Showing posts with label -islamik-. Show all posts
Showing posts with label -islamik-. Show all posts

25.2.12

::aku tahu... tapi aku...::

Assalamualaikum...
selamat pagi sahabat...
alhamdulillah.. masih dapat bernafas di pagi yang tenang dan damai ni...
hujung minggu kali ni..
fyza tetap di lipis..
setia memenuhi ipg bersama beberapa orang rakan yang lain...

korang...
hari ni fyza nak share something...
tentang apa yang sering kita lakukan...
kita tahu benda tu salah tapi kita tetap buat..



Aku TAHU hidup di dunia hanya SEMENTARA
TAPI AKU ……..
Aku TAHU segala amalam akan DIHISAB
TAPI AKU …..
...
Aku TAHU RAKIB ATID setia di sisi mencatat AMALAN
TAPI AKU ……

Aku TAHU SOLAT itu WAJIB
TAPI AKU …..

AKU TAHU AJALKU tiba bila-bila MASA sahaja
TAPI AKU ……

Aku TAHU apa itu DOSA, apa itu PAHALA
TAPI AKU ……..

Aku TAHU ALLAH sentiasa MEMERHATI
TAPI AKU ……

Aku TAHU ujian ALLAH pasti ada HIKMAHNYA,
TAPI AKU …………..

Aku TAHU AZAB-NYA api NERAKA,
TAPI AKU …..

AKU TAHU betapa NIKMAT kehidupan di SYURGA
TAPI AKU …………

Dan MACAM-MACAM lagi yang aku TAHU
TAPI AKU ……..

Ya ALLAH...BANYAKNYA perkara yang HAMBAMU ini telah TAHU, tetapi hamba BUAT seolah-olah TIDAK TAHU...!

YA ALLAH, KUATKANLAH IMAN KAMI, JAUHKAN KAMI DARI GODAAN SYAITAN. KAMI TIDAK MAHU BERSAMA MEREKA DI DALAM API NERAKA. KAMI MAHU BERSAMA AHLI SYURGA, BERSAMA KEKASIH KAMI NABI MUHAMMAD SAW, PARA ANBIA, PARA SYUHADA...! BANTULAH KAMI YA ALLAH...

sahabat..
kita pulak macam mane?
ye.. banyak yang kita tahu sebenarnya...
tapi adakah kita melakukan semuanya...?
adakah?
buat renungan bersama..
jom sama2 perbaiki diri...


gembira melihat sahabat2 yang telah berubah
manisnya dijentik hidayah oleh Allah...
sekian..
Wassalam...

12.1.12

::mengajarku erti syukur::

Assalamualaikum..

alhamdulillah...
dapat juga mencoret kat sini..
nak kongsi satu artikel yang fyza tulis..


Setujukah kalau dikatakan di sini bahawa masyarakat pada hari ini sudah terlalu mewah dengan makanan? Masyarakat di Malaysia bukan kekurangan makanan tetapi hakikatnya mereka kelebihan makanan.

Tetapi, pernahkah kita bersyukur dengan nikmat makanan yang kita perolehi setiap hari. Dari sarapan, makan tengahari dan juga makan malam, kita masih mempunyai makanan bukan untuk dimakan? Kadangkala, makanan kita terlalu mewah.

Namun kenapa masih ada yang merungut dengannya?
Walauapa pun makanan tersebut, ianya adalah nikmat rezeki yang Allah turunkan kepada hambaNya.
Jangan pernah merungut dengan rezeki yang Allah berikan. Selagi dii hadapan kita masih ada makanan, dan selagi Allah masih memberikan kita rezeki untuk makan, selagi itu jugalah kita harus bersyukur.

Situasi satu:
Ada orang yang merungut kerana tidak dapat makan makanan yang enak dalam kehidupannya.
“mak mak masak apa hari ini?”
“dik, hari ni kita makan telur goreng je ye nak. Ini je yang ada untuk hari ni.”
“erm.. telur goreng lagi?? Apa ni mak??? Hari-hari telur goreng. bosan la kalau hari macam ni.!”
Dialog tersebut sering keluar di bibir anak-anak pada hari ini. Tidakkah mereka sedar bahawa telur goreng juga makanan? Makanan yang halal dimakan. Oleh itu, walau apa pun makanan yang ada, bersyukurlah sahabat sebelum rezeki yang Allah berikan itu hilang hari demi hari.

Situasi dua: Ada orang lain pula yang dilimpahi dengan pelbagai makanan yang enak, tetapi masih merungut kerana makanan itu tidak sedap.
Ketika lauk-pauk sudah terhidang di atas meja..
“erm.. ada ketam masak lemak la.. sedapnya..nak makan la “
Selepas merasai makanan tersebut,
‘erm. Tak sedap langsung?? Sape yang masak ni!”
Ish.ish..ish.. si tukang masak pula disalahkan.. tukang masak juga manusia biasa.
Manusia oh manusia..
Bila tidak dapat makanan yang kita sukai kita merungut
Dan bila sudah mendapat makanan yang kita sukai, kita juga merungut.
Mengapakah kita tidak bersyukur? Mengapa?
Situasi tiga:
Ada pula orang yang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
‘mak, mak masak apa hari ini?”
“mak masak telur goreng je hari ni dik. Ini je rezeki yang ada untuk hari ni dik”
“telur goreng? Tak apa la mak.. telur goreng pun sedap! Rezeki dari Allah kan mak. Alhamdulillah kita ada makanan hari ini kan mak?”
Alangkah bagusnya jika semua orang berfikiran begitu. Allah itu maha adil, jika hari ini kita hanya makan telur goreng, insyaAllah dengan usaha hambaNya, Allah akan berikan rezeki yang lebih kepada hambaNya pada masa akan datang..

‎"Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya” -Imam al-Ghazali (dlm kitab Ihya’ Ulumiddin)


 
Oleh itu, bersyukurlah.
“Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dengan rezekiMu”

dekat sini pon ada..

p/s: buat renungan bersama..

Wassalam..

7.1.12

::cukuplah Dia melihat segalanya::

Assalamualaikum..

selamat pagi...
alhamdulillah..pagi yang sangat cerah...
hanya entry ringkas untuk pagi ni..
 


Hidup ini kita kena kira 'sedap pandang' di mata Allah,
Bukan 'sedap pandang' di mata manusia.
 
sebab...
yang layak menilai kita ialah Allah..
bukan manusia...
betul tak?

walau apa pun yang kita buat..biar kerana Allah..
dan bukan kerana manusia..

 biarkan apa orang kata..
janji kita tahu apa yang kita buat..
dan lagi satu..
banyakkan berdoa kepada Allah...
sesungguhnya Allah amat mencintai hambaNya yang selalu berdoa kepadanya^^
akhir kata..
jangan harap manusia menilai kita,
Cukuplah bagi kita Allah melihat segalanya.

p/s: buat renungan bersama...

Wassalam..



20.12.11

::saya budak sains sosial jek::

Assalamualaikum...

selamat pagi..
apa khabar semua..
harap pagi ni semua orang senyum2..jangan sedeh ye..^^

nak share sesuatu pagi ni..
ni fyza copy ye dari page fan khazinatul asrar di fb..





“Awak ambik kos pendidikan Islam...”


“tak…”



“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”



“Tak juga, saya program sains la…”


“saya ingatkan ustazah tadi…” 

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. 
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???" 

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya… 

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

ye..artikel buat renungan bersama..
cuba reflek balik diri kita..
pemakaian tudung kita..huhu
macam dalam aritkel kat atas..
tudung labuh tak bermakna tinggi ilmunya..(tp kebanyakan berilmu tinggi)
tudung singkat tak bermakna sedikit ilmunya..
semua orang tak sempurna kan..

fyza ni lagi la.. hanya budak pengajian sosial je...
insan yang sangat kekurangan...
hanya mampu berkongsi untuk semua..
moga sama2 kita dapat manfaatnya..

Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

p/s: saya budak sains sosial jek..=(
maaf ye.. entry ni tak merujuk kepada sape2 pun.. lebih kepada diri sendiri..huhu..
salam sayang.. k la.. jom makan..~

Wassalam..

25.11.11

::hari esok lebih baik dari hari ini::

Assalamualaikum...

hari ni dah masuk 25 november...
hari semalam takkan berulang..
dan hari esok pasti datang...
tapi jika kita masih dipanjangkan umur pada hari esok la.. InsyaAllah...

profil picture www.ilmi-islam.com

korang..
semoga hari esok lebih baik dari hari ni...
sempena awal Muharam yang akan tiba...
jom lakukan lakukan penghijrahan dalam diri kita..
dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik..
walaupun perubahan itu kecil..
namun, perubahan yang kita lakukan itu mungkin akan mendatangkan kebaikan pada diri kita..

dan semoga dengan perubahan itu nanti, kita akan terus istiqomah dengan perubahan yang kita buat tu..
ni fyza tuju buat diri fyza sendiri la...
insyaAllah..

akhir kata...

SALAM MA'AL HIJRAH..
JOM SAMA2 KITA BERHIJRAH..

p/s: sok fyza g kl.. pas 3 hari baru update bog kot.. jangan rindu ye..^_*

Wassalam...

3.11.11

::kenapa ek? kenapa?::

Assalamualaikum..

selamat malam ni..
td fyza baru lepas tengok forum perdana...
tertarik dengan satu soalan ni...

orang Islam menyambut dua jenis perayaan...
Hari Raya Aidilfitri dan hari Raya Aidiladha...
tapi kenapa sambutan hari raya Aidilfitiri lebih dari hari raya Aidiladha...?
kenapa ek? kenapa?

sedangkan... ni berdasarkan apa yang fyza dapat tadi la..
sedangkan kalau hari raya puasa.. umat islam dilarang puasa pada hari raya pertama kan...
lepas tu umat islam dituntut untuk puasa enam kan...
tapi kalau hari raya korban... hari yang dilarang berpuasa ialah dari hari raya haji sehingga la tamat hari tasyrik.. masa takbir pon lebih lama.. kan2? kalau ikutkan hari raya haji la lebih penting kan? 

tapi.. sebenarnya kedua-dua perayaan ni sama penting bagi umat Islam..
hari kemenangan bagi umat Islam..
(^_^)(^_^)

lagi satu nak taye...
kenapa ek kalau hari raya haji tak ada orang nak tukar kereta baru.. nak tukar langisir baru...
tak ada orang nak beli baju raya baru ke? napa ek? 
sedangkan hari raya haji raya jugak kan..heee..

kenapa ek? kenapa? 


p/s: eh..kenapa banyak sangat kenapa ni.. ? hee..salam sayang..

Wassalam..

27.10.11

::nak tau tak apa benda yang ajaib?::

selamat petang...
dah makan semua...?
hari ni fyza nak bagitau tentang benda2 yang ajaib kat dunia..=D

(^__________^)

cikgu:murid2..sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?

boon kok keong:piramid cikgu..

cikgu:bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!

gopal:taj mahal..cikgu..

cikgu:bagus...lagi....!!!

husin:hati..cikgu..!!!

cikgu:aik..kenapa pulak hati???boleh kamu terangkan pada kelas..???

husin:sbb hati manusia ni..orang x nampak.tapi boleh rasa..kalau hati menangis..xde sape buleh dengar.dalam hati ada macam2 rasa..marah,geram,kecewa,gembira dan macam2 lagi.tuhan ciptakan hati manusia ni sama tp tak serupa.bende2 yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu..itu cuma tinggalan sejarah lama.sbb manusia hari ni..boleh buat bende2 yg serupa dengan bende2 tu semua.tapi xd sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!!



hehe.. ajaib tak hati kita??

saya ada hati...
anda pun ada hati..
hati kita ni unik...
dan pesan fyza..
jom sama2 jaga hati kita...^_^

p/s: sayang kalian... tulus ikhlas dari hati ini..hee~

Wassalam... 

24.9.11

::ruginya...!::

Assalamualaikum..

selamat pagi!
apa khabar semua?
agak lama fyza tak update blog sebab fyza  g perkhemahan...
ni pon mengupdate dalam demam ni..huhu..

kawan2.. dalam entry kali ni...
nk bagitau yang betapa ruginya kita kalo tak solat..


✔ Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
✔ Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.

~::. Bersolatlah anda sebelum anda disolatkan .::~



dan lagi satu..
solat la walau di mana pon kita...

p/s: sentiasa mengingatkn dr ini jgk.. wat renungan bersama..

Wassalam..

14.9.11

::kisah wanita dan epal::

Assalamualaikum...

selamat petang semua...~
semua sihat? hehe
sekarang ni kesibukan sedang melanda...
sedang sibuk dengan projek "play more..learn more" 
projek apa tu? nanti ada masa fyza cerita ye...^_*

entry kali ni... 
fyza nak kongsikan sesuatu..
mungkin ada yang dah bace...
tp tak apelah.. nak kongsi jugak..~

tajuk entry...
kisah wanita dan epal...
kenapa dengan wanita...? dan apa ceritanye pula dengan epal?
jom baca...








mampukah kita menjadi epal yang berkualiti..? huhu..(T_T)

p/s: mampukah saya..huhu

Wassalam..

5.9.11

::anda rasa anda tak cantik?::

Assalamualaikum..

selamat malam..
anda rasa anda tak cantik?
atau anda rasa anda tak hensom?

ada orang kata cantik itu subjektif. 
Ada yang kata yang bulu mata lentik itu cantik. 
Ada yang kata putih gebu itu cantik.
setiap orang punye tafsiran sendiri tentang cantik...

alam ni pon Allah dah jadikan cukup cantik.. cantik sempurna..
sama juga macam manusia..kejadian yg cukup indah..

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.

lagi satu..bersyukurlah dengan apa yang kita ada.dengan siapakah kita hari ni.. sebab...
Setiap orang ada keistimewaannya yang tersendiri. kan2? :)

bagi yang rasa anda tidak cantik.. ingatlah..
Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

p/s: renungkan2..selamat beramal.. buat renungan diri sendiri jgk~

Wassalam..

21.8.11

::who is the best listener?::

Assalamualaikum...


selamat petang..
anda sedang sedeh?
atau sedang menangis? 


ingin meluahkan masalah? 
tidak ada tempat untuk meluahkan segala masalah..?
jangan risau...
Allah kan ada.. (^_^)(^_^)



Allah is the best listener. You don’t need to shout nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of a sincere heart... (^_^)(^_^)


*tarik nafas dalam-dalam dan hembus bersama senyuman*
senyum..(^_^)(^_^)


p/s: saya pula..sedang cuba melupakan masalah yg ada.. senyum2..


Wassalam..

18.8.11

::teka teki Pak Belalang::

Assalamualaikum...


apa khabar? 
korang ngah buat pe tu? makan ke? hee~
jangan makan disiang hari taw... dosa..~~


ok.. hari ni... Pak Belalang nak jawab satu teka teki... hee~





Nujum Masai:Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.

Pak Belalang:Silakan Nujum Masai.


Nujum Masai:Apakah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?


Pak Belalang:Ah, itu senang saja. Jawabnya Terawih!!


Nujum Masai:Jelaskan.

Pak Belalang:"1- Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu kedua sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ketiga kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarrang2" pd minggu keempat jarang2 jumpa org dtg terawih...


haa...itulah demikian teka tekinya...
betul kan jawapannya terawih...?
 itulah hakikatnya masyarakat kita... tp bukan semua ye...
semakin lame puasa..semakin terawih ditinggalkan...
jangan taw.. moga yang lain terus istiqomah...


p/s: renung2kan.. selamat beramal...
renungan untuk diri sendiri jugak..


Wassalam.. 

16.8.11

::buka ke tutup?::

Assalamualaikum..

selamat malam...
semua sihat? hee...~
alhamdulillah..
masih berpeluang untuk menulis..~

tadi fyza ada bace blog pilihan hati...
entry terbaru dari saudara hakim..

ye kawan2.. jangan pisahkan tudung dari kepalamu ye...
ni fyza nak share pulak something..
ada sorang sahabat baik ni telah hantar msg renungan ni kat fyza...

kawan-kawan..
ada 3 jenis orang yang tak boleh masuk syurga...

yang pertama...orang yang selalu minum arak..
yang kedua..anak yang derhaka...
yang ketiga..lelaki/suami yang dayus...

ni nak terang tentang apa yang dimaksdukan dengan dayus..
yang perrtama.. lelaki yang tak tgur anak isteri tentang apa yang buruk
yang kedua.. lelaki yang tak tgur isteri dan anak perempuan yang keluar tak tutup aurat dengan lengkap..
yang ketiga... lelaki yang membenarkan isteri dan anak keluar tanpa kebenaran..
yang keempat.. lelaki yang membenarkan isteri dan anak2 masuk rancangan realiti n hiburan sehingga mereka menunjukkan aurat mereka pada umum..
yang kelima.. lelaki yang membenarkan isteri dan anak2 menjadi pelakon shingga berpegangan dan berpelukan dengan bukan mhram dan dibiarkan sahaja..


jadi..kalau dilihat pada list ni..ianya sangat menekankan tentang aurat kan..
jadi..kawan2 yang bergelar wanita mesti sayang mak dan ayah kan?
fyza pon sayang mak dan ayah fyza..
jadi... kita kene jaga aurat kita dengan sebaiknya...
kalau tak.. nanti akan berbalik kepada ayah kita..
ayah kita akan dikira dayus sebab kita tak tutup aurat dengan sebaiknya...


ini adalah sebagai ingatan kepada diri sndiri jugak untuk jaga aurat diri sendiri.huhu..
tambah2 kita sebagai perempuan..aurat nye banyak..
sebab tu perempuan sangat istimewa..


kawan2.. 
jom kita sama2 cuba jaga aurat kita sebaiknya...
insyaAllah... Allah sayang..mak ayah sayang..
maruah diri dan keluarga pon terjaga... InsyaAllah..


ni badges untuk kempen "buka ke tutup?" yang dijalankan di IPG afzan...
kepada kawan2 afzan..jom sama2 sokong kempen ni...

“BUKAK KE TUTUP??”
pilihan di tangan anda, bahagia atau sengsara..


p/S: renungan untuk diri fyza yang lemah ini jugak... sayang kalian..

Wassalam...





::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers