27.11.10

::secantik bunga seindah pelangi::

Assalamualaikum..

selamat pagi..
pagi yang penuh tenang dan indah...
alhamdulillah... diri ini masih bernafas saat ini..
masih mampu menekan2 keyboad ni..
masih mampu melontar isi hati ini..



secantik bunga.. 
seindah pelangi...
berwarna warni..
terus menerangi hidup ini..
walau kehadiran pelangi cuma kadang kala..
hadirnya cukup indah.. ^_^

Ya Allah...
tabahkan hati ini...
berikan diri ini kekuatan..

::berikanlah aku kegembiraan supaya diri ini terus mampu tersenyum::

::Senyumlah supaya alam ini turut tersenyum bersamamu::



p/s: jaga diri semua.. senyum sokmo^_*

Wassalam...

22.11.10

::lebihkan ketawa dalam duka..::

Assalamualaikum...


Selamat malam..
 apa khabar semua..?
semua shat x? 
harap2 semua sihat2 belaka ye.. 
jaga kesihatan baik2 ye..
kalo sakit tu cepat2 g doktor ye.. ^_*

erm... sekarang cuti sem.. nak watpe ye..?
kamu2 yg lain watpe cuti ni..? huhu.. 
fyza duk rumah je kot..
belajar tuk jadi seorang istri yg baik.. hehe... 
masak.. mengemas..membasuh.. semua2 tu la..
(aik..cakap mcm dah nk kawen je..tettt... =p)


Buah kedondong buah kuini, 
apa fiza nak merepek ni..^_*
hehe..

tajuk post kali ni: 
lebihkan ketawa dalam duka?
pe maksudnye?
jom terjah kat bwh ni..^_*

hidup kita takkan lari dari cubaan hidup..
makin kita lari.. makin ia datang untuk menguji kita..
Allah tidak akan memberi dugaan kepada hambanya jika hambanya itu tidak mampu untuk hadapinya..
oleh itu..setiap dugaan yang datang..hadapilah dengan tabah...

setiap orang akan ada masalah..
setiap orang akan ditimpa musibah..
setiap orang ada dugaan hidup masing2..
hidup kita mmg xkan lari dari semua ni..

kalo ada masalah..
Banyakkan selawat dan ishtigfar.. 
insyaAllah..kita akan tenang cikit..
 
lagi satu..
yang penting.. kita kena senyum.. hehe..


kurangkan masam pada muka.. 
lebihkan ketawa dalam duka...
sape muka masam nnti cpat tua.. 
sape muka ceria nnti bahagia..♥

lebihkan ketawa dalam duka?
maksudnya: kalo sedeh tu xyah sedeh sgt2.. lebih baik senyum ke..ketawa ke.. baru hati bhagia? btol x? hehehe

lalalalala~
senyum sokmo~

p/s: jaga diri kamu semua..

14.11.10

::mencintai tak bererti memiliki..::

Assalamualaikum..

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...


Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...


Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..


Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...


Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...


Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..


Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."


Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....


p/s: 
1. mencintai x semestinya memiliki... tiada siapa berhak memiliki diri ktita kecuali Allah.. =)
2. Renung-renungkan.. selamat beramal.. ^_*

wassalam...

::jom...refresh hati::

Assalamualaikum...


apa khabar semua..?
alhamdulillah.. 
akhirnya berkesempatan lagi untuk diri ini terus menulis..


esok isnin.. exam paper last..
paper pj.. huhu
x sabar rasanya nak habis exam..
sebab hari selasa boleh balik... yeah...!


(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)

kawan2.. jom refresh hati.. 
renungan untuk diri sendiri jugak.. ^_*




Bila kita memulakan sesuatu..
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat..
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah..
Sebab tu bila ada masalah, Kita cepat menyerah.

Bila kita berniat..
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha..
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru nak mengolah..
Sebab tu bila kerja tak menjadi, Kita mula angkat kaki.

Bila kita berusaha..
Kadang-kadang lupa pula nak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa,
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa.

Bila kita berniat,berusaha dan berdoa,
Kadang-kadang kita lupa pula nak bertawakkal pada yang Esa,
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta,
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala.

Bila kita berniat,berusaha,berdoa dan bertawakal,
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..
Sebab tu bila kita ‘berjaya’.. Allah datangkan ujian dan musibah,
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan Redha,
Tapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi. Sedangkan..

Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira..
Allah takkan lupa pada langkah kita..

Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati.

Sebab itu teruskan bermuhasabah pada Pencipta,
Kerana dalam firman Allah, Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(Ar-Ra’d:11)

Kerana itu,
Pada masalah harus bersabar dan redha,
Pada ujian harus tabah dan teguh,
Pada kegagalan harus usaha,doa dan tawakkal,
Pada kejayaan harus usaha,doa dan tawakkal.

Sama tapi tak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana,
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana,
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana,
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana,
Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar Dunia mengikuti dengan redha.,

Di sana.. Akhirat yang pasti. Syurga yang terindah Atau Neraka yang menyala.


jom kawan2... sama2 kita refresh hati..
renungkan2... selamat beramal...
(^_^)(^_^)

wassalam...

7.11.10

saya mencintai awak kerana....

Assalamualaikum...

Jom baca kisah ni.. 


Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.
Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.
Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.
Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...
Akif hanya tersenyum.. :)

Wassalam...

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers