31.12.11

::kau datang dan pergi::

Assalamualaikum..

selamat petang...
apa khabar sahabat...?
moga korang baik2 aje..^^


kau datang dan pergi...
hari demi hari..
bulan demi bulan..
tahun demi tahun..

2011..
hadirnya kau penuh ceritera..
ceritera suka dan duka..
ketawa dan airmata..
aku dapat mengenal erti cinta..
kisah cinta yang tak pernah habis..
ye..aku cintakan mereka..
mereka2 yang sentiasa ada di samping aku..

2011..
aku gembira bersama2 sahabat2 aku..
sahabat suka dan duka..
moga ukhwah kita lebih erat sahabat..
walaupun tahun berganti nanti....

2011..
kini masanya kau pergi..
dan 2012 pula menanti..


2012..
kini hari berubah hari..
tahun juga berubah ganti..
umur diri semakin meninggi,,
ini bermakna mati menghampiri..

2012..
moga kedatangan kau..
membawa satu perubahan dalam diri..
diri hamba yang kerdil ini..

moga kedatangan kau juga..
merapatkan lagi ukwah yang terbina..
persahabatan..
kekeluargaan..
dan semoga 2012 juga..
membawa hati2 kami lebih dekat kepadaMu..
insyaAllah.

p/s: sayang kalian.. selamat tingal 2011..^^

Wassalam...

29.12.11

::29 Disember 2011::

Assalamualaikum..

selamat petang sahabat...
maaf...sebab fyza dah lama tak mengupdate blog...
fyza tak boleh nak bukak blogger.com guna laptop fyza...

alhamdulillah..
petang ni fyza berkesempatan untuk mencoret-coret kat sini..
hari ni 29 Disember 2011..genap umur fyza 21 tahun...
dah tue kan..? hee

dah tue sudah..hee..~


alhamdulillah...
bersyukur Allah masih mengizinkan fyza untuk terus bernafas menghuni alamNya..

terima kasih ya Allah untuk segala nikmat yang tak terhingga sehingga kini..
terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa berada di samping fyza..
terima kasih buat sahabat2 yang banyak mengajar fyza tentang erti sebenar kehidupan..
terima kasih juga pada semua yang mengenali diri ini..

erm.. umur ini membuatkan fyza kadangkala bermuhasabah sendiri...
apa yang fyza dah buat sepanjang 21 tahun ni..
adakah masa yang diberi Allah ini fyza dah guna sebaiknya2?
sebab esok belum pasti ada kan...huhu..
ya Allah...ampunkan dosa-dosa hambaMu ini...
moga hambaMu ini sentiasa mendapat keredhaanMu ya Allah...

kawan2..doakan fyza..
moga diri ini terus kuat menghadapi segala dugaanNya..
sebab fyza tahu..
hidup ini adalah untuk belajar.. belajar dari kehidupan..
sama ada kehidupan diri sendiri atau pun kehidupan orang lain..
kerana semua itu adalah pengalaman...^^

oh ye..doakan fyza jugak..
untuk jadi seorang wanita yang solehah... di dunia dan di akhirat..
insyaAllah...


akhir kata..
terima kasih banyak pada yang wish...
dan juga pada yang mendoakan...
sayang kalian sangat-sangat ok..^_*

p/s: orang lain dh nak masuk 22 fyza bru 21..hee..lambat ckt..

Wassalam...



22.12.11

::serius kagum dengan mereka::

Assalamualaikum..

selamat malam..
apa khabar semua...

ye...
saya serius kagum dengan mereka..
dengan sape?

seperti yang semua tahu..
hari ni result PMR telah keluar..
dan secara keseluruhannya,keputusan tahun ini lebih baik dari tahun lepas..
tahniah kepada adik2 yang berjaya ye..
kepada yang kurang berjaya... jangan sedeh ye.. 
perjalanan korang masih jauh.. Spm ada lagi..^^

oh ye.. berbalik semula kepada tajuk entry..
saya kagum kat sape ni..
tadi tengok tv... banyak berita tentang keputusan PMR malam ni..
fyza kagum kepada pelajar2 OKU yang dapat keputusan cemerlang...

seorang pelajar autism dari Terengganu memperoleh 9A..
seorang pelajar yang menggunakan kaki untuk menulis juga mendapat 9A..
bayangkan macam mana dia nak tulis karangan..
nak jawab semua soalan ada tu..
seorang pelajar yang lumpuh pula mendapat 5A..

Subahanallah...mereka juga hebat seperti insan biasa..
seperti insan yang sempurna..
mereka membuktikanbahawa kecacatan fizikal bukan penghalang..
Allah berikan mereka ujian..
namun di sudut lain Allah berikan mereka kejayaan..



akhir kata..
tahniah kepada mereka..
sangat kagum sebenarnya..^_^

p/s: fyza dulu pon tak cemerlang taw..hee..salam sayang..

wassalam..

21.12.11

::kepada sahabat2 saya.. tolong baca ni..::

Assalamualaikum..

selamat petang..
alhamdulillah.. petang ni berkesempatan mengupdate lg blog ni.. 
cuti ni banyak lak sy mengupdate.hee


kepada sahabat2 saya..
entry ni khas buat sahabat2 saya..
yang jauh di mata namun dekat di hati..
saya harap sahabat2 saya baca ni..

sahabat..
saya selalu melihat kamu ketawa, 
tetapi mungkin sebenarnya kamu tidaklah setabah yang saya sangka. 
Di sebalik senyuman kamu itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. 
Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. 
saya tidak tahu semua itu, tetapi jika saya cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin saya akan tahu.
saya harap saya boleh jadi pendengar yang baik untuk kamu..



sahabat..
saya tak pandang. Tak bermaksud saya tak suka.
saya tak bersuara. Tak bererti saya tak setuju.
saya tak senyum. saya bermakna aku marah.
saya tak ketawa. Tak semestinya saya tak gembira.
walau apa pun.. saya akan sentiasa ada buat kamu sahabat..

‎sahabat..
teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, 
kamu teringat akan Allah, 
mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, 
melihat gerak-gerinya teringat mati..'
saya muhasabah diri saya..
adakah saya dapat jadi sahabat yang macam tu buat kamu semua..?


sahabat..
saya nak minta maaf..
kalo saya tak dapat jadi sahabat yang baik untuk kamu..
saya jugak minta maaf.. 
kalay saya juga pernah menyakiti kamu sahabat..
saya minta maaf..
dari lubuk hati saya yang dalam...


sahabat..
saya sayang kamu,
Harap kamu juga sayang saya,
Biar doa kita bersatu,
Biar kasih kita beradu,
Biar ukhwah kita berpadu,
InsyaAllah di syurga kita bertemu.


akhir kata sahabat..
saya bersyukur kerana punya kamu sebagai sahabat saya..
terima kasih kepada semua sahabat saya..

p/s: saya minta maaf ye.. salam sayang..

Wassalam...

20.12.11

::saya budak sains sosial jek::

Assalamualaikum...

selamat pagi..
apa khabar semua..
harap pagi ni semua orang senyum2..jangan sedeh ye..^^

nak share sesuatu pagi ni..
ni fyza copy ye dari page fan khazinatul asrar di fb..





“Awak ambik kos pendidikan Islam...”


“tak…”



“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”



“Tak juga, saya program sains la…”


“saya ingatkan ustazah tadi…” 

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. 
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" 

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… 

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

ye..artikel buat renungan bersama..
cuba reflek balik diri kita..
pemakaian tudung kita..huhu
macam dalam aritkel kat atas..
tudung labuh tak bermakna tinggi ilmunya..(tp kebanyakan berilmu tinggi)
tudung singkat tak bermakna sedikit ilmunya..
semua orang tak sempurna kan..

fyza ni lagi la.. hanya budak pengajian sosial je...
insan yang sangat kekurangan...
hanya mampu berkongsi untuk semua..
moga sama2 kita dapat manfaatnya..

Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

p/s: saya budak sains sosial jek..=(
maaf ye.. entry ni tak merujuk kepada sape2 pun.. lebih kepada diri sendiri..huhu..
salam sayang.. k la.. jom makan..~

Wassalam..

18.12.11

::itulah kehidupan long::

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
alhamdulillah dapat update lagi hari ni...
semalam fyza pergi majlis tunang sepupu fyza kat KL..
pagi ni nak kongsi sesuatu..

"itulah kehidupan long"
kata-kata akhir mak kepada fyza selepas menceritakan satu kisah pada fyza semalam..

ye..itulah kehidupan..
kisah yang punya ceritera sendiri..
ye..setiap dari kita punya kisah yang berbeza..
kehidupan yang berbeza..
kehidupan orang lain mungkin berbeza dengan kehidupan kita..
kehidupan kita juga berbeza dengan kehidupan orang lain...
Allah uji setiap orang itu berbeza..

mungkin Allah bagi kebahagiaan pada kita hari ini dan Allah akan uji kita pada masa akan datang..
dan jika Allah uji kita hari ini dan Allah akan bagi kebahagiaan akan datang...
ceritera Allah kita tak tahu..
takkan pernah tahu...
pokok kehidupan..~

cuba kita refleksi balik diri kita..

“kenapa Allah ciptakan kita dan dihantar ke dunia? 

dan kita kena hidup dan diuji di dunia ?

mengapa Allah tidak hantar kita terus ke syurga?
kalau lahir-lahir kita terus masuk syurga,
maka kita akan terbiasa senang,
maka kita tak akan rasa betapa NIKMAT nya syurga itu.
kita tak akan rasa pergantungan dengan Allah.
kita tak akan rasa untuk berharap pada Allah.


sebab apa?

sebab bila dah masuk syurga senang-senang,
kita akan sentiasa rasa senang,
kita tak akan tahu bersyukur.


sebab itu,

Allah hantar kita ke dunia, dan diuji dengan macam-macam perkara,
supaya kita belajar rasa bergantung dan berharap pada Allah,
supaya kita belajar rasa bersyukur,
supaya di akhirat kelak,
setelah kita belajar rasa derita dan kesusahan di dunia ini,
kita akan rasa betapa nikmatnya bahagia di sana.. 
(akuislam.com) 
entry ni untuk renungan bersama termasuk diri saya sendiri...


Pelangi itu ada,
Tinggal kita tidak melihatnya,
Bukankah Tuhan telah berjanji kepada kita,
Bahawa setiap kesukaran itu, kesenangan wujud mengiringinya?
~ Hilal Asyraf of LangitIlahi.

p/s: moga kita semua sentiasa memperolehi Pelangi Ilahi..amin2...

Wassalam..

16.12.11

::cinta itu ketawa dan air mata::


Assalamualaikum..

selamat malam semua..
fyza masih belum boleh tido malam ni..

erm.. dalam entry2 yang dulu2.. 
fyza pernah cakap yang cinta tu macam pelangi?
kenapa ek fyza cakap macam tu..?
sebab pelangi ada banyak warna kan..
cinta pon ada banyak warna taw..


warna cinta...
 cinta tu bukannya merujuk kepada satu cinta je.. 
ada macam2 cinta..
cinta agung antara hamba dengan Allah.. 
cinta suci antara seorang ibu dengan anaknya.. 
cinta antara pasangan lelaki dan perempuan... 
cinta seorang rakan kepada rakan baiknya.. 
cinta persaudaraan sesama Islam.. 
dan pelbagai lagi jenis cinta... 
jadi betul tak kalo sy kata cinta tu macam pelangi...?

dan cuba lihat pulak lirik lagu ni..

Ketawa dan airmata

Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

betul ke cinta itu ketawa dan air mata?
cinta boleh membuatkan seseorang itu ketawa..
cinta juga boleh membuatkan seseorang itu mengeluarkan air mata..
cinta juga boleh buat orang gila taw..
adoi2.. semuanya kerana CINTA..

korang..manusia memang takkan lari dari cinta..

akhir kata.. 
cintailah sesuatu itu kerana Allah..




Cintailah Allah kerana kamu akan dicintai mereka yang juga mencintai Allah :)

p/s: buat renungan bersama.. alangkah bagusnya jika jadi orang gilakan cinta Allah kan.. tak rugi taw..

Wassalam..

13.12.11

::tudung wanita itu ada empat ok::

Assalamualaikum...

selamat malam...!
apa khabar semua...
fyza baru lepas terbaca entry dari blog pilihan hati..
entry yang terbaik~

fyza pon nak cakap pasal tudung jugak la malam ni...hee~
tadi fyza sedang membaca satu novel..
tertarik dengan sesuatu perkongsian dalam novel tu..

"TUDUNG wanita itu ada empat. iaitu tudung pada wajahnya. tudung pada matanya, tudung pada suaranya dan tudung pada hatinya"

apa ertinya?

Tudung pada wajah, jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. kecantikan adalah pingitan buat suami dan bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata, jangan matanya memandang lelaki lain selain muhrimnya. seorang solehah yang hakiki adalah yang tidak memandang, dan tidak pula dipandang.

Tudung pada suara. jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempesona.

tudung pada hati.iaitu mengingati Allah dengan tasbih Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

itulah antara perkongsian dalam novel tu..buat renungan bersama.. makanan pun kita tutup pakai tudung saji.. apa salahnya kita tutup aurat kita kan.. bukan setakat tutup muka je rupenya...^_*


abby fana dah bertudung dah sekarang ni..




sangat cantik~
 yang cantik menjadi bertambah cantik bila pakai tudung..betul tak?

p/s: sekian dulu. muhasabah diri sendiri jugak yang tudung buakan sekadar tudung~

Wassalam..

9.12.11

::apa yang lain?::

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
alhamdulillah...sekarang ni fyza dah berada kat Kelantan...
baru je sampai dengan bas pagi tadi..

sebenarnya fyza datang Kelantan ni tuk meraikan majlis kahwin kawan fyza..
dah nak kahwin kamu sahabat~
tahniah2.. fyza ble lagi?
hehe... jangan tanya ok..=P


antara yang lainnya kat Kelantan ni...
mesti ada tulisan jawi pada kebanyakan papan tanda atau papan kedai...

menarik kan....
papan tanda kedai bata pun ditulis dengan tulisan jawi...
kat batu pahat tak ada..~

p/s: kawan nak kahwin, fyza lak rasa seronok..hee

Wassalam..

7.12.11

::baik jadi diri sendiri kan?::

Assalamualaikum...

selamat petang!
harap semua sentiasa sihat ok...


ye.. Allah Maha Mengetahui segalanya...

erm.. kenapa ye...
ada orang tak suka dengan perubahan diri seseorang tu?
walaupun perubahan itu perubahan yang baik?
salah ke? 

kawan saya kata.. jika perubahan yang dilakukan itu sebab Allah... insyaAllah, segala ujian yang datang pasti dapat dilalui...

kesimpulannya.. sabar.. dan baik jadi diri sendiri kan...? ^_*

p/s: apa2 pun senyum ^_^

Wassalam...

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers