27.2.11

::Kursus Pengurusan Jenazah::

 Assalamualaikum..

selamat malam sahabat~
kabare semua? waras? 
maaf sebab diri ini sudah lama tidak mencoret di blog ni~


sebenarnya.. 
dari semalam lagi nk mengupdate blog..
tapi kenapa fyza tak boleh nak upload gambar ni..
huhuhu... 


tapi apa yang fyza leh cerita kali ni..
hari ni fyza join satu kursus ni..
Kursus Pengurusan Jenazah...
yang dianjrkan oleh senior2 PAI sem 5..
tahniah la pada mereka sebab dapat menganjurkan kursus ni ye..
terbaik la~


bagi fyza yang sebelum ni tak pernah pon join kursus ni..
kursus ni sebenarnya bermanfaat kepada kita..
supaya kita ada sedikit pengetahuan atau ilmu yang boleh kita guna atau aplikasi kelak..


hakikatnya...
kursus ni sangat best..
kursus yang berlangsung selama sehari ni sangat bermanfaat...
pada sebelah pagi..ada dua slot ceramah..
slot 1- cara solat dan mengebumikan jenazah
slot 2 - cara memandikan jenazah
suke dengar ceramah tadi sebab penceramah sangat best..~~


dalam sesi praktikal pada sebelah petang..
kami2 didedahkan dengan cara sebenar memandikan jenazah..
mengkapankan dan juga cara mengerjakan solat jenazah.. 
pelbagai ilmu baru yang dapat fyza peroleh hari ni..
(^_^)(^_^)


p/s: sekian dulu.. semoga program seperti ini dapat terus diadakan lain kali..
jaga diri kalian...


Wassalam..







25.2.11

::sayang sayang::

Assalamualaikum..

selamat malam semua...
hujng minggu datang lagi..
untuk kali ni..
hanya lirik lagu ye...
jom nyanyi...



Sayang… sayang
Sayang… sayang…
Sayang… sayang…
Sayang… sayang…

( korus )
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang ibu
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang Ibu
Allah…

Marilah adik-adik dengar nasihat ini
Jaga tingkah laku jangan sombong diri
Bersihkanlah diri sucikanlah jiwa
Ikut perintah Allah tinggal laranganNya
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi

Akhlak yang terpuji itulah akhlak nabi
Rajin membantu rajin menuntut ilmu
Suka memberi tandanya murah hati
Itulah sunnah nabi cukup yang terpuji
Sayang, sayang Allah
Sayang, sayang nabi
( ulang korus )

Wahai adik-adik kenangkan jasa ayah
Hormatilah dia tanda kasih padanya
Pengorbanannya yang tiada terhingga
Mencari rezeki membesarkan kita

Ingatlah adik kasih ibu tercinta
Mengasuh mendidik tanpa letih dan jemu
Namun di wajahnya tetaplah ceria
Dapatkanlah ibu itulah kasih kita
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
( ulang korus )


Marilah kita saling sayang menyayangi
Sesama keluarga sayang sesama jiran
Sayangkan guru-guru sayang kawan-kawan
Sayangkan negara sayang semuanya
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
( ulang korus )( 3X )

p/s: jaga diri.. sayang kalian..

Wassalam..


21.2.11

::saya dah berpunya?::

Assalamualaikum...

apa khabar semua?
harap2 semua sihat2 ye..

maaf ye kalo sejak 2 menjak ni fyza jiwang sikit..
hehe..sikit ke? =p
maaf la ye..



saya dah berpunya?
kalau nak tahu..

Kita semua sudah berpunya.
Allah telah menetapkan jodoh kita sebelum kita lahir lagi.
Itu bermakna jodoh kita memang sudah ada.
Cuma Allah belum buka hijab antara kita dan dia.
Tidak perlu terburu-buru melafaz cinta,kerna kita perempuan.
Dihiasi dengan perasaan malu.
Serahkan saja semua urusan itu pada Allah..

kata kawan saya.. 
jangan risau tentang jodoh..
sebab perempauan yang baik untuk lelaki yang baik..
insyaAllah.. masa itu akan tiba...


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)”

tapi saya ni baik ke?huhuhu...
saya hanya insan biasa.. 
yang masih banyak kelemahan diri..
yang masih jauh dariMu ya Allah...




Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI siSOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yang SOLEHAH. Jika inginkan yang SOLEHAH, janganlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yang SOLEH. Bertemu yang solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yang soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa...

anda juga masih belum berpunya..? 
jangan risau ye..
kerana semuanya dah ditetapkan oleh Allah..
kerna perancangan Allah adalah yang terbaik..



Ya Allah, Siapapun yang engkau takdirkan untuk diri ini aku terima...andai yang datang bukan seperti yang diimpikan, sekali lagi aku redha dengan takdir itu  ya Allah...siapa aku untuk mengimpikan seorang mujahid sedangkan aku bukan seorang mujahidah...sedangkan janji Allah itu pasti..

Ya Allah..
Engkau bantulah hambaMu ini..
bantulah aku dalam memperbaiki diriku ini..
diri ini hanya insan yang lemah..
kuatkanlah diri ini..
InsyaAllah..(^_^)(^_^)


akhir sekali..
kepada kawan2 yang single tu..
jangan risau ye..
kita x single sebenarnya..
kita ada keluarga kita kan..
kita ada kawan2 yg sentiasa ada tuk kita kan...
dan yang penting..
kita ada Allah kan? (^_^)(^_*)

p/s: maaf ye sebab sy jiwang malam ni.. last sekali..jaga diri kalian.. dari saya yang sayang kalian..

Wassalam..



20.2.11

::ujian Allah::

Assalamualaikum...


Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. Dia mahu menguji hambanya supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.


Dan aku tertanya, kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?



Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.


Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu.


Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.



Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.
Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. 


Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini?


Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. 


Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.


Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.


p/s:renung2kan.. Allah uji kita sbb Dia sayang kita ye..

Wassalam..

::FACEBLOG... apa tu?::


Assalamualaikum..

selamat hari ahad semua! 
pe khabar? waras? hehe...
kali ni fyza nak ckp tentang FACEBLOG..
apa tu? adik beradik FACEBOOK ke?
nk tau.. jom tgok kat bawah ni ye..
Edit

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH..

kalo nak join.. klik sini

p/s: tu je.. jaga diri ye..=)

Wassalam..

18.2.11

::aku ingin mencintaiMu::


Assalamualaikum...

selamat malam sahabat~
salam 1 Malaysia ye.. hehe...
untuk malam ni.. hanya lirik lagu ini untuk kalian..
lagu yang best sangat bagi fyza..
sebab membawa maksud yang mendalam..
Ya Allah..
Aku ingin mencintaimu...
bantulah hambaMu ini..
(^_^)(^_^)


::Aku Ingin MencintaiMu oleh Edcoustic::

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta

Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi


p/s: sahabat..katakan bahawa kamu2 juga ingin mencintaiNya.. jaga diri ye..

Wassalam...

15.2.11

::Salam Maulidurasul.. (^_^)(^_*) ::

Assalamualaikum...

selamat malam semua..
harap2 semua sihat2 ye...
dalam mood yang x bape baik..
diri ini kugagahkan untuk terus menulis..~~


Tanda sayang dan cinta kita kepada Rasulullah saw adalah dengan berselawat ke atasnya..

 bukan hanya pada masa tertentu tapi perlulah dilazimi pada setiap masa juga mengikuti 

segala suruhan-suruhanya 

Moga kita beroleh rahmat Allah dan syafaat nabi di akhirat kelak nanti, insyaALLAH... 

Amin... 


Salam Maulidurasul.. (^_^)(^_*)


p/s: jaga diri..jaga hati ye...

Wassalam..

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers