30.4.11

::biarkan ia pergi dan pergi::

Assalamualaikum..

selamat pagi sahabat~ 
apa khabar...?
hari ni.. pagi yang tenang je... 
baru lepas hujan kat rumah fyza ni..
dah la fyza kat rmh ngan adik je ni..
jadi, bosan jugak la.. 
maka.. diri ini terus melayani ilusi diri.. hehe

firebird by pink promise d36jmtm Mencintai Dia Dalam Diam

biarkan ia pergi dan pergi..
itu ketentuan dari Ilahi..

kita takkan pernah tahu apa yang berlaku masa akan datang...
sentiasalah berdoa mohon yang terbaik...
kerna apa pon yang berlaku...
itu semua adalah perancanganNya untuk kita...

jika apa yang kita inginkan hari ini tidak jadi milik kita..
jangan risau..insyaAllah.. 
Allah akan berikan gantinya pada masa akan datang...

Ya Allah..
jadikan diri ini sentiasa redha dengaMU ya Allah...
semoga redhaku akan membawa kepada cintaku padaMU..

Amin...

Wasssalam..




28.4.11

::Subhanallah.. Indahnya Cinta::

Assalamualaikum...

selamat pagi semua.. 
apa khabar? waras?
maaf sgt2 sebab lama sangat fyza tak mengupdate blog..
kamu2 tau tak bahawa cintu tu ada kat mana2 je?
Subhanallah..Indahnya cinta..


alt

ok.. entry kali ni fyza cedok sikit dari iluvislam

Semalam di pasaraya. Tempat sesak, ramai sekali manusia berpusu-pusu di dalamnya. Masing-masing ada tujuan dan destinasi tersendiri. Ada yang berseorangan. Lebih ramai yang datang berpasangan. Kebanyakan daripada mereka datang berkumpulan, dengan keluarga atau teman-teman.
Matanya asyik memerhati gelagat dan telatah orang-orang yang lalu lalang. Dia selalu begitu, matanya suka memerhati. Bukan untuk mengintai aib orang tetapi dia suka melihat gelagat manusia, terutama di tempat ramai dan terbuka. Cuba menilai dan mengambil pengajaran.
Tersenyum dia melihat babak yang cukup menyentuh hatinya. Troli masih ditolaknya. Namun kakinya memperlahankan langkah. Sementara sahabatnya masih ralit memilih roti untuk dibeli. Dia pula asyik memerhati pasangan yang sedang berjalan melintasinya dari kiri.
Pasangan datuk dan nenek berjalan berpimpingan tangan, bersenda mesra. Ada bahagia pada wajah dan gerak geri mereka. 'Bahagia yang semulajadi', dia dengar suara hatinya menyakinkan. Bahagia yang bukan dibuat-buat, bahagia yang tulus dari cerminan hati keduanya.
Entah apa usikan datuk itu sehingga kedengaran tawa si nenek yang masih erat tangannya dalam genggaman. Perlahan tawa si nenek, tapi cukup membangkitkan rasa bahagia untuk mereka dan dia yang sedang 'mengintip' mereka. Ada CINTA di hati mereka. Mereka berlalu pergi. Tangan keduanya masih erat dalam genggaman. Mereka tersenyum, dan dia juga turut tersenyum. Semoga mereka terus berCINTA hingga ke syurga.
Melepaskan pandangan daripada pasangan romantik yang telah berlalu pergi, dia dikejutkan pula dengan tangisan kuat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan lima tahun tidak jauh dari tempat dia berdiri. Anak kecil itu berlari lalu memeluk kaki seorang lelaki yang sedang berdiri berdekatannya, betul-betul di hadapannya.
Dalam esakan si anak bercerita, rupanya lelaki yang dipeluknya adalah si ayah. "Tadi terjatuh, sakit", cerita si anak dalam sedu sedan. Lalu si ayah tunduk memeluk anaknya dalam dakapan, ditepuk mesra belakang si anak, memujuk. Anak kecil itu kelihatan tenang dalam pelukan ayahnya, lalu esak tangis mengendur, perlahan. Ada CINTA di hati si ayah.
Lenguh berdiri, dia menyorong troli ke food court. Lalu dia duduk, kakinya agak lenguh kepenatan. Bertentangan dengan mejanya, sebuah keluarga sedang asyik menjamu selera. Matanya tertancap pada si kecil, perempuan berusia sekitar lima tahun, bertudung litup. Comel! Tapi wajahnya tidak kelihatan jelas, kerana si kecil menundukkan muka ke meja.
Dia perhatikan pula si kakak yang berada di sebelah adiknya, tidak jauh beza umurnya yang juga bertudung litup. Si kakak membisikkan sesuatu kepada adiknya sambil menunjuk makanan yang terhidang. Rupa-rupanya si adik sedang merajuk dan si kakak pula sedang memujuk. Sesekali si kakak berbisik lagi sambil menepuk lembut bahu si adik, memujuk tanpa putus asa. Ada CINTA di hati anak itu.
Subhanallah, indahnya CINTA. Ia ada di mana-mana. Cinta punyai kuasa yang cukup hebat, dahsyat. Cinta suami pada isteri, cinta ayah ibu kepada anak, cinta kakak kepada adik, cinta sahabat kepada sahabatnya. Banyak, luas, kaya sungguh manusia dengan cinta.
Lalu dia teringat, kisah cinta yang cukup agung. Insan ini mencintai dan merindui saudaranya yang berada di sisinya, juga yang tidak pernah Baginda jumpa. Bahkan bermula dari hidupnya, sehingga saat Baginda hampir menghembuskan nafas terakhir, masih lagi cintanya segar mekar untuk mereka yang dikasihinya.
Kerapkali menitis airmatanya mengenang nasib insan-insan kesayangannya sehingga ke akhir hayatnya, tetap Baginda meminta untuk mengetahui nasib ummatnya, hingga akhirnya Baginda tenang mengetahui janji Allah untuk mereka.
Ada lagi cinta teragung, mengatasi segala cinta yang ada di dunia. Itulah cinta Allah, Pencipta kepada makhluknya. Terlalu banyak bukti cinta-Nya,
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [al-Nahl: 18].
Dia sentiasa ada di sisi..
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." [Al-Baqarah : 186]
Dia memberi segalanya. Segalanya yang diperlukan oleh hambaNya. Walaupun seringkali pemberian-Nya dibalas dengan keingkaran, namun Dia tetap memberi dan memaafkan. Adakah lagi cinta sehebat dan seagung CINTA ini?
Dan dia teringat kembali kepada CINTA yang ditemuinya di pasaraya tadi, itu juga CINTA yang dititipkan oleh pemilik CINTA, Allah Sang Pencipta kepada hamba-Nya yang dikasihi. Dia menyorong troli, meninggalkan CINTA di pasaraya, dengan azam untuk memiliki CINTA Sang Pencipta, kerana hanya dengan memiliki CINTA Allah, dia akan memiliki segala-galanya..!

SUBHANALLAH...
::Indahnya Cinta pada Sang Pencipta:
p/s: jaga diri..sayang kalian...
Wassalam..

10.4.11

::tolong ingatkan saya::

Assalamualaikum..

selamat malam...
apa khabar sahabat~ 
apa kamu2 buat hari ahad ni..?

ceritera hari ahad..
ok..hari ni 
seronok bersama mereka2..
mengisi hari2 di lipis ni..

sahabat.. kamu2.. 
boleh tak tolong ingatkan saya..
tolong ingatkan saya...
ingatkan saya jangan makan banyak..
ingatkan saya jadi budak baik..
ingatkan saya jangan suke kaco orang.. x baik..
ingatkan saya supaya sntiasa mencari redhaNya..
dan lagi satu.. 
inagtkan saya supaya jangan suka msg atau misscall orang.. haha..
yang ni gurau je..

apa2 pon..
tologn ingatkan saya..
dalam apa pun..
dalam segala hal..
andai saya alpa dan leka..
kerna saya hanya insan biasa..
(^_^)(^_*)

Wassalam..




8.4.11

::rambut sama hitam tapi hati lain2::

Assalamualaikum..

selamat petang sahabat~ 
alhamdulillah.. dikala keseorangan di dalam bilik minggu ni..
jari ini terus menari di keyboard.~

ayat untuk entry kali ni:

“Rambut sama hitam tapi hati lain-lain” itulah pepatah orang tua-tua. “Tak tubuh tak melata, tak sungguh orang tak kata”. Ya, itulah hakikatnya manusia, walaupun rambut sama hitam tetapi hati dan jiwanya terlalu berbeza.. yang menjadikan kita berbeza ialah hati kita.. (^_^)(^_^)

betul tak?
yang membezakan kita ialah hati kita?
sebab kita semua tak sama..
kita semua berbeza..

erm..
sepanjang hidup kita..
mungkin kalo azam tahun baru kan..
kita akan cakap dan berdoa..
semoga tahun ni lebih baik dari hari2 sebelumnya..
ataupon kita akan cakap..
moga hari ini lebih baik dari semalam..
betol x?
betul kan..
tapi perubahan apa yang kita buat?
tepuk dada..tanyalah diri sendiri..
huhuhu.. tengah muhasabah diri sendiri jugak sebenarnya...



jom sama2 berubah..
mungkin kadang2 perubahan tu sikit..
tapi kalo setiap hari kita lakukan sikit..
tapi InsyaAllah..
lama2 akan jadi bukit..^_*

contohnya kan.. 
mungkin hari ini kita suka lambat2kan solat..
esok jangan buat macam tu lagi.. berubah la..
lebih kurang mamcam tu lah apa yg fyza maksudkan..

perubahan itu sebenarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. Orang lain boleh menasihati, beri pandangan, kongsi ilmu atau mungkin cuba beri motivasi dan sebagainya namun penerimaannya bergantung pada diri kita sendiri. Disinilah letaknya keunikan pintu hati. Pintu hati kita seperti pintu hotel, tombolnya didalam. Orang lain sekadar boleh mengetuknya sahaja tetapi pintunya perlu dibuka dari dalam.

Kita sendiri perlu sedar kepentingan untuk melakukan perubahan dan kita sendiri juga yang perlu merancang untuk terus berubah. Jika kita sendiri yang ingin berubah maka perubahan itu akan lebih mudah walaupun banyak halangan yang merintangi perjalanan kita. Namun jika keinginan untuk berubah itu datang dari orang lain maka kita punyai beribu alasan untuk menangguh perubahan.

Jom sama2 berubah...
renungan untuk diri saya juga..
kerana saya juga manusia biasa..

p/s: sayang kalian.. jaga hati..

Wassalam...






6.4.11

::bila kita rasa lemah atau down::

Assalamualaikum..
sebuah artikel untuk tatapan semua..

Memang, rasa lemah atau down itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada. Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali? Bagaimana kita menyingkapinya?
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam keadaan itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Harapan Untuk Bangkit
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr. Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.Ya, Bersangka baiklah.Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar. Dan kelak, kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kita merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil tersenyum.
Kesilapan kita. Ada masa kita silap. Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan. Kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.
Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari. Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” – [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita. Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya. Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa. Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.

Muhasabah Diri
Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.
Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah. Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.
Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?
Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi. Baik, Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?
Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo’a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – [Surah Yunus, 10: 12]
Maka, di situ ada hikmah untuk sama-sama kita renungkan.
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita. Dia mahu kita kembali kepadaNya. Dia mahu kita selamat di ‘sana’. Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali. Sekarang, jawablah dengan hati kita. . .
paradigma Mukmin
Yakinlah Janji Allah Itu Benar
Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya ‘Illah’ (Tuhan) seluruh semesta. Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.
Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Nabi Muhamad juga merasa sedih dengan pemergian Siti Khadijah, tetapi baginda tidak memanjangkan kesedihan itu.
Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita. Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya. Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.
” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” – [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

Wassalam.. 

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers