11.1.11

::ubat hati yang gundah::::

Assalamualaikum...

selamat malam semua..^_*
semoga semuanya sihat2 hendaknya..
dikala diri ini telah bosan.. 
jari jemari ini terus menaip melontarkan huruf2nya..
cehwah...



entry malam ni khas dan istimewa untuk hati-hati sesiapa je yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah.. renungan tuk diri sendiri dan sahabat2 lain..

1) Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2) Berdoa
Sentiasalah berdoa.. Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3) Sibukan diri dengan sesuatu
Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

4) Luahkan perasaan anda -
Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. luahkan masalah dan perassaan anda.. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5) Senyum
Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. 
senyum tu kan sedekah(^_^)(^_^)


Dengan itu, hati kita kan menjadi tenang.. InsyaAllah...


p/s: jaga diri..jaga hati.. sayang kalian..


Wassalam..

2 comments:

imHepPie said...

ok...da bole senyum (^^,)

pelangi hafyza said...

hehe.. senyum kak..(^_^)

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers