23.7.10

::Jangan!!!!!!::

Assalamualaikum...

pe kaba semua...?
maaf andai diri ini agak malas untuk menulis blog ni ye...=)

alhamdulillah..
ari rabu yg lepas kami semua dak mktb afzan dpt elaun
walaupun tuk 2 bulan je.. 
tp xpe laa... 
ada jgk kan.. ^_^

malam ni fyza akan balik johor..
walau pun xda xcti..
ari ahad dah kena balik...
tp xpe la..
nk balik jgk... =)

untuk rumet saya... 
jaga diri baik2.. hehehe...=)

*********

buat renungan diri saya dan anda semua...



Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Renung2 kan dan  Selamat Beramal......



2 comments:

syahir Mohamad said...

salam.. baik cikgu.. penuh nasihat..
cam nilah mahasiswa..buka hati, minda utk kesejahteraan masyarakat..
cam ne yek nak berbual banyak2.. saya nak kenal budak ipg.. ada fb tak.. fb saya syahirmohd..

pelangi hafyza said...

wslm...
erm.. biasa je.. sekadar renungan tuk org lain dan diri sendiri..
erm..ada.. nanti sy add...
blog kawan2 yg ada kat blog sy ni pon kbanyakannya dak ipg sy...

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers