31.7.10

:: jika aku jatuh cinta ::

Assalamualaikum...

hai semua... selamat pagi...
di hari sabtu yg indah dan damai ni.. 
fyza kebosanan.. tak tau nk watpe.. huhuhuhu...
dah la ramai yg balik...
pe ek nk buat? bg cadangan cikit..
huhuhu...





cinta??
apa itu cinta??
cinta tu satu yg subjektif..
semua yg ada kat sekeliling kte terjadi atas dasar ape?
jawapannya CINTA...
cinta kepada keluarga...
cinta kepada rakan...
cinta sesama insan..
cinta kepada diri sendiri...
dan yg utama cinta kepada ALLAH...
Sama2lah kita mencari cinta yg sebenar cinta..
(^_^)(^_^)





Ya Allah...
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…


Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana...
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....


Ya Rabbul Izzati...
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....


Ya Allah...
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...


Ya Allah...
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...


Ya Allah...
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...


Amin...





Wassalam...

23.7.10

::Jangan!!!!!!::

Assalamualaikum...

pe kaba semua...?
maaf andai diri ini agak malas untuk menulis blog ni ye...=)

alhamdulillah..
ari rabu yg lepas kami semua dak mktb afzan dpt elaun
walaupun tuk 2 bulan je.. 
tp xpe laa... 
ada jgk kan.. ^_^

malam ni fyza akan balik johor..
walau pun xda xcti..
ari ahad dah kena balik...
tp xpe la..
nk balik jgk... =)

untuk rumet saya... 
jaga diri baik2.. hehehe...=)

*********

buat renungan diri saya dan anda semua...



Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Renung2 kan dan  Selamat Beramal......



13.7.10

::minggu untukmu wanita::



Assalamualaikum..

MINGGU UNTUKMU WANITA...

12-15 JULAI 2010

IPGKTAA

Firstly.. maaf sebab dah lame tidak menulis bicara di sini..=p
minggu ni merupakan minggu untukmu wanita bg maktb afzan..
berakhirnya dua hari....
pertandingan "Voice of Nisaa' " dan "Iron Women" dah pon berlangsung..
tinggal dua hari lagi..
chaiyok2...

so...
berikut merupakan sedikit sebanyak rentetan minggu untukmu wanita:
cehwah...


ni persembhan permbukaan oleh kmplan dr seroja.. hehe


ni merupakan pesera dr cempaka ye... hehe


ni plak gmbr untuk ptandgan iron women ye... 
menguji kreativiti peserta dlm memasak mkanan yg simple2 ye...=)

 semasa pertandgan berlangsung...=)


menu 1

menu 2


menu 3

sekian dulu coretan kali ni...
fyza akan smbg celoteh lain kali..

wassalam...

4.7.10

xboleh ke berkorban sedikit?

Assalamualaikum..


selamat petang semua!! 
maaf sebab agak lame tidak menulis di blog ini..
maklumlah awal sem kan.. hehe...
apadalah xda sesibuk mane pon..
tp maaflah..
mgkin fyza kekurangan idea or xtau nak tulis apa..


kata2 yg terlintas dihati ketika ini...:


salahkah kita berkorban sedikit untuk memberi sedikit kegembiraan kepada orang lain..??


salah ke?
salahkah kalau sesekali kita berkorban...
walaupun pergorbanan kita tu mungkin sedikit..
tp mungkin ianya membri harapan or kegembiraan yg besar kepada orang lain..


kalo macam tu...
mcm mane lak dengan diri sendiri..??
nanti diri kita sendiri lak yg terkorban...??
x salah kot kalau sesekali kita lupakan tentang diri sendiri..
xsalah kalo sesekali kita gembirakan hati orang2 sesekeliling kita..
orang2 yg kita sayang...
betol x?

erm..entah la..
tepuk dada..tanya lah hati..
hehe..

apa2 pun..
sentiasalah ingat..
apa2 pun yg kita buat..
Allah sentiasa membantu kita..
sekian...

wassalam..

-fyza-

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers