21.6.10

::Memori Tercipta::

Assalamualaikum...


di sini jua memori tercipta.. 
walau seketika tercipta kasih kita...
hehe...
alhamdulillah...
hari sabtu yg lepas..
reunion dak2 sek ren skg berjaya dilakukan...


terima kasih sgt kepada kawan2 yang datang..
semalam best sangat... 
kamu semua mmg best...
selamanya tetap dihatiku...


budak2 Sek ren keb gambut..
1997-2002..
sahabat selamanya...
gud luck untuk kamu semua...


salam sayang dari sahabatmu ini...


-Fyza-

15.6.10

sedeh atau gembira hidup ini?

Assalamualaikum...

di sebalik ceritera...

hidup ini ada pasang surutnya.
kadang2 kita berada di atas..
kadang2 kita berada dibawah..
ada masa hidup ini gembira..
ada masa ia bertukar menjadi sedih..

erm..
sejak akhir ni..
sedih selalu melanda diri...
mengapa ini semua terjadi?
salah siapa?
adakah sy yang sensitif?
jawapannya..tepuk dada..tanyalah hati..

tp sedeh diri ini hanya sementara..
kerana ianya warna warni kehidupan..
kehidupan yg mengajar kita erti hidup.

mengapa kita perlu persalahkn hidup ini..
bila ianya mengecewakan..
laluan yg dipilih
buka Pencipta yg tentukan,
kerana ianya atas kehendak diri

kenapa perlu meredah api..
jika tahu ianya boleh membakar diri?
perlukah menyelam di lautan
jika disitu ada jerung pembunuh?

hmm..
nak tepuk dada...
xde kesan pada hati..

nk bunuh diri..
takut banyak sgt dosa..

masih tidak terlambat lagi..

jika baru kemalangan..
rawatlah di hospital,
jika rasa lapar..
pergilah cari makanan,
jika baru terSEDAR..
cepat2 lah kembali ke pangkal jalan..

kerana mgkn..
tiada HARI ESOK untuk kita lagi..
oleh itu...
maafkan sy kalo sy x menjadi yang terbaik..
untuk org2 yg saya sayang dlm hidup ni..
maafkan sy..

akhirnya..
jgn pula kita lupa mohon padaNya
NYAWA ini Allah yg jaga..
HATI ini Allah jua yg pegang..
semoga kita mendapat HIDAYAH dariNya
amiin.

Wassalam..

-Fyza-

9.6.10

:: erti cinta si buta ::

Dikisahkan dalam sebuah cerita, ada dua pasangan yang sedang bercinta. Bagaimanapun mereka ditimpa halangan yang sangat menduga kesabaran dan keutuhan perhubungan mereka.

Si lelaki seorang yang buta, cacat penglihatan. Sudahlah begitu, dia dibenci masyarakat kerana kecacatannya. Namun demikian, kekasihnya tetap menyintai dan menyayangi teman lelakinya itu seikhlas hatinya. Kekasihnya tidak mempedulikan apa kata-kata orang lain terhadapnya, hanya kerana dia bercinta dengan orang yang tidak sempurna anggota badan.

"Biarlah apa kata mereka, cinta kepada abang tak akan putus. Jangan kita kalah hanya kerana tekanan mereka yang dengki."

Ikrar si wanita.

"Terima kasih sayang. Abang berjanji, jika abang dapat melihat kembali, abang akan bawa adik hidup bersama-sama. Kita bina rumahtangga bahagia."

Itu janji si lelaki.

Doa si lelaki termakbul juga. Apa yang dihajati tercapai. Dia akhirnya mampu melihat dunia. Siapa yang tidak gembira bilamana nikmat yang selama ini tidak dapat dirasa, diperolehi semula. Dia berasa seolah-olah telah dilahirkan semula.

"Inilah masanya." Si lelaki teringat kembali janji yang dilafazkan kepada kekasih hatinya.

Alangkah terkejutnya. Betapa dia sangat-sangat tidak menyangka, kekasih yang selama ini dicintai dan mencintainya sepenuh hati itu rupa-rupanya seorang yang buta. Segala apa yang dia impikan umpama kaca yang telah hancur berkecai terhempas di atas batu. Sedih tidak terkata, kecewa dan hampa.

"Nampaknya doa abang sudah dimakbulkan. Syukur Alhamdulillah. Apakah abang masih sudi untuk menikahi saya?"

Soalan itu dirasakan seperti panahan petir. Sangat perit dan berbisa. Si lelaki amat terganggu dengan soalan tersebut.

"Kamu, tolong pergi dari sini. Pergi jauh-jauh, jangan biar aku nampak kamu, sampai bila-bila pun."

"Kenapa abang kata begitu?"

"Tolonglah, jangan tanya apa-apa lagi. Cukup jelas, aku katakan di sini, kau dan aku tiada apa-apa hubungan. Sekali lagi, tolong pergi dari sini!"

Si wanita, dalam terkilan dia cuba menelan segala apa yang diluahkan oleh insan yang pernah menyayanginya. hatinya berat untuk menerima, namun apakan daya, itulah harga yang terpaksa dibayar olehnya. Sebelum melangkah pergi, dia sempat berpesan kepada lelaki yang menghalaunya, dimulai dengan senyuman, dia berkata;

"Terima kasih atas apa yang telah abang berikan selama ini. Cuma satu yang saya pinta, saya harap abang jagalah mata saya sebaik-baiknya. Saya mohon undur diri."

1.6.10

:: cinta UMMI ::

Assalamualaikum....

11 Mac 2025

Sebuah keluarga sedang menikmati makan malam di sebuah restoranseafood. Ada seorang ayah, seorang ummi, dan 3 orang cahaya mata. Kakak yang paling tua berumur 12 tahun. Dikuti abang yang berusia 10 tahun, dan adik lelaki yang paling muda berusia 7 tahun. Mereka nampak bahagia. Saya juga merasa bahagia melihat mereka. Kakak duduk di sebelah ayah. Ummi sibuk melayan dua anak yang lain. Senyum dan gelak tawa tak putus-putus, tapi tak keterlaluan.

Bila ayah dan ummi bernikah?

Ayah, ummi, dan kakak nampaknya sudah selesai makan. Cuma dua orang cahaya mata lelaki masih berselera menghirup sup tomyam.

"Siapa tahu hari ni hari apa?", ayah membuka cerita baru. "Hari Jumaat laayah, ape la ayah ni", kakak menjawab.

"Oh, maaf Khadijah. Salah soalan. Maksud ayah, siapa tahu tarikh hari ni?", ayah mencuba sekali lagi. Kakak menjawab lagi, "Sebelas haribulan tiga!". Dua jaguh comel masih lagi seronok dengan sup tomyam mereka.

"Siapa antara anak-anak ayah yang tahu bila ayah menikahi ummi?", soalan ayah makin menarik. Kakak menggaru-garu kepala, terfikir-fikir. Dua jaguh comel tadi terus berhenti menghirup sup mereka. Terpinga-pinga nampaknya.

"Bila ayah?", teriak si abang teruja. "Hari ni la, 11 haribulan Mac. Tapi tahun 2011", jawab ayah ringkas.

Kenapa ayah pilih ummi?

"Oh, baru kakak tahu. Tapi kan ayah, kakak ada satu soalan."

"Apa soalan tu Khadijah?", tanya ayah tenang.

"Kenapa ayah pilih untuk menikahi ummi? Kenapa bukan mana-mana perempuan lain?", kakak bertanya. Ummi hanya tersenyum.

"Sebab ummi cantik!", jawab adik yang kecil. Ketawa pecah seketika. "Haha, betul, tapi kurang tepat la Nuh," ayah membalas.

"Haa Muhammad, kamu tahu tahu kenapa ayah pilih ummi?", ayah menduga si abang.

"Ermm, sebab ummi baik," abang meneka. "Betul, tapi kurang tepat juga," balas ayah.

"Cepat la jawab ayah," kakak mendesak.

"Ayah pilih ummi, sebab ummi sayangkan Allah lebih daripada yang lain, termasuk kita semua."

Berkerut kening ketiga-tiga cahaya mata mendengar jawapan ayah mereka.

"Mana boleh macam tu ayah. Ummi kena sayangkan kami semua," abang membalas dengan nada tidak puas hati.

"Muhammad, kalau ummi sayangkan ayah lebih daripada dia sayangkan Allah, ummi akan rosakkan ayah. Begitu juga dengan anak-anak ummiyang lain. Kalau ummi sayangkan kamu semua lebih daripada dia sayangkan Allah, ummi akan rosakkan kamu semua," ayah cuba menerangkan.

"Kakak tak faham."

"Begini Khadijah. Kamu masih ingat lagi minggu lepas sewaktu kamu baru pulang daripada mukhayyam sekolah? Petang tu kamu sangat penat dan terus tertidur sampai je kat rumah," ayah memulakan bicara.

"Ingat, ingat!"

"Kemudian, lebih kurang pukul 6, ummi datang kejutkan kakak daripada tidur. Untuk solat asar. Kakak berat untuk bangkit. Tapi ummi tak putus asa. Ummi pimpin tangan kakak ke bilik air untuk berwudhu'," sambung ayah.

Kerut di dahi si kakak mulai reda.

"Ummi tak biarkan kakak terus tidur, walaupun kakak sangat penat. Ayah tahu berat hati ummi untuk mengejutkan kakak daripada tidur. Tapiummi utamakan perintah Allah iaitu solat asar, lebih daripada sayang dia pada kakak sebagai anaknya. Cinta ummi pada Allah dah selamatkan kakak daripada azab Allah ke atas orang yang meninggalkan solat," terang ayah dengan penuh yakin.

"Kamu pula Muhammad, masih ingat lagi semasa kamu berkelahi dengan anak jiran sebelah? Kemudian ummi merotan kamu sebagai hukuman," ayah masih terus cuba menerangkan. Giliran abang pula menjadi bahan contoh.

Si abang tunduk mengiyakan. Sakit dirotan mungkin masih terasa.

"Ummi menghukum kamu sebab kamu yang mulakan perkelahian. Kamu telah ambil barang kepunyaan orang tanpa izin. Kamu telah buat sesuatu yang Allah tidak suka."

"Kalau ummi cintakan kamu lebih daripada dia cintakan Allah, nescaya dia akan marahkan anak jiran kita kerana berkelahi dengan anaknya. Dan kamu tidak akan belajar yang mana betul dan yang mana salah," ayah menyudahi kata-kata.

Si abang menoleh ke arah ummi-nya lantas merangkul erat si ummi. "Terima kasih ummi," bisik si abang comel. Kakak dan adik kecil turut sama berterima kasih kepada ummi mereka. Ummi mereka yang kenal dan cinta pada Allah, punca segala cinta.

wAllahu 'alam

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers