13.8.09

sahabatku eva n eva...



Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi

dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma
mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menep
ati janjinya. Kita tidak memberi
dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga
ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia
menerima alasan kita.


Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang
kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang
manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia
juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu meli
hat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin
kita akan tahu.

Renungilah....

-sahabat selamanya-

No comments:

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers