25.8.10

::InsyaAllah pelangi menanti::

Assalamualaikum...

pe kaba smua? 
smoga smua shat2 je walopun dalam bulan ramadhan ni kan...?=)

tadi ada berbuka puasa perdana di ipg kampus afzan..
kelas fyza dtugaskan tuk menghidang..
alhamdulillah.. smua berjalan dengan lancar..
perut pun dah kenyang.. hehehe...=)

esok.. 26 Ogos 2010
khamis...
ada ape ek dengan hari esok?
hehe.. esok boleh balik rumah...!
rindu rumah.. rindu family...
tak sabar rasenya nak balik walaupun esok balik malam...
semoga train esok berjalan lancar.. doakan sy n kawan2 lain ye..=)

lpas tu, pbs seminggu.. 
tp 4 hari je sbb ade cti merdeka mggu dpan..
mggu dpannya duk rmh je kemas rmh, wat kuih, pasang langsir...
macam2 laaa.. nak raye kan... ^_*
alhamdulillah..best sbb tahun ni sbb dapat duk lame kat rmh...=)

(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)

kawan-kawan...
untuk renungan semua dan diri ini juga...

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "
 
" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "
" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "
" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "
" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.



" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

*****************
akhir kata... untuk semua warga afzan yang akan balik untuk pbs dan seterusnya cuti raye...
SELAMAT BERCUTI!!
cuti2 jgk tp assignment jangan lupa buat ye kawan-kawan...=)
hehehe... 

WASSALAM....

19.8.10

::wahai sahabatku::

Assalamualaikum...

renungan untuk pembaca semua....
dapatkan cinta Allah dahulu sebelum mendapat cinta yang lain..
renungan untuk diri ini juga...
(^_^)(^_^)





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?





Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?



Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.



Wahai sahabatku yang kecewa,


Bersabarlah…


Kata-kata tuk sahabat semua: 

"wahai hati,, cinta yg sebenar itu adalah cinta kepada Allah,,dan cinta
kepada manusia juga milik Allah,, maka DIA lah yg berhak menentukannya,
kita hanya berusaha dan bertawakal kepadanya ..." 

9.8.10

::siapa tak puasa tak leh raya::



Assalamualaikum...

selamat malam semua...
seperti yg semua tahu...
hari Rabu ni merupakan bulan ramadhan al-Mubarak..
maknanya....
kte semua akan berpuasa...
tp jangan ada yang tak puasa taw...

teringat lak zaman kecik2...
orang selalu ckp...
sape tak pose tak boleh raye..
lpas tu.. smua budak2 trus nak pose..
separuh hari pun jadi la...
sebabnya diorg takut tak dpt duit rayer...
hehehe... tp dak kecik tu bkn fyza kot.. 
mgkin korang kot...=)

cube kamu smua ingat balik...
ada x yg trmakan mase bulan pose??
tengah2 makan baru la ingat...
alamak!! ak puasa!! ada x??
haaa... kan dah batal... hehehe

apa2 pun.. tu semua kngan.. hehe...
skrg ni jgn ade lg yg buat mcm tu sdah ye...=)

td ade forum kat surau... 
forum dak pj...
nak tau tak tajuk forum td tu apa??
tajuknya... SYOKNYA RAya..


eh.. silap2... hehe
tajuknya SYOKNYA PUASA...
best... fyza terhibur gak duk kat dpan tu.. hehehehe
pandai wat lawak gak mereka2...=)
forum yg menarik... mase sesi soalan yg ade org call td la paling kelaka sekali.. =)
tp yg utama... input dari forum td.. 
harap semua yang pegi forum td dapat sedkit sebnyak ilmu ye...
=))))))))

dalam kesempatan ini...
ceh..mcm nk wat ucapan rayer lak..hehe...
dalam kesempatan ni..
nk ucap selamat berpuasa wat rakan2 semua...
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya... 
Amin....


tapi.. dalam puasa2 ni jgk.. 
jangan lupa untuk perbanyakkan amalan kita...
bykkan baca al-quran... solat sunat... 
mcm kata panel dlm forum td... jgn duk ngumpat bln pose ni..
renungan untuk diri sendiri jgk..=)







3.8.10

terima kasih kerana ada untuk saya^_*

Assalamualaikum..

selamat malam semua...
huhuhu...
mlm ni fyza xtau knape...
diri ini nmpknya bukan dalam mood yang baik...
erm.. mgkin sbb batuk yg menghantui diriku ni kot... 

dalam post kali ni fyza x nk berckp pnjg.. hehe...
dkala mood yg x berapa elok kn..


tajuk post kali ni: terima kasih kerana ada untuk saya..

utk2 mereka2 yg buat fyza gembira...
utk2 mereka2 terutamanya kawan2 PS yg buat fyza ketawa..
utk kwn baik fyza yg selalu ada tuk fyza..
tuk rumet, oni yang sabar ngan fyza..
utk family fyza yang amat fyza sayangi..
dan last sekali...
tuk sorg lagi kawan fyza yang selalu dgr ada waktu fyza perlukan dkala sng dan susah.. yang sbr ngan kerenah fyza.. yg sentiase menceriakan hdup ni.. yang penting kawan fyza ni sentiasa ada untuk fyza...

untuk semua...
terima kasih banyak2.. 
kamu semua terbaik...
fyza sayang kalian...
i luv u all..

salam sayang dari fyza..
(^_^)(^_^)

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers