22.5.10

::Iman seekor semut ::

Assalamualaikum...

kisah ni fyza ambil kat satu blog rakan...
sekadar renungan kita bersama...


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH,
aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di
padang pasir yang
tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah
Sulaiman pun
bertanya:

"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?
Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam
sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji
gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau
kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas
batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,
dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi
ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi
tinggal semut didalam
bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat
gandum sebiji tadi
hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,
lantas Nabi Allah Sulaiman
menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong
pada aku!. Bulan lalu kamu
kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini
sudah sebulan tapi kamu
makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak
berbohong, kalau
aku ada di atas batu aku pasti makan apapun
sehingga banyaknya sama
seperti
sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku
cari sendiri dan rezeki
itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak
pernah lupa padaku.
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang
tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya
kepada kamu, sebab itulah aku
makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.
Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??




Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah
yang kerjanya mengorek
kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati
bukan kerja orang
ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa
ditanam, oleh itu kubur
perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai
hamba Allah ini ialah
dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
waris sudah lama balik
kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal,
barulah penggali ini datang ke
kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah
di INTERVIEW oleh Munkar
Nankir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10
kubur, 50 kubur sampai
100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam
Suffian dan bertanya
kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada
100kubur orang Islam yang aku
gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya
masih berhadap kiblat.
Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab
Imam Suffian:" Diakhir
zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya
rezeki itu di tangan
Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di
tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan
dengan SOGOKAN duit yang
banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah
iman semut lebih
kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali:

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA".

"ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU
MENJAGA HARTA".

"ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN".

"HARTA BERKURANGAN APABILA
DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
APABILA
DIBELANJAKAN".


--
Mencari keredhaan Allah itu lebih utama
dari memenangi hati pemimpin dan
menggembirakan orang-orang munafik.

"Seseorang yang tidak ada sebahagian Al-Quran
di dalam hatinya adalah
seumpama rumah yang ditinggal kosong".

wassalam...

-fyza a.k.a pelangi-

19.5.10

:: pelangi yang indah::

Assalamualaikum...

pertama sekali..
nk mintak maaf kat pemilik gambar ni...
sbb amik gambar ni tanpa kebenaran k...
dan fyza amik dari fb mereka...


-pelangi afzan-

maaf laa...
saya tak boleh nampak gambar pelangi...
terus jd tak betol..hehe...
maaf...
ape2 pon..cantik kan gambar ni??

-FyZa-

18.5.10

:: Pandanglah HambaMU ini, Ya Allah ::

Assalamualaikum....

Ya Allah...
hambamu ini hamba yang lemah Ya Allah..
bantulah hambaMu ini...



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.

Ya Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..

Aku mohon dengan sangat..Perkenankanlah.

:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::

:: Ya Allah... berikanlah PELANGI kepada hambuMu ini supaya hidupku sentiasa diterangi oleh cahayaMU Ya Allah:

Wassalam..

-FyZa-

:: exam datang lagi... ::

Assalamualaikum....

pe kaba semua?? bertemu kita lagi dalam coretan merapu fyza...
jeng..jeng..jeng...

anda happy skrg ni??
saat menghadapi peperiksaan ni membuatkan kita smua kadangkala menjadi pening.. hehe..
sbb banyak sgt stdy kot...
ingat... ape pon yg berlaku...
byk keje ke... banyak masalah ke.... ape ke...
kte semua kena happy...

-SENYUM SOKMO-



erm... jeles sbnarnya dgan kawan2 universiti yg dah abis exam...
dah cuti sem pon...
dah leh relax kat rmh..
sedangkan sy...
masih di sini...
hehe...=)

ari kamis ni fyza start exam...
exam FPM... dah stdy ke sy??
erm... boleh laa...
tp xtau ar mcm mane kan... sesungguhnya sy dah berusaha..
dan akan cuba yg terbaik..
insyaAllah.... harap2 result sem ni gempak ckt.. hehe...


ni jadual exam fyza buat sem ni:

20 mei => FPM
24 mei => PKK
25 mei => PS 1
26 mei => PS 2

Akhir kata...
kepada semua kawan2 di seluruh IPG di Malaysia...
kawan2 di IPGKTAA...
dan khas tuk kawan2 kelas PS...

:: SelAMAt MEngHadapi PePeriKsaaN ::

:: SelAmaT Maju JaYa ::

-FyZa-

16.5.10

:: SelaMaT hArI gUru ::


Assalamualaikum...

ari hi 16 mei..
hari guru..
di kesempatan ni..
fyza nk ucap selamat hari guru kepada smua insan2 yg bergelar guru..
x lupa juga kepada smua insan2 yg bakal menjadi guru mcm fyza.. hehe..

-semoga kita mejadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang-


Lagu:

Guru Pembina Negara bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar, baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz, janjiku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Bejasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Bejasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

wassalam...

-FyZa-

10.5.10

:: Cinta dan MenCintai ::

Assalamualaikum..
sekarang ni ngah bace satu buku ni.. tajuk dia:

Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Ilahi

dah lame gak baca buku tu.. tp x habis2 plak.. hehe..

erm.. sebenarnya xtau nk tulis ape dalam post kali ni..

fyza cma nk share sedikit sbyk kata2 yang fyza dapat dalam buku ni k..

Satu:

Cinta kerana Allah..
cinta kerana Allah??
apakah itu cinta kerana Allah??

Cinta kerana Allah menjadikan hati itu bertaut rapat..
Cinta kerana Allah akan membuatkan hubungan sesama manusia menjadi berharga...
cinta kerana Allah juga lahirnya sifat mencintai manusia lain lebih dari diri sendiri..

Harmonikan kehidupan kita dengan cinta..
Cinta kerana Allah, cinta yang hendak mengejar redhanya...
apa kata??
mari kita bercinta..?
cinta kerana Allah..

dua:

Semarakkan cinta untuk dicintai..

Jika kita semarakkan cinta.. berteraskn cinta kita kpd Allah..
patinya hidup kita lebih bahagia..tenang..harmoni..

suami isteri saling mencintai..anak dan ibubapa saling mencintai..
sahabat2 saling mencintai.. masyarakat saling mencintai..
buknkah itu membuahkan harmoni..

kenapakah kita tidak menonjolkan cinta kita?
sesungghnya cinta itu membina kehidupan..
Kenapa pula kita tidak menyemarakkan cinta..?

menyemarakkan cinta yg berteraskan cinta kita kepada Allah..


sekian dahulu untuk kali ni..nnti fyza akan sambung lagi ye...
(^_^)(^_^)

wassalam..

-FyZa-


2.5.10

:: Cerita Lawak ::

Assalamualaikum..
maaf..lame juga rasenya xda post baru..
ni cerita lawak... tentang guru tadika yg tidak percayakan Tuhan..

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia menanya soalan soalan yang akan mengelirukan murid murid nya....

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak2 : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Anak2 : takde cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampak tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak2 : takde cikgu.

Guru tadika sangat gembira sebab tujuan dia nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Tetapi dalam banyak2 budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia mengangkat tangan untuk menanya guru tadika itu..

Budak A : Cikgu boleh saya tanya sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak A : kawan2 nampak cikgu tak.
Kawan2 : nampak.
Budak A : cikgu ada kan?
Kawan2 : ada.
Budak A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kawan2 : tak nampak.
Budak A: cikgu ada otak tak?
Kawan2 : tak de

Daripada cerita ni..kesimpulannya.. bila tak nampak, tak semestinya tak de! Didiklah anak bangsa dengan kebenaran Islam. Sayangi la agama kita. Kalau tidak kita, siapa lagi...

- dr ckgu prihatin..hehe..=)

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers