30.8.09

Bila malakat mencabut nyawa...huhu


Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda : "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam bada! n dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S" "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata : "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain." Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik sahaja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tun! jukkan k epada roh orang yang beriman itu."

Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.

Maka berkata Abu Bakar R.A : "Roh itu menuju
ketujuh tempat :-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.

Si Jin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W. : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :
-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan bersama.
Wassallam. p/s : Kalau rajin, tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

esok balik maktab...huhu...

Assalamualaikum... erm.. tak terasa rasenya cuti seminggu ni kan?? pejam celik dah seminngu...huhu... rase macam smalam balik rumah tp sok adh kena balik maktab....

semalam pergi pasar parit sulong buat pertama kalinya..hahaha.. macam tak percaya la pulak sebab pt sulong tu dkat je dari rumah, dlm setengah jam je..hahaha...

sebenarnya pergi pt sulong tu sbab nk g klinik kesihatan pt sulong.. tolong ayah fiza yg baru pndah ke klinik tu... ingatkn senang je keje pmbantu farmasI tu, rupenya susah...huhu.. kejenya banyak.. semua name ubat tu kena tau.. kalo fiza la..naik pening puye...hehe.. lepas dah abis keje, tu la yang g parit sulong tu..

skrang ni kat kg atuk.. jap lagi balik rumah.. huhu.. esok pulak kena balik mktb.. harap2 esok train kesayanganku taklah lmbat macam selalu...

utk plajar2 ipgmktaa sekalian..
welcome back to lipis!!!!

20.8.09

PPSMI: sokong ke tidak????




Assalamualaikum.. td fiza ada kelas bm taw.. tau x.. pintu pagar kat blok pntadbiran dy tutup... mcmne nk masuk.. kalo bleh masuk pon, kelas pulak dy tutup.. ape la guard baru ni.. ketat semacam..huhuhu... last2, ktorg dok kat tgh2 blok tu.. dok bersila plak tu.. best gak taw kelas mcm tu.. lebih santai...hehe..



huhu.. sebab diorg x puas hati ngan das
ar ppsmi yg Prof Nik Safiah bincang td, dorg mntak ngan en zakaria nk berbincang tentang isu ni...kira ktorg mcm berdebat ar satu same lain.. ok.. kitorg dak2 ps dbahagi dua kmpulan... satu yg menyokong ppsmi dmansuhkan.. dan satu lg menyokong ppsmi diteruskan... setiap org kena bg pndapat.. huhu.. hangat jugak ar isu perdebatan td.. mcm nk bergadoh lak... masing2 nk menang..huhu.. pastu ada plak en zakaria suwoh zul jd hakim debat... ish.. x adil la.. tp nasib baik group fiza menang.. tu pon beza 1 mata je..hahahaha..

group yg ingin ppsmi dmansuhkan asyik ckp yg bnda ni perlu mansuh sebab takut budak bandar ketinggalan.. tp masalahnye smpai bile diorg tu harus ketinggalan.. mereka harus berubah la... lagi satu, para pelajar selalu jd mangsa uji keadaan.. kenapa?? mmg la bg org luar bndr susah untuk memahami sc n m3 dlm n tapi diorg kena blaja lg awal untuk memudahkn masuk mereka lanjut pelajaran.. nnti kalo masuk u, baru blaja sc dlm bi bkn ke diorg akan terpinga-pinga???

mmg dulu kerajaan buat kputusan wujudkn ppsmi ni tergesa2.. tp knape nk mansuhkn pon tergesa2.. cuba bg mase untuk para pelajar dan guru2 menerima sepenuhnya ppsmi ni.. malah ppsm ni xde kekurangannya pon.. ramai je plajar yg blaja sc n m3 dlm biberjaya dlm spm... lpas tu.. bg guru platih kos sc kat ipg ni cnthnya.. xknlah blaja pnat2 kat ipg dlm b tibe2 nk mgajar dlm bm lak.. kan dah susah namanya tu.. huhu.. sorilah.. fiza menyokong ppsmi ni sbnrnya.. tp enthlah.. dua2 ada kekurangan n kelebihan.. cma cara kita gunakannya yg penting....=p


*lg satu, sama yg jd mangsa utama dlm hal ni.. CIKGU taw.. mangsa perubahan...

sama2 kita fikirkan dan renungkan...


19.8.09

Bicara bahasa bersama Nik Safiah Karim..

Assalamualaikum... pg ni semua bdak major bm n minor bm termasuklah kelas fiza kena g dwn kuliah a bg menyaksikn seminar bicara bahasa bersama seorg tokoh bahasa yg disegani.. Prof Meterius Datuk Dr. Nik Safiah Ibrahim...

Dalam seminar td..beliau telah membncangkn dasar PPSMI yg telah dimansuhkan..huhu.. adakah PPSMI ini wajar dimansuhkan sebnarnya...??? jeng3.. Beliau sgt bersetuju dgn pemansuhan PPSMI itu..kerana bliau sgt memartabatkn bahasa Melayu... huhu.. tp siapa yg jd mangsanye..??
plaajr2 jgk sbb diorg yg kena blaja kn??...huhu.. tp bagi fiza PPSMI ni ada kelebihan dan kekurangannya... so, xyah ar gadoh2..hehehe..

erm.. kalo semua nk tau..Prof Nik Safiah Karim ni la pnulis buku Tatabahasa Dewan... bdk2 bm msti tau bk ni kn?? Sepanjang sem2 yg lepas, buku ni la yg fiza blaja... dah khatam kot..hehehe.. x sangka pulak dapat jmpa dgn penulisnya dpn mata ari ni.. lg satu, lupa la nk bwk buku ni td.. kalo x, bleh mintak tndatangan dy kn??hehehe..

erm.. nk ckp pe lg ek??semoga ilmu yg dperolehi td dpt dmanfaatkn..=p N jgn lupe.. truskan memartabatkan Bahasa Melayu!!!

18.8.09

tak sabarnye nak balik....

asalamualaikum... lambat rasenya nk tggu ari jumaat ni... fiza dah ar x sabar nk balik rumahku di bp.. nak balik..!! nak balik...!! huhu.. naseb baik dah beli tket train awal2, kalo x blik jln kaki la fiza...huhu..

dah la balik naik train kul 1 pagi.. x dapat la nk sahur first ramadan kali ni kat rumah.. rumet fiza pulak balik awal, ayah dy amik... xaci3...huhu.. sedihnya... :) tp xpela... janji dapat balik...

kata seindah bicara...

1. "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"


2. "Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."


3. "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)


4. "Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)


5. "kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"


6. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

7. Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.

8. kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

9. keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

10. zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

11. nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

12. kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

13.8.09

sahabatku eva n eva...



Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi

dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma
mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menep
ati janjinya. Kita tidak memberi
dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga
ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia
menerima alasan kita.


Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang
kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang
manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia
juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu meli
hat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin
kita akan tahu.

Renungilah....

-sahabat selamanya-

11.8.09

kelasku ari ini..

salam...
mase first td kat kelas waktu kke..ngan en ismail.. pastu dy bagi asgment...huhu..agsnment lg..
tp itulah kehidupan yang perlu dlalui bakal seorang guru... lpas tu, masa ps2 plak.. blaja makroekonomi... agihan pendapatan la.. KNK la.. imbangan pmbayaran la.. pening2.. fiza ni xphm pon ada, tp buat2 paham je la... hehehe...

lpas rehat..sir bakar x masuk... mcm2 aktviti student kelas fiza ni... kema n the gang main bingo.. ima layan internet.. zul buat esei merdeka.. hahaha.. macam2 xtiviti kawan2 fiza ni.. separoh lagi dgr cite sorg student unit fiza ni....kak imah.. cian kak imah...

mcm ni... kak imah kn jd agen bas blik terengganu.. tiket semua mmg dah abis la.. tbe2 mktb gtau dak2 junior kna g untuk ari merdeka.. so, diorg x jd la blik ngan kak ima.. kak ima cakap blik nnti tggal 5 org je yang ada dlm bas tu nnti.. sdey kn?? dah ar duit dah bayar... lpas tu ramai plak yang nk mintak duit blik.. mane bleh sbb kak imah dah byr dah duit bas tu.. huhu.. skrg ni, kak imah xtau nk buat apa... untuk kak imah.. sabar je la kak... Allah sentiasa menduga kita..=p

9.8.09

sesuatu telah berlaku....



Ya Allah, fiza bersyukur sgt sebab dipanjangkan umur smpai skarang.. peristiwa ptg td benar2 mendebarkan... andailah kata umurku x pnjg td..huhu.. tp ape pon yg berlaku semuanya adalah ketentuan dan takdir Allah... gara2 hendak beli ais dan bahan2 nk buat puding, fiza dengan farha sanggup keluar ke bandar lipis... dan dlm perjalanan pulang, sesuatu telah berlaku...

apekah yang berlaku?? jeng3.. rahsie.. fiza kalau boleh xnk ingat lg ape yg berlaku td.. mase kejadian td berlaku, fiza dah bayangkan mcm2..andaian yang mgkn terjadi.. manalah tau kalau sesuatu terjadi kat diri ini td.. xsmpatlah fiza nk jd ckgu..huhu.. ish3..ape la fiza ckp ni..


lepas benda tu terjadi, sampai mktb menggigil lg taw.. masih terkejut..huhu... fiza ni dah la lemah semangat.. xleh terkejut sikit.. Alhamdulillah, umur fiza masih panjang.. Allah masih beri peluang tu fiza hidup di muka bumi ini..

-pelangi hidupku-


pelangi... siapakah dia pelangi hidupku?? adakah dia seperti pelangi yang selalu kita tgok selepas hujan?? hadir sekejap dan kemudian hilang?? hilang dan hilang lagi..

tp pelangi hidup fiza tidah pernah hilang... fiza harap hidup ini akan terus disinari pelangi yang cantik itu walaupun hanya sementara..=p


s.a.h.a.b.a.t

Jac kata wajah tak penting sangat,
tp kita kena jujur n tulus mcm radja,
tengok ratu, pentingkan teman tp mesra selalu,
dan tak pudar macam rossa,
jangan tiru mcm ezlynn,
dah cakap hye2 pastu cakap bye2,
kita mestilah serasi bersama macam nurul dan ajai,
dan mungkin nnti hidup kita akan ceria macam peterpan,
semoga persahabatan kita menjadi kenangan terindah macam samsons..

* kata2 ni ditujukan untuk semua student ps sem 3.. i luv u all...

8.8.09

Kenangan Terindah....



erm.. ni la budak pengajian sosial yg x sosial tp happy go lucky.. hehehe... diorang ni semua memang suke bergambar... tgok ar gmbr2 yang ada ni.. posing abis... hehehe... walaupon diorang ni gile2 sikit...tp diorang la the best friend in this world...hehehe... i luv u all... semoga ukhuwah kita kekal selamanya...


ape?? nk tgok gmbr lg?? tggu post akan datang...hehehe

Hayati lagu ni...

Azimat Ibunda
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu



* erm.. ada seseorang suruh fiza dengar lagu ni...memang sedih sangat...menusuk kalbu... mengingatkan pengorbanan ibu bapa kita selama ni... huhu.. kalo ibu bapa tegur kita, itu maknanya mereka nak yang terbaik untuk kita.. mereka sayang kita... fiza menyesal sangat.. sebab fiza mungkin x dapat jadi anak yang baik di mata mereka... mulai sangat ini, fiza akan cuba menggembiraakn dan membahagiakan mereka... kepada kawan-kawan.. kehidupan kita di dunia hanya sementara.. sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada...=p


Sayang sayang

Sayang... sayang...
Sayang... sayang...
Sayang... sayang...
Sayang... sayang...

( korus )
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang ibu
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang Ibu
Allah...

Marilah adik-adik dengar nasihat ini
Jaga tingkah laku jangan sombong diri
Bersihkanlah diri sucikanlah jiwa
Ikut perintah Allah tinggal laranganNya
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi

Akhlak yang terpuji itulah akhlak nabi
Rajin membantu rajin menuntut ilmu
Suka memberi tandanya murah hati
Itulah sunnah nabi cukup yang terpuji
Sayang, sayang Allah
Sayang, sayang nabi

( ulang korus )

Wahai adik-adik kenangkan jasa ayah
Hormatilah dia tanda kasih padanya
Pengorbanannya yang tiada terhingga
Mencari rezeki membesarkan kita

Ingatlah adik kasih ibu tercinta
Mengasuh mendidik tanpa letih dan jemu
Namun di wajahnya tetaplah ceria
Dapatkanlah ibu itulah kasih kita
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi

( ulang korus )

Marilah kita saling sayang menyayangi
Sesama keluarga sayang sesama jiran
Sayangkan guru-guru sayang kawan-kawan
Sayangkan negara sayang semuanya
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi

( ulang korus )( 3X )


*knape ek fiza pilih lagu ni untuk pembace blog ni dgr.. entah ar.. fiza pon xtau..
mungkin sebab fiza sayang semua orang yang dekat dengan fiza... fiza tak nak kehilangan semua orang yang fiza sayang... walau banyak mane pon sayang kita pada orang yang kita sayang, jangan lupa bahawa sayang kepada Allah adalah lebih utama... ingat tu....!!

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers