29.6.11

::wordless wednesday #1::

Assalamualaikum..


tahu maksud yang ingin disampaikan?
adakah kita ingin jadi telur yang busuk...?
jom refresh hati..

p/s: jaga diri sahabat.. jaga hati jgk..~

Wassalam..

:: SEGMEN : LETS LEARN FROM THE BEST ::

Assalamualaikum...

selamat malam semua..
eh... dah masuk pagi kot...
kawan2..
jom..fyza nak kongsikan sesuatu sebelum tido...

:: SEGMEN : LETS LEARN FROM THE BEST ::
segmen apa ni?
mungkin ada yang tak tau..
ini adalah satu segmen yang dianjurkan oleh seorang sahabat ni...cik nurussalwa
segmen tentang akhlak dan adab Baginda Rasulullah..



jom join..klik sini


::hadis tentang sifat tamak::


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad)

::huraian::



Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.
Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.




Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).


 Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.
p/s: buat renungan semua..^_^


Wassalam..

26.6.11

::saya dah cuba tapi...::

Assalamualaikum...

selamat malam semua..
apa khabar sahabat? sihat?


::KISAH 1::
kawan2.. lagi semalam saya nak update blog tapi...
line broadband tak mengizinkan...


lepas petir malam semalam...
line celcom terus tak dapat...
brodband pon tak boleh nak connect..
ni fyza guna wifi.. tapi tetap slow...
saya dah cuba...
tapi tetap tak boleh...


::KISAH 2::
tadi saya nk ambil wuduk...
sedang ambil wuduk...
alamak...
air takda...
fenomena biasa di AFZAN...
sabar je la...^_*
ni semua dugaan kan...


::KESIMPULANNYA::
jadi..apa yang saya nak buat...
sabar je la kan...
ini baru ujian yang sedikit dati ALLAH...
kan..kan...
apa2 pon.. jom senyum ngan saya.. ^_*


p/s: sabar itu indah...^_*


Wassalam..


24.6.11

::terlajak perahu boleh diundur::

Assalamualaikum..

selamat malam semua..
apa khabar?
kawan2..
ibarat kata pepatah...
terlajak perahu boleh diundur...
terlajak kata badan binasa..


cube kalau kita tukar...
terlajak perahu boleh diundur..
terlajak kata masuk mulut buaya la... hehe

kawan2..
bahaya taw kalau kita terlajak kata ni..
maksudnye tersalah cakap la...
kadang2 boleh menyebabkan sesetengah orang terasa...
buat orang lain marah...
macam2 la... sebab hati orang kita tak tau kan...

jagalah setiap percakapan kita..
supaya tak menyinggung perasaan orang lain..
untuk renungan fyza jugak la ni..
kadang2 kita selalu tersilap kata kan...

akhirnya.. 
maafkan diri ini..
andai pernah menyinggung atau menyakiti hati anda..

p/s: akhir kata.. maafkan fyza andai ada tersilap atau terlajak kata..

Wassalam..

21.6.11

::kawan2.. tolong ingatkan saya::

Assalamualaikum..

selamat malam semua..
dah 2 hari kan fyza tak update blog...
alhamdulillah..
kini sudah berada di maktab tercinta..
menjalani kehidupan di maktab ini seperti biasa..~

kawan2.. 
boleh tak tolong ingatkan saya..
saya pon nak ingatkan diri sendiri jugak ni...



Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan

Tolong ingatkan aku walaupun aku masih ingat
tak semestinya aku ingat semua
Wahai tuhan yaRobbul alamin…..
ampuni dosaku insan yang kerdil ini…
Kerana tidak sempurna seperti Kekasihmu…. Muhamad S.A.W
Kerana aku insan biasa yang sering Lupa Pada mu……


sahabat...
tolong ingatkan aku..
tolong ingatkan diri ini..
(T_T)

p/s: selamat malam..jaga diri ye...

Wassalam..

18.6.11

::keputusan peperiksaan PISMP PS sem 3::

Assalamualaikum...

selamat malam...
nampaknya fyza tak mengantuk lagi.. huhu...

kamu2.. 
nak tau tak... result exam fyza dah leh check tadi...
kepada rakan2 AFZAN yang tak check lagi leh tengok kat sini..

Alhamdulillah...
bersyukur dengan result...
dapat bape? 
jawapannya..biarlah rahsia.. hee~
walaupun tak sebaik sem lepas..
mungkin sem ni tak ada rezeki fyza..
tak apa la.. mungkin Allah simpan rezeki tu untuk benda lain pulak kan..
InsyaAllah...^_^

::senyum2..sebab dah dapat result::

Alhamdulillah...
result dah dapat dah...
sem 4 bakal menjelang beberapa hari je lagi...
(adoi..dah nk balik maktab ek)

kepada semua bakal2 cikgu...
::SELAMAT MENGHADAPI SEMESTER BARU::

P/S: erm..impian nk dapat anugerah sem ni x dapat la..=D

Wassalam...

17.6.11

::kerana saya bukan sape-sape..::

Assalamualaikum..

selamat petang sahabat~
kalo ada yang perasan (kalau ada la..hehe)
blog fyza ni lame dah dibiarkan putih..
tanpa kulit... bukannya diri ini malas..
tapi keadaan internet tak mengizinkan..~

hari ni bukak blog..
kecian lak pulak...
putih je.. hee~
fyza pon ambil la background yang ada je..
saya tak pandai la nak edit-edit ni..hee~

lagipun.. 
siapalah fyza kan..
entah ada orang nk bukak ke tak blog ni..
kerana saya adalah saya...
kerana saya bukan sape-sape..
hanya seorang hamba Allah yang biasa..


p/s: kerna saya adalah hafyza..hee~

Wassalam...



16.6.11

::ke arah satu perjalanan::

Assalamualaikum...
selamat hari khamis sahabat?
dah makan..?
fyza dah siap masak.. jom makan sama...hee..^_*
entry kali ni.. ke arah satu perjalanan...
perjalanan ke mana?
perjalanan dalam mencari dan mengejar cinta..
cinta siapa? 
cinta Allah..
kawan2.. jom hayati lirik lagu ni... untuk renungan diri sendiri jugak..

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah...

::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ya Allah..
Engkau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini...
p/s: ingin mengejar cintaMu... 
Wassalam...

15.6.11

::kasih sayang VS duit::

assalamualaikum...

selamat pagi sahabat...
dah sarapan? jom sarapan dengan fyza...

kasih sayang VS duit..
mana lagi penting..?
kasih sayang? atau duit?

~keluarga bahagia~

bagi seorang ibu..
apabila anak2 mereka dewasa..
sudah bekerja..
sudah berada jauh dari mereka..
ibu itu tidak akan pernah meminta duit..
ibu itu tidak meminta kemewahan..
ibu itu hanya inginkan anak mereka balik untuk jenguk mereka..
ibu itu hanya inginkan kasih sayang anak2 mereka..
KASIH SAYANG!
itu aja..itu sudah cukup..

untuk apalah duit yang diberikan
jika anak itu tidak pulang..
untuk apa...
tepuk dada tanya diri sendiri..
moga kita tak termasuk dalam golongan anak seperti itu..
renugan untuk diri sendiri..


saya sayang ibu dan ayah saya...
seluruh hidup saya..

sahabat... kawan2..
bahagiakanlah ibu dan bapa kita..
hargailah mereka selagi mereka ada..

::kasih sayang takkan mampu dibeli dengan duit::

p/s: along akan jadi anak mak dan ayah yang baik..

Wassalam..

13.6.11

::jangan bersedeh ye::

Assalamualaikum...

selamat pagi semua!
mood anda hari ni?
mood saya pula...?
sedang bersedih sikit kot..

tapi teringat kat ayat ini: 
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)



Sebenarnya seseorang tu tak patot bersedih lama2.
Kerana dia ada Allah di sisinya.
Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya
Oleh itu sahabat, Janganlah kamu bersedih..
senyum-senyum aje ye...
ok2.. saya pon dah tak sedeh dah...^_*

p/s: jaga diri.. jangan sedeh2 ye..

Wassalam..





10.6.11

::jangan pandang pada luaran::

Assalamalaikum...

apa khabar sahabat? 
dah makan? 


cuba tengok buah limau ni...
agak2 masam ke manis ek rasenya?
kalo tengok kulit mesti kita cakap manis kan...
tapi bila dah rasa...
alamak...! masamnye...
luaran limau tu takkan tunjuk sama ada limau tu masam ke tak...

analoginya disini..
sama macam manusia...
jangan pandang pada luaran manusia itu..
jangan pandang pada rupa semata-mata..
jangan terus buat tanggapan negatif pada seseorang itu hanya dengan melihat luarannya...
pandanglah pada isi hatinya...


::kecantikan luaran tidak akan kekal.. yang kekal hanya akhlak dan budi pekerti seseorang itu..::


p/s: pandanglah guna mata hati...

Wassalam..


8.6.11

::jom jaga solat::

Assalamualaikum...

selamat malam sahabat2~
apa khabar? sedang buat apa malam2 ni?
sebelum tu...
nak tanya... dah solat? 
pada yang belom tu... cepat2 solat ye..^_*


Rasulullah SAW bersabda:
Seseungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang(solat) seseorang, jika sembahnyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu.

Allah berfirman:
"Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardhunya?"
Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain..

sahabat-sahabat..
solat itu tiang agama..
jom sama2 kita jaga solat kita...
buat renungan diri sendiri jugak...

p/s: akhir kata..jaga diri.. jaga solat jugak..

Wassalam..

7.6.11

::cinta dalam diam::

Assalamualaikum...


selamat malam sahabat~
sebut pasal cinta..
cukup cintai seseorang itu dalam diam...





kisah cinta Fatimah dan Ali...
kedua mereka saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....



kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...

Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... 
"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "
akhir kata...
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya 

biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...



Cukup cintai dalam diam..
kerna dengan izin Allah...
itulah yang terbaik...
insyaAllah.. Amin3...
p/s: jaga diri... sayang kalian..
Wassalam..

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers