 atau kerepek2 lame kita ni...huhu...

apa2 pon..esok nak buat rempeyek...
hee...nak jgk ke? nak kene tolong buat..=D

p/s: sekian dulu... selamat malam..

Wassalam..




18.8.11

::teka teki Pak Belalang::

Assalamualaikum...


apa khabar? 
korang ngah buat pe tu? makan ke? hee~
jangan makan disiang hari taw... dosa..~~


ok.. hari ni... Pak Belalang nak jawab satu teka teki... hee~





Nujum Masai:Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.

Pak Belalang:Silakan Nujum Masai.


Nujum Masai:Apakah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?


Pak Belalang:Ah, itu senang saja. Jawabnya Terawih!!


Nujum Masai:Jelaskan.

Pak Belalang:"1- Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu kedua sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ketiga kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarrang2" pd minggu keempat jarang2 jumpa org dtg terawih...


haa...itulah demikian teka tekinya...
betul kan jawapannya terawih...?
 itulah hakikatnya masyarakat kita... tp bukan semua ye...
semakin lame puasa..semakin terawih ditinggalkan...
jangan taw.. moga yang lain terus istiqomah...


p/s: renung2kan.. selamat beramal...
renungan untuk diri sendiri jugak..


Wassalam.. 

16.8.11

::buka ke tutup?::

Assalamualaikum..

selamat malam...
semua sihat? hee...~
alhamdulillah..
masih berpeluang untuk menulis..~

tadi fyza ada bace blog pilihan hati...
entry terbaru dari saudara hakim..

ye kawan2.. jangan pisahkan tudung dari kepalamu ye...
ni fyza nak share pulak something..
ada sorang sahabat baik ni telah hantar msg renungan ni kat fyza...

kawan-kawan..
ada 3 jenis orang yang tak boleh masuk syurga...

yang pertama...orang yang selalu minum arak..
yang kedua..anak yang derhaka...
yang ketiga..lelaki/suami yang dayus...

ni nak terang tentang apa yang dimaksdukan dengan dayus..
yang perrtama.. lelaki yang tak tgur anak isteri tentang apa yang buruk
yang kedua.. lelaki yang tak tgur isteri dan anak perempuan yang keluar tak tutup aurat dengan lengkap..
yang ketiga... lelaki yang membenarkan isteri dan anak keluar tanpa kebenaran..
yang keempat.. lelaki yang membenarkan isteri dan anak2 masuk rancangan realiti n hiburan sehingga mereka menunjukkan aurat mereka pada umum..
yang kelima.. lelaki yang membenarkan isteri dan anak2 menjadi pelakon shingga berpegangan dan berpelukan dengan bukan mhram dan dibiarkan sahaja..


jadi..kalau dilihat pada list ni..ianya sangat menekankan tentang aurat kan..
jadi..kawan2 yang bergelar wanita mesti sayang mak dan ayah kan?
fyza pon sayang mak dan ayah fyza..
jadi... kita kene jaga aurat kita dengan sebaiknya...
kalau tak.. nanti akan berbalik kepada ayah kita..
ayah kita akan dikira dayus sebab kita tak tutup aurat dengan sebaiknya...


ini adalah sebagai ingatan kepada diri sndiri jugak untuk jaga aurat diri sendiri.huhu..
tambah2 kita sebagai perempuan..aurat nye banyak..
sebab tu perempuan sangat istimewa..


kawan2.. 
jom kita sama2 cuba jaga aurat kita sebaiknya...
insyaAllah... Allah sayang..mak ayah sayang..
maruah diri dan keluarga pon terjaga... InsyaAllah..


ni badges untuk kempen "buka ke tutup?" yang dijalankan di IPG afzan...
kepada kawan2 afzan..jom sama2 sokong kempen ni...

“BUKAK KE TUTUP??”
pilihan di tangan anda, bahagia atau sengsara..


p/S: renungan untuk diri fyza yang lemah ini jugak... sayang kalian..

Wassalam...





14.8.11

::suami pilihan hati kamu macam mane?::

Assalamualaikum...

selamat malam..
maaf ye sbab lame menyepi..heee
kamu2..
kamu2 nak suami macam mane ek?
haha..tibe2 lak fyza cakap tentang kahwin.. hee..


Si A berkata: "Seronoknya if dapat suami romantik like Seth Tan." [Nora Elena]


Si B berkata: "Bahagianya if dapat suami penyabar like Adam." [Adamaya]




Si C berkata: "Bestnya if dapat suami cute like Hyuk Jae." [Super Junior]





Si D pula berkata: "Sukanya if dapat suami hands0me like Shah Rukh Khan." [Kuch2 Hota Hei]



kamu-kamu pula nak suami macam mana?

Barangkali mereka terlupa betapa hebatnya RASULULLAH sebagai seorang suami yang selayaknya dijadikan ROLE MODEL dalam kehidupan. Renung2kan. selamat 
beramal(^_^)(^_^)

Wassalam..

11.8.11

::manusia seperti sebuah buku?::


Assalamualaikum...

selamat malam...
manusia seperti sebuah buku? 
eh..ye ke?



Manusia seperti sebuah BUKU...
Cover dpn adlh tarikh lahir,Cover blkng adlh tarikh kematian.
Tiap lembar,adlh tiap hari dlm hidup kita & apa yg kita lakukan.
Sekali tertulis, tdk akn boleh di'EDIT' lagi...
Tp seburuk apapun halaman sblmnya,slalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru & tiada cacat.

Sama dgn hidup kita, seburuk apapun dahulu, ALLAH slalu menyediakn hari yg baru utk kita.
Kita slalu dberi kesempatan baru utk melakukan sesuatu yg benar dlm hidup kita setiap hari. Allah sentiasa eri peluang kepada setiap hambaNya untuk berubah...

hakikatnya.. manusia memang seperti sebuah buku..
kalau dah cetak memang tak boleh nk edit lagi dah...
sama macam kehidupan yang dilalui manusia...
takkan boleh diundur lagi... huhu

p/s: ok.. sekian..jumpa lagi..

Wassalam...

7.8.11

::Alhamdulillah.. bersyukur dengan rezekiMU::

Assalamualaikum...

selamat malam...
apa khabar kamu2? 
semalam... juadah berbuka fyza lain skt dari hari2 sebelumnya...
nyum2.. Alhamdulillah... 
bersyukur dengan rezeki dariNya..


::kuih buah melaka atau onde2::



menu semalam..:
ayam bbq.. 
kuih buah melaka...
bubur candel @ puteri mandi @ badak berandam (ikut negeri panggil name kuih ni)
buah tembikai
air tropicana twister...


farha.. dila.. yana.. nina..  
bila nak buat lagi macam semalam..
terbaik kan ?
alhamdulillah... 

oh ye... dah 7 hari kita berpuasa..
moga puasa dan amal kita diterima Allah.. Amin.. 
(^_^)(^_^)

p/s: maaf..gambar tak terang...huhu

Wassalam..

5.8.11

::benarkah kau cinta?::

Assalamualaikum..

sahabat... selamat malam...
alhamdulillah... berkesempatan lagi untuk menulis... 
tajuk entry... benarkah kau cinta..?
benarkah aku cinta?
pada cinta yang selayaknya?



Benarkah kau cinta,
Pada Sang Pencipta,
Yang mencipta dirimu dengan segala keelokan,
Yang mencukupkan dari segala kekurangan.
Sedang dirimu masih lalai menunaikan amanah,
Pancainderamu kurang digerakkan ke arah redha-Nya
Bibirmu masih berat mengucapkan kalimah-kalimah zikrullah,
Sebagai bukti rasa cinta seorang hamba.
Benarkah kau cinta,
Pada susuk tubuh mulia bergelar utusan Allah,
Penyampai risalah agung, pembawa rahmat sekelian alam,
Tika sunnah hidup Baginda masih jauh dari pengamalan,
Selawat dan salam tiada kedengaran,
Begitukah pameran cinta seorang umat.
Benarkah kau cinta,
Pada dua insan yang melahirkanmu,
Menjaga dan mendidikmu sehingga mengenali diri,
Tetapi kau masih tak mengerti,
Bagaimana membalas jasa suci,
Membiar diri hanyut dalam fana duniawi.
Benarkah kau cinta,
Pada sahabat yang sentiasa menjadi pendampingmu,
Bersama berkongsi rasa suka dan duka hidupmu,
Tetapi ma'ruf jarang sekali kau ajaki,
Perkara mungkar susah sekali ditegahi,
Beginikah luahan cinta seorang sahabat sejati.
Fahamilah makna cinta,
Jangan kau kelam dengan kalimahnya,
Agar Iman tidak terus dirosak munafik ,
Carilah jawapan dalam kembara hidup ini,
Kepada sebuah persoalan,
Benarkah kau cinta...


Ya Allah..berikan aku cinta.. 
pada yang selayaknya...
tapi benarkah aku cinta pada Allah.?
pada Rasulullah...?
pada kedua ibu bapaku?
pada sahabatku?
ye... aku cinta pada mereka...
ya Allah..bantulah hambamu ini...
p/s: fyza sayang kamu sahabat~
Wassalam...

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers