Showing posts with label -sahabat-. Show all posts
Showing posts with label -sahabat-. Show all posts

3.11.12

::kenangan terakhir::

 Assalamualaikum...

selamat pagi sahabat..
alhamdulillah... berkesempatan mengupdate blog di pagi yang tenang ni..


tinggal beberapa hari je lagi untuk kami menghabiskan sisa2 semester 6..
tinggal 2 sem lagi di Lipis ni..
namun.. dia.. (Husna) akan pergi.. 
sedeh bila tak dapat nak habiskan 5 tahun setengah ini sama2..
terlalu banyak kenangan selama 4 tahun setengah ni.. 
terlalu banyak.. 
tapi Allah lagi tahu aturan terbaik untuknya.. 



kek~

kita semua ibarat kepingan puzzle.. tapi 1 kepingan itu dah nak hilang.. hilang di mata.. tapi bukan di hati..
 memories never fade.. 

  

Ya Allah.. moga Tuhan sentiasa melindingi sahabat kami ini.. Husna dan babynya^^

 Husna..Mohon Tuhan izinkan kita ketemu lagi.. Moga ukhwah kita semua selamanya... Moga-moga sampai Jannah..
jaga diri kamu dan baby baik2...^^ 

sedeh.. kerna perpisahan itu akan terjadi juga nanti.. T_T

jumpa lagi nanti..

p/s: sayang kamu husna... 

Wassalam...

2.10.12

:: ada pahit dalam manis::





Assalamualaikum...



hai..hai.. selamat petang...
kembali semula menjengah blog ni setelah lama ditinggalkan...
apa khabar sahabat2? 
pratikum fasa 2 sudah hampir 2 minggu berakhir..
 kehidupan di sekolah juga berakhir..
kini kembali semula di IPG.. 
menghadapi hari-hari sebelum tamatnya semester ni... 

tetiba terfikir untuk mengupdate blog petang ni...
 kepada semua sahabat-sahabat2 fyza..
yang panggil fyza dengan panggilan apa pun.. fyza.. jah..za..   

kamu2.. hidup akan jadi kosong atau bosan tanpa kawan..
jadi..hargai kawan kamu..   
jadi kat sini.. fyza nak  mintak maaf pada semua yang kenal fyza...
atas segala salah silap... atas segala perlakuan yang tak menyenangkan...
atas segala kata-kata yang kurang enak didengar pada telinga kalian...
atas segala apa pun yang menyentuh hati kalian tanpa fyza sedar...
fyza minta maaf...  

terima kasih kepada semua sahabat yang pernah hadir menjadi sahabat fyza..
sayang kamu semua.. walaupun sahabat datang bersilih ganti.. walaupun kalian jauh di mata.. namun insyaAllah kalian akan tetap dekat di hati..
moga kalian sentiasa diberkati olehNya..  

 eh..tetibe buat entry sedih kan petang ni..

sometimes friendship is like a chocholate.. 
like we all know chocholate is sweet..
but sometimes we also feel is like a coffee...
as we know.. coffee is bitter..
friendship need a smile to make it cheerful..
but sometimes friendship can make our smile turn into tears droplet..
no matter what happen.. 
friends still friends..
dont fool the friendship that we all create..  

friends still friends.. 
biar tambah kawan..jangan buat kawan..^_*

sekian!

Wassalam... 



19.5.12

::ukhwah takkan hilang::


Assalamualaikum...

cerita hari ni..
cerita di hujung minggu..
bersama mereka ke air terjun Chamang..


hari ni antara hari yang best..
menghabiskan sisa-sisa sem ni yang dah nak tamat pun..
walaupun exam tak habis lagi..=D

nama2 kat pasir memang senang je kita nak tulis,,
pastu senang jugak nak padam semula..
kena air pun ukiran nama-nama tu boleh hilang..

tapi korang..
ukhwah takkan hilang..
moga ukhwah kita berpanjangan sahabat^^


Karena sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

eh..nyanyi lagu upin ipin lak.. hee^^
akhir kata.. sayang kalian semua^^

Wassalam..

21.12.11

::kepada sahabat2 saya.. tolong baca ni..::

Assalamualaikum..

selamat petang..
alhamdulillah.. petang ni berkesempatan mengupdate lg blog ni.. 
cuti ni banyak lak sy mengupdate.hee


kepada sahabat2 saya..
entry ni khas buat sahabat2 saya..
yang jauh di mata namun dekat di hati..
saya harap sahabat2 saya baca ni..

sahabat..
saya selalu melihat kamu ketawa, 
tetapi mungkin sebenarnya kamu tidaklah setabah yang saya sangka. 
Di sebalik senyuman kamu itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. 
Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. 
saya tidak tahu semua itu, tetapi jika saya cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin saya akan tahu.
saya harap saya boleh jadi pendengar yang baik untuk kamu..



sahabat..
saya tak pandang. Tak bermaksud saya tak suka.
saya tak bersuara. Tak bererti saya tak setuju.
saya tak senyum. saya bermakna aku marah.
saya tak ketawa. Tak semestinya saya tak gembira.
walau apa pun.. saya akan sentiasa ada buat kamu sahabat..

‎sahabat..
teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, 
kamu teringat akan Allah, 
mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, 
melihat gerak-gerinya teringat mati..'
saya muhasabah diri saya..
adakah saya dapat jadi sahabat yang macam tu buat kamu semua..?


sahabat..
saya nak minta maaf..
kalo saya tak dapat jadi sahabat yang baik untuk kamu..
saya jugak minta maaf.. 
kalay saya juga pernah menyakiti kamu sahabat..
saya minta maaf..
dari lubuk hati saya yang dalam...


sahabat..
saya sayang kamu,
Harap kamu juga sayang saya,
Biar doa kita bersatu,
Biar kasih kita beradu,
Biar ukhwah kita berpadu,
InsyaAllah di syurga kita bertemu.


akhir kata sahabat..
saya bersyukur kerana punya kamu sebagai sahabat saya..
terima kasih kepada semua sahabat saya..

p/s: saya minta maaf ye.. salam sayang..

Wassalam...

19.11.11

::jauh di mata namun tetap di hati::

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
nak kongsi sesuatu pagi ni..
tentang satu buku pemberian sahabat baik saya...
terima kasih sahabat~


buku Bicara Pedusi
buku yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam diri setiap pembacanya...

Bisik hatiku pada sang rembulan, mampukah kaki terus melangkah segagah serikandi. soalku pada terik matahari, sehangat cahayamu semangatku ini? 
lalu ku usap kata-kata bebintang di langit, hanya dengan agama mampuku sempurnakan kebahagiaan jiwa ini. Terima Kasih Ya Allah..

membaca buku ini menjadikan diri ini berada dalam dunia penulis..
fyza tertarik pada satu kata2 dalam buku ni..
dan kata-kata ini fyza tujukan pada semua sahabat kesayangan fyza..

buat sahabat yang jauh di mata namun dekat di hati:

Sahabatku..
walau di mana dirimu berada, apakah di utara, selatan, timur mahupun barat, aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu biarpun diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu..

yang menyayangimu sahabat, 
pelangi hafyza

p/s: nak balik kampung kejap lagi..=)

Wassalam..

11.10.11

::untuk kamu::


selamat petang semua...
entry ni untuk seorang sahabat...
yang berada nun jauh...
nun jauh dari Malaysia ni...

ok.. saya panggil dia wa...
seorang yang sgt comel..=D hee...
untuk maklumat lanjut..boleh bukak blog dia ye....

::❤❤❤ThE GaRdEn oF LoVe ❤❤❤::

fyza kenal dia melalui blog...
sejak tu...
kami mula rapat...
dan dia..seorang kawan yang baik...
baik sangat... terima kasih wa...

dan untuk wa..entry ni khas untuk kamu..sayang kamu..~

wa..
teringin nk g New Zealand la...
boleh tak? hee~

p/s:sayang kalian jugak..~

Wassalam...

17.7.11

::Selamat Pengantin Baru::

Assalamualaikum...

selamat pagi ahad...
semua sihat hari ni?
alhamdulillah.. minggu ni fyza dapat balik rumah..
dan fyza berkesempatan untuk pergi majlis kahwin seorang sahabat fyza ni masa sekolah menengah..

selamat pengantin baru suhama~

bergambar sebelum balik..~

lepas ni sape nak kahwin pulak ye?
fyza ke? ^_*

p/s: terpikir pasal kahwin tbe2.. fyza lmbt lg kot.. hee~ jaga diri semua~

Wassalam..

13.7.11

::sahabat::

Assalamualaikum...

apa khabar sahabat?
petang yang sunyi ni membuatkan diri ini terus bermain dengan mimpi..
mimpi yang tak pasti.. hee~~

sahabat2 saya..
entry ini buat kamu sahabat~


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang menjadi sahabat paling baik bagi kami?
jawab baginda,


"Seseorang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah, apabila kamu mendengar percakapannya pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah, apabila kamu melihat perlakuannya, kamu teringat pada kehidupan akhirat.."



:wahai sahabat, walau dimana jua kita berada sekarang,
semoga kita terus dalam rahmat Allahdan berjaya mencapai apa jua yang diimpikan..
berkatilah persahabatan kami ini 
Ya Allah...teguhkan ukhwah kami buat selama-lamanya... :)

sahabat...
maafkan saya..
andai saya tak mampu jadi sahabat yang baik... 
(T_T)


p/s: jaga diri sahabat... sayang kalian..

Wassalam..



5.7.11

:: syarat bersahabat ::

Assalamualaikum..


Antara syarat-syarat bersahabat ialah:

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.
2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.
3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.
4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.
5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.
6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.
7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.
8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.
9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.
10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.
11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.
12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.
14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.
15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.
16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.
17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.
18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.

Sumber:  Paradigma MUKMIN 



sahabat.. 
maafkan saya andai saya tak mampu menjadi seorang sahabat yang baik

p/s: sayang kamu sahabat~

Wassalam..

1.6.11

::sepetang bersama sahabat::

Assalamualaikum...


selamat pagi sahabat...
alhamdulillah... pagi ni dapat menulis lagi...
meneruskan ceritera2 dalam hidup ini..


ok..semalam 31 mei...
fyza keluar bersama rakan2 sekolah rendah...
SK GAMBUT
1997-2002
lama tak jumpa mereka...
rindu sama korang sgt...





sepetang yang seronok..
bergelak ketawa...
berkongsi cerita..
dan yang penting...
sama2 mengisi perut.. hehe...
lapar la katakan...





kalian...
lirik lagu padi ni khas untuk kalian..


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya...



seperti lirik lagu padi..
moga persahabatan ktia seperti itu..
sahabat selamanya...
sayang kamu sahabat..


sepetang bersama kamu2 semua sahabat...
adalah kenangan terindah...
moga ukhwah kita kekal selamanya...


akhir kata.. salam sayang...
dari cikgu fyza..=D


Wassalam..

19.5.11

::Allah sentiasa ada::

Assalamualaikum..

selamat malam semua! 
jeng3.. skrg ngah mood exam...
sebab tu jarang sikit menulis...
tapi sekarang pon bknnya fyza stdy pon... 
mood x smpai lagi malam ni...


kepada sahabat yang sedang bersedeh..
kepada sahabat yang sedang kecewa..
kepada sahabat yang merasa mereka sedang lemah..
kepada sahabat yang sedang mengeluh.. 
atau kepada sahabat yang sedang menghadapi masalah..

bersabarlah...

::When you think there is no one to turn to, 
remember!, 
Allah is always there for you::

Saya juga sentiasa ada buat kamu sahabat2ku!

p/s: salam sayang dari fyza..jaga diri..

Wassalam..

9.5.11

::SAYA SAYANG KAMU::

Assalamualaikum...

selamat malam sahabat~
entry malam ni khas untuk sahabat2 yang saya sayangi...

Sahabatku...☺*•♫.•♥.•*¨:*•♫.•♥.• . . . . . . .


PersahabAtan kita adalah satu ukhwah...
ukhwah yang di bina atas nama Allah, tidak mengharap apa-apa balasan ketika memberi, tetapi sebagai satu wadah atau jalan untuk kita bersama-sama berduka dan berceria bersama.

Kita menangis, dia menangis.
Kita ketawa, kita pakat gelak dia ramai-ramai. 
Biarlah kita sama-sama gelak ketawa, nangis berhingusan bersama-sama.
Asalkan hati gembira. Jadilah seorang rakan yang baik, sahabat yang mendengar dan memberi.

Kesedihan temannya bagai pedang yang menikam.
Keceriaan temannya bagai pelangi petang yang takkan hilang.
Kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal di dunia.
Itulah sunnah jalinan ukhuwwah pejuang agama.

Teman yang baik seindah pemandangan tasik....
Teman yang setia pembawa ceria...
Teman yang berilmu sering menambah rindu...
Teman yang rapat bagaikan tali yang terikat...
Teman yang beriman ibarat sinar rembulan...
Teman yang sejati bagai pewangi yang mengharumkan...
Teman yang sopan pendorong mengejar impian...
Teman yang mulia membawa diri hampir kepadaNya...

Sahabatku...☺*•♫.•♥.•*¨:*•♫.•♥.• . . . . . . .

Belajarlah bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu.Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dialah orang yang memupuk semangat berdikarimu.Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehanmu.Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu...


kepada sahabat2ku..
terima kasih atas segalanya sahabat...

SAHABAT..

SAYA SAYANG KAMU 

TANPA TAKRIFAN KATA-KATA..

cukuplah sekadar menyatakannya dalam hati...

Wassalam..


::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers