20.11.09

Berakhirnya PPISMP...

Assalamualaikum..

Hari ni 20 nov.. Hari terakhir fyza kat mktb ni untuk ppismp.. hehehe. tahun depan dah nk masuk degree pon.. macam sekejap je rasenya.. macam bru smalam abis program orientasi.. hehe.. sem dpan masuk lmbt seminggu.. best gak..hehe.. harap2 pismp akan menjadikan fyza lebih fokus dan rjin..hahaha.. kalo rajin ar..

Hari ni jgk hari terakhir kat mktb ni utk tahun ni. hehe..hari yg dtunggu2.. hari ni balik rumah!! ryndu dah sgt2 kat family n rumah.. hehehe.. x sabar nk makan sedap2.. haha.. ape la fyza ni.. tau makan jek.. hehe..

Semua org dah nk blik.. huhu.. ade yg family amik.. ade gak yg bwk bas sendr.. haha. fyza gak yg naik train malam ni.. huhu.. harap2 train mlm ni x wat hal ye.. bleh sampai batu pahat awal.. horey..

Ape2 pon.. Selamat bercuti untuk semua kawan2.. hepy holiday.. jaga dri.. dan jumpa sem depan..

Wassalam..

Lemahnya diri ini..

*artikel in fyza terbaca dlm internet.. lemahnya diri ini.. sedeh rasenya bace artikel ini.. utnuk renungan bersama k..

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri



Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

15.11.09

lagu

Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

13.11.09

United We Stand, Together As One!!

Sosial studies..

ehem2..


United We Stand..Together As One..

Sahabat..
Jika hari ini aku terlalu gembira..
Sedarkanlah ak dgn amaran Allah..
Jika aku bersedih tanpa kata..
Pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta..
Jika aku lemah x berdaya...
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan..
Ajaklah aku meleraikan segera..
Jika pernah hatimu terluka..
Lupakanlah agar aku berubah..
Jika esok aku lena tanpa terjaga..
Iringilah lenaku dalam kalungan doamu..
Berjanjilah sahabat..
Ukhuwah kita untuk selamanya..

cerita kawan dan cinta..


Satu hari..
Cinta dan kawan berjalan2 dalam kampung...
Tiba2..
Cinta terjatuh dalam telaga..
Kenapa???
kerana Cinta itu buta...
Lalu kawan pon ikut terjun..
Kenapa???
Kerana kawan akan buat apa sahaja demi cinta...

Di dalam telaga, Cinta hilang..
Kenapa???
Kerana Cinta tu halus..
Mudah hilang kalau tak dijaga..
Sukar dicari apatah lg dlm gelap..

Sedangkan Kawan..
Masih tercari2 di mana Cinta
dan terus menunggu..
Kenapa??
Kerana Kawan itu sejati..
dan akan kekal sebagai kawan yang setia...

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers