25.5.11

::ceritera exam::

Assalamualaikum...


apa khabar sahabat..? 
sihat? hehe...
maaf ye sebab lama menyepi...
minggu exam sedang menghantui diri...
jadi..hari ni fyza cerita pasal exam ye...^_*
hari ni sebenarnya da masuk paper keempat fyza exam...
itu bermakna...
tinggal satu paper je lagi...
hehe.. 





tadi exam anatomi...
paper yang sangat fyza takuti sem ni...
maklumlah fyza bukan nye budak sains.. 
buku sains dah lame fyza tinggalkan..hehe


sebelum exam tadi..
fyza sebenarnya macam kurang yakin sikit nak jawab paper anatomi ni...
ye la.. mcm fyza ckp.. fyza tak berapa pandai sains2 ni..


tapi.. macam sorang kawan fyza ni cakap...
kita kene yakin je.. 
asal kita dah usaha dan doa...
insyaAllah.. dalam dewan kita tak akan kesunyian...
Allah kan ada...
dan para malaikat sentiasa mendoakan kepada Allah,
untuk memudahkan segala urusan orang yang berusaha dan berdoa..
betol tak?


bila dah habis exam pulak.. berdoalah:
"telah aku berusaha ape yang terbaik, maka aku hanya bertawakal kepadaMu ya Allah, untuk memberi apa yang terbaik untukku"


insyaAllah... lepas tu hati akan jadi tenang..


success_failure


dan.. semoga kejayaan akan jadi milik ktia bersama ye kawan2? ^_*


esok... exam paper last... bm...
harap sangat dapat buat yang terbaik...
jom2 study dengan fyza.. =D


Wassalam...



22.5.11

::semuanya INDAH kerana ALLAH::

Assalamualaikum...

Sumber: dipetik sedikit dari paradigma mukmin 





Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
.
Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
.
Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
.
Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

alt

InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah…

InsyaAllah...


p/s: esok exam lg.. doakan sy ye..salam sayang...


Wassalam..

20.5.11

::jodoh? siapa jodoh kita?::

Assalamualaikum..

selamat tengahari..
apa khabar? 
makan dah?
hari ni kita nak bercakap tentang jodoh ye.. hehe
siapa jodoh kita ek?
bila jodoh kita nak sampai ek?
erm... perkara ni tentu sedang bermain2 di fikiran gadis2 muda sekarang ni...

Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi kita akan ada terma merisik? Salah ke merisik? Tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih.

Untuk Adam, andai mahu mencari Hawa..



(1) Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada sebujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa, andai mahu menerima cinta Adam..


~hiasan semata ye..~

(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.




Sekadar renungan bersama, wallahu a'lam :)

p/s: salam sayang..jaga diri...

Wassalam...

19.5.11

::Allah sentiasa ada::

Assalamualaikum..

selamat malam semua! 
jeng3.. skrg ngah mood exam...
sebab tu jarang sikit menulis...
tapi sekarang pon bknnya fyza stdy pon... 
mood x smpai lagi malam ni...


kepada sahabat yang sedang bersedeh..
kepada sahabat yang sedang kecewa..
kepada sahabat yang merasa mereka sedang lemah..
kepada sahabat yang sedang mengeluh.. 
atau kepada sahabat yang sedang menghadapi masalah..

bersabarlah...

::When you think there is no one to turn to, 
remember!, 
Allah is always there for you::

Saya juga sentiasa ada buat kamu sahabat2ku!

p/s: salam sayang dari fyza..jaga diri..

Wassalam..

::memohon keampunan dariNya..::

Assalamualaikum...

selamat malam sahabat..
tadi fyza pergi program solat hajat dan bacaan yasin di surau..
kami didengar kan dengan lagu ni..
lama tak mengalunkannya..
insaf seketika hati ini..
betapa diri ini banyak dosa ya Allah..
moga diri ini diampunkan...

kawan2..
mari sama2 kita tadahkan tangan..
memohon keampunan dariNya..


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi



Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku



Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu



Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu


selain itu..
sentiasalah berdoa kepada Nya supaya hidup kita sentiasa diberkati..
supaya dosa2 kita sentiasa diampunkan..


Sesungguhnya benar firman Allah bila Allah mengatakan:

وقال ربكم أدعوني أستجب لكم

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina". (Ghafir/Mukmin [40] : 60)

p/s: salam sayang..dan senyum2 selalu..

Wassalam..

::bila saya sedeh::

Assalamualaikum..

selamat petang sahabat~
apa khabar? moga kalian sentiasa ceria ye...


mood ptg ni: 
sedeh...

bila saya sedeh...
saya rase nak nangis..
saya mungkin boleh tipu orang lain..
tp sy x mampu tipu diri sendiri.. huhu..
wahai air mata.. tolong jangan keluar...

sebab apa? tolong jangan taye.. huhu...
maaf la..biarlah hanya hati ini yang tahu..

Ya Allah..berikan hambaMu ini kekuatan...
jadikan diri ini seorang muslimah yang sentiasa tabah ya Allah...

akhir kata.. 
salam sayang..
dari pelangi hafyza..

Wassalam..



::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers