20.12.11

::saya budak sains sosial jek::

Assalamualaikum...

selamat pagi..
apa khabar semua..
harap pagi ni semua orang senyum2..jangan sedeh ye..^^

nak share sesuatu pagi ni..
ni fyza copy ye dari page fan khazinatul asrar di fb..





“Awak ambik kos pendidikan Islam...”


“tak…”



“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”



“Tak juga, saya program sains la…”


“saya ingatkan ustazah tadi…” 

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. 
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" 

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… 

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

ye..artikel buat renungan bersama..
cuba reflek balik diri kita..
pemakaian tudung kita..huhu
macam dalam aritkel kat atas..
tudung labuh tak bermakna tinggi ilmunya..(tp kebanyakan berilmu tinggi)
tudung singkat tak bermakna sedikit ilmunya..
semua orang tak sempurna kan..

fyza ni lagi la.. hanya budak pengajian sosial je...
insan yang sangat kekurangan...
hanya mampu berkongsi untuk semua..
moga sama2 kita dapat manfaatnya..

Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

p/s: saya budak sains sosial jek..=(
maaf ye.. entry ni tak merujuk kepada sape2 pun.. lebih kepada diri sendiri..huhu..
salam sayang.. k la.. jom makan..~

Wassalam..

6 comments:

♥ cik kieranaa ♥ said...

huhu.

btol 2. kalau pkai tudung labuh je org kate ustazah.

pelangi hafyza said...

betul..tu persepsi orang ramai..

tp macam dalam aritkel t kita smu..
tudung labuh tak semestinya tinggi ilmunya..
tudung singkat tak semstinya kurang ilmunya kan?

kita semua insan yang serba kekurangan..

pelangi hafyza said...

betul..tu persepsi orang ramai..

tp macam dalam aritkel t kita smu..
tudung labuh tak semestinya tinggi ilmunya..
tudung singkat tak semstinya kurang ilmunya kan?

kita semua insan yang serba kekurangan..

Cikgu Fikri said...

yes...
fiq setuju entry ni..
kat maktab fiq pun, tak kira cos math ker, tesl ker, bm ker, ramai yg paki tudung labuh..
tp biasalah manusia, apa yg dia pndg, itu yg dia fikir..
huhuhuh:)

fiey zara malaiqa said...

tudung labuh nampak sgt sopan sgt sebab tu ramai yg anggap tinggi ilmu agama, patut rasa bangga kot :)

pelangi hafyza said...

fiq: ye.betol..mktb fyza pon ramai..
fiey: ye..betol..tp yg pakai tudugn labuh pon mansia biase jugak..

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers