12.1.12

::mengajarku erti syukur::

Assalamualaikum..

alhamdulillah...
dapat juga mencoret kat sini..
nak kongsi satu artikel yang fyza tulis..


Setujukah kalau dikatakan di sini bahawa masyarakat pada hari ini sudah terlalu mewah dengan makanan? Masyarakat di Malaysia bukan kekurangan makanan tetapi hakikatnya mereka kelebihan makanan.

Tetapi, pernahkah kita bersyukur dengan nikmat makanan yang kita perolehi setiap hari. Dari sarapan, makan tengahari dan juga makan malam, kita masih mempunyai makanan bukan untuk dimakan? Kadangkala, makanan kita terlalu mewah.

Namun kenapa masih ada yang merungut dengannya?
Walauapa pun makanan tersebut, ianya adalah nikmat rezeki yang Allah turunkan kepada hambaNya.
Jangan pernah merungut dengan rezeki yang Allah berikan. Selagi dii hadapan kita masih ada makanan, dan selagi Allah masih memberikan kita rezeki untuk makan, selagi itu jugalah kita harus bersyukur.

Situasi satu:
Ada orang yang merungut kerana tidak dapat makan makanan yang enak dalam kehidupannya.
“mak mak masak apa hari ini?”
“dik, hari ni kita makan telur goreng je ye nak. Ini je yang ada untuk hari ni.”
“erm.. telur goreng lagi?? Apa ni mak??? Hari-hari telur goreng. bosan la kalau hari macam ni.!”
Dialog tersebut sering keluar di bibir anak-anak pada hari ini. Tidakkah mereka sedar bahawa telur goreng juga makanan? Makanan yang halal dimakan. Oleh itu, walau apa pun makanan yang ada, bersyukurlah sahabat sebelum rezeki yang Allah berikan itu hilang hari demi hari.

Situasi dua: Ada orang lain pula yang dilimpahi dengan pelbagai makanan yang enak, tetapi masih merungut kerana makanan itu tidak sedap.
Ketika lauk-pauk sudah terhidang di atas meja..
“erm.. ada ketam masak lemak la.. sedapnya..nak makan la “
Selepas merasai makanan tersebut,
‘erm. Tak sedap langsung?? Sape yang masak ni!”
Ish.ish..ish.. si tukang masak pula disalahkan.. tukang masak juga manusia biasa.
Manusia oh manusia..
Bila tidak dapat makanan yang kita sukai kita merungut
Dan bila sudah mendapat makanan yang kita sukai, kita juga merungut.
Mengapakah kita tidak bersyukur? Mengapa?
Situasi tiga:
Ada pula orang yang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
‘mak, mak masak apa hari ini?”
“mak masak telur goreng je hari ni dik. Ini je rezeki yang ada untuk hari ni dik”
“telur goreng? Tak apa la mak.. telur goreng pun sedap! Rezeki dari Allah kan mak. Alhamdulillah kita ada makanan hari ini kan mak?”
Alangkah bagusnya jika semua orang berfikiran begitu. Allah itu maha adil, jika hari ini kita hanya makan telur goreng, insyaAllah dengan usaha hambaNya, Allah akan berikan rezeki yang lebih kepada hambaNya pada masa akan datang..

‎"Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya” -Imam al-Ghazali (dlm kitab Ihya’ Ulumiddin)


 
Oleh itu, bersyukurlah.
“Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dengan rezekiMu”

dekat sini pon ada..

p/s: buat renungan bersama..

Wassalam..

No comments:

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers