27.1.11

::opak? apa tu?::

Assalamualaikum..

selamat petang..
apa khabar semua..? 
harap sihat2 belaka ye.. ^_^

tajuk entry kali ni..
opak? apa tu? 
hehe... bagi yang x pernah makan.. 
mungkin tak tau opak ni apa kan...
kalo yang pernah makan pon..
mungkin tak tau nama kan...
kan..kan..
tak semua negeri kot ada opak ni..
mungkin kawasan johor je kot.. hehe.

ok.. opak ni dibuat dari ubi..
tapi ubi tu kena parut la terlebih dahulu...
ubi tadi akan diproses sehingga nipis di atas sekeping aluminium..
kemudian, opak tadi akan dimasak di atas periuk yang mengandungi air yang mendidih..
erm..tak tau la kamu2 dapat bayang ke tak kan..
xpalah..fyza cite je.. 
pastu dalam seminit gtu.. ubi tadi diangkat dari atas periuk..
dan begitulah untuk kepingan2 yang seterusnya.. hehe
dan opak tadi akan dijemur sehingga kering sebelum boleh digoreng..


inilah hasilnya..
tapi belum boleh makan...
kene goreng dahulu... tapi jgn goreng lama2..
macam goreng keropok ikan tu..
kang hangus pulak...
goreng kejap je..pastu dah siap goreng..
boleh la dimakan..
lebeh sedap lagi kalo makan ngan sambal kicap..^_* hehe

oh ya..
bagi kawan2 maktab yang nak merasa dan mencuba..
boleh la gtau kat fyza..
sebungkus rm3 je.. 
dalam nya ada 10 keping..

kepada2 sesiapa yang nak..
balik cuti ni fyza boleh bawak..
boleh la korang makan kat rmh tuk cti seterusnya nnti..
jangan risau..
opak ni tahan lama..^_*

ok..tu je..

p/s: jaga diri..sayang kalian..

Wassalam...

::Berfikir 360 Darjah.. 3 Dimensi::

Assalamualaikum..

Selamat malam sahabat...
sihat semua?
sekarang ni fyza sedang membaca buku ni..~
dipinjam dari seorang sahabat baik~

::buku Langit Ilahi 3::

ada satu bab di dalam buku ni..
yang bertajuk..
"Berfikir 360 Darjah.. 3 Dimensi"
yang fyza ingin kongsi bersama..





"Kita ini perlu berfikir tiga ratus enam puluh darjah, tiga dimensi"

adalah berbahaya jika kita memandang satu arah sahaja. apabila arah itu tidak lagi menyediakan harapan kepada diri kita, maka kita akan putus asa dan tidak mahu lagi begerak ke hadapan.

Tanpa pemikiran 360 darjah ini, 3D ini.. kita akan mudah mngalah.

Jalan keluar ada 100, tetapi kenapa kita kecilkannya kepada satu sahaja. adakah kita berpuas hati? Jangan kita menyesal di kemudian ahri nanti..

Begitu jgua dalam menilai manusia.. nilailah dia dengan 360 darjah, 3D. Kemungkinan kecacatannya dari satu sudut , tertampung dengan kebaikan dari sudut lain..

Akhir kata.. Berfikirlah secara 360 darjah, 3D.
InsyaAllah, anda akan rasa kelebihannya...

renungkan2..selamat beramal.. hehe..

p/s: jaga diri..sayang kalian.. dan maaf jika ada yang silap..

Wassalam..

25.1.11

::Anda sedih? takpe..ALLAH kan ADA::

Assalamualaikum...


selamat malam semua... 
untuk renungan bersama ye..
(^_^)(^_^) 




KITA BERTANYA : KENAPA AKU DI UJI?



QURAN MENJAWAB:

"Apa kah manusia itu mengira bahawa mereka di biar kan saja mengata kan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedang kan mereka tidak diuji?
Dan sesungguh nya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguh nya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguh nya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM- IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupan nya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB:

"Jgn lah kamu bersikap lemah, dan jgn lah pula kamu bersedih hati, padahal kamu lah org2 yg paling tinggi darjat nya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabar lah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerja kan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan lah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedia lah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwa lah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI NYA?


QURAN MENJAWAB :

"Dan minta lah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerja kan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amat lah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


QURAN MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


QURAN MENJAWAB :

"Cukup lah Allah bagi ku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB :

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguh nya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

p/s: jaga hati..jaga diri...

Wassalam...

23.1.11

:: kerna kamu sahabatku::

Assalamualaikum...

selamat pagi ahad... 
semoga semua sihat2 hendaknya ye..
alhamdulillah..dapat lagi jari2 ini menulis...
entry kali ni..
khas untuk mereka..
sahabat2 kesayangan saya...
(^_^)(^_^)




kepada mereka...
saya sayang kamu semua...
sayang sangat..
semoga persahabatan kita sentiasa diredai Allah... Amin..

::SAHABAT SELAMANYA::

p/s: jaga diri..sayang kalian..

Wassalam...

21.1.11

:: gadis itu ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat fyza menulis lagi pada petang yang dingin ni..


gadis itu. 
hakikatnya punya banyak kelemahan. sering kali tersadung di tengah jalan, ondaway nak berjumpa dengan Tuhan.

gadis itu. 
hakikatnya selalu lemah. kerana dia hanya insan biasa biasa.. dia bukanlah sape2.. yang masih lagi cuba memperkuatkan dirinya.

dan gadis itu. 
bila kelemahan. dia selalu mencari Tuhan. dan terima kasih kepada Tuhan. kerana sentiasa melayan gadis itu. siang dan malam tanpa jemu... 

dan gadis itu...
bila kealpaan.. akan sentiasa ada sahabat2 yang akan mengingatkannya..
Engkau kuatkanlah hatinya Ya Allah..

Ya Allah..
Engkaulah bantulah gadis itu..
semoga gadis itu sentiasa mendapat RedhaMU...
Amin...

p/s: jaga diri dan jaga hati ye..

Wassalam...

18.1.11

::what is love?::



~ Most diferentt question


~Love is Friendship



~Love is the internal truth



~Love is kind



~Love protect , preserves and hopes



~Love connecting



~Love is a link of trust



~Love should be experienced and not just felt



~Loving ALLAH will remain forever and ever.


::I LOVE ALLAH::

::cinta kepada Allah adalah cinta yang abadi..::


p/s: jaga diri..sayang kalian..


Wassalam..

15.1.11

::oh..anatomi::

Assalamualaikum..

selamat hari Sabtu semua...
apa khabar? sihat?

erm... untuk sem ni..
elektif kene belajar anatomi dan sosiologi...
lecturer ckp subjek ni "killer"..
killer? killer mcm mane?
hehe..entah la...


semalam belajar sistem rangka

hari tu belajar asas kimia dalam kehidupan..

oh..anatomi..
saya pening! hehe
lame sudah diri ini tak belajar sains..
dah la otak ni bkn otak sains.. hehe..
cannot g gtu org kate..
huhu..tp nk wat camne kan..
takkan nak dapat d kan..
kene la cuba gak kan..^_^

sekian dulu untuk kali ni..

p/s: sayang semua..jaga diri...

Wassalam..

14.1.11

::RM65000 setiap pemain?::

Assalamualaikum..

selamat malam sahabat~


tadi siang baca berita sukan...klik sini

Kerajaan semalam menganugerahkan insentif RM65,000 kepada setiap pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, insentif itu berupa unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang hanya boleh dikeluarkan selepas tempoh 10 tahun serta imbuhan wang tunai sebanyak RM10,000 daripada kerajaan.
Mereka juga turut menerima RM5,000 melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaja sepenuhnya pemain skuad kebangsaan yang terpilih menjalani latihan bersama kelab-kelab bola sepak ternama dari luar negara.

Woww...! banyak kan...?
macam2 diorg dapat...
rezeki mereka tu...
semoga lepas ni pasukan bola sepak Malaysia lebih maju lagi..
Harimau Malaya boleh!

Wassalam..


12.1.11

::Jangan Sesekali Berputus Asa Ye..::







Kehidupan adalah anugerah daripada ALLAH SWT. 

Ia adalah perjalanan yang penuh rintangan dan dugaan. ALLAh tidak menciptakan manusia dan mengizinkan kegagalan dengan begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang ALLAH ingin sampaikan. Boleh jadi kerana ALLAH sangat menyayangi dan tahu bahawa mungkin dengan kejayaan itu kamu akan menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain. Dan kehidupan ini dicipta oleh ALLAh SWT untuk menguji siapa diantara kita yang paling sabar untuk bertahan atas segala usikan dari-NYA.

Sememangnya putus asa akan datang menghampiri kita disaat kita sedang menempuh perjalanan yang jauh. Ataupun ianya akan bertandang tatkala kita mendapat kegagalan dari pekerjaan yang dilakukan. Mengapa?
Kerana ia sekadar menyapa. Namun jangan dibiarkan ia tinggal bermukim didalam hati anda.

Banyak perkara yang boleh menghiburkan anda. Paling utama sekali sebagai seorang Muslim adalah, bersangka baik dengan ALLAh SWT. Fikirkan.. Renungkan.. Sematkan. ALLAH yang mencipta kehidupan ini dan ALLAh jua yang menentukan setiap perancangan di dunia dan ALLAH jualah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. Justeru, mengapa ALLAh memberi kegagalan? Kerana ALLAH lebih tahu. 

Serahkan semuanya pada ALLAH.

Apa yang perlu kita buat adalah, biarkan kegagalan itu berlalu tanpa berhenti dari terus berjuang menempuh hidup ini. Dan berdoalah moga ALLAh berikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk diri kita dan agama kita.

ALLAh Maha Mengetahui.

Buat sahabat2 semua...
jangan mudah putus asa ye..
teruskan usaha anda..  anda boleh! hehe...
dan yg penting... sentiase senyum...
insyaAllah....

p/s: jaga diri...sayang kamu semua.. ^_*

Wassalam...

11.1.11

::ubat hati yang gundah::::

Assalamualaikum...

selamat malam semua..^_*
semoga semuanya sihat2 hendaknya..
dikala diri ini telah bosan.. 
jari jemari ini terus menaip melontarkan huruf2nya..
cehwah...



entry malam ni khas dan istimewa untuk hati-hati sesiapa je yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah.. renungan tuk diri sendiri dan sahabat2 lain..

1) Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2) Berdoa
Sentiasalah berdoa.. Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3) Sibukan diri dengan sesuatu
Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

4) Luahkan perasaan anda -
Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. luahkan masalah dan perassaan anda.. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5) Senyum
Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. 
senyum tu kan sedekah(^_^)(^_^)


Dengan itu, hati kita kan menjadi tenang.. InsyaAllah...


p/s: jaga diri..jaga hati.. sayang kalian..


Wassalam..

10.1.11

::sedang mengharap::

Assalamualaikum...

selamat malam semua.. 
hanya entry ringkas untuk malam ni...


sedang mengharap sesuatu...
sesuatu yang tak pasti...
yang pasti..
ia takkan datang dengan sendiri..
mungkin masanya belum tiba...
diri ini hanya mampu berdoa padaMu Ya Allah..
usaha..doa dan tawakal..

::yang mengharap::

p/s: jaga diri kamu sahabat...sayang kamu~

Wassalam..

7.1.11

::cinta::

Assalamualaikum...

hanya entry ringkas di malam yg sejuk ni..=)



“ Islam adalah agama CINTA. Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta.”

Cinta yang abadi hanyalah Cinta Ilahi..


Wassalam...

p/s: jaga diri..sayang kalian.. 

5.1.11

::sayang kamu sahabat::

Assalamualaikum...

erm... malam ni fyza nk melayan perasaan sikit leh tak..
huhuhuhu..=(

saya sayang sahabat saya~

Rasa ini jiwa aku kata
Hanya aku yang merasa
Bila bahagia mekar dalam jiwa
Maka Dia istimewa aku kira

Biar doa menjadi jambatan
Agar kasih sayang ini berpanjangan
Biar ukhwah jadi tautan
Agar diri dalam jagaan Tuhan

Allah,
Sahabat itu bungaku,
Tanpa Dia bagai tiada seri
Dia juga duriku,
Yang mencucuk jiwa menjadi berani

Allah,
Aku mahu kesyurga bersama Dia
Tidak mahu berdosa dalam bercinta
Kerana aku mahu cinta ini membawa kesyurga
Bukan ke neraka durjana
Cinta ini biar dalam redha
Yang menjadi nadi pembawa bahagia
Bahagia dunia, akhirat jua,
Tolong Allah,
Moga kasih ini terpelihara..
Uhibbukifillah SAHABAT! (:


buat kamu sahabat...
saya nak minta maaf sangat-sangat...
minta maaf atas segalanya...
kamu antara sahabat terbaik saya..
hinggalah hari ini.. 
kamu sentiasa ada untuk saya...
nasihat2 kamu.. 
teguran2 kamu.. 
dan gurauan2 kamu..
buat saya selesa jadi sahabat kamu~
saya bersyukur punya kamu sbagai sahabat~

~terima kasih sahabat~(^_^)(^_^)

p/s: senyum selalu.. jaga diri.. saya kalian sahabat~

Wassalam...




::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers