10.5.11

::khas untuk kamu::

Assalamualaikum..

selamat malam cinta..
maaf ye..jiwang pulak saya malam ni..huhu...


kepada kamu... Aku tidak tahu siapa kamu. Aku juga tidak tahu di mana kamu. Aku tidak tahu apa yang kamu perbuat. Semuanya ku serahkan kepada DIA. Berjuta kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang sebelum kita dipertemukan. Sebuah cinta yang aku miliki hanyalah milik DIA. Sekeping hati yang memiliki rindu hanya aku berani merindui DIA. 

Kamu tahu kan, hati perempuan itu rapuh. Sangat rapuh. hati perempuan pon lembut.  Sekejap, dia rasa dia ingin dicintai. Sekejap lagi, dia rasa ingin mencintai. lagi satu..jangan buat dia mengharap... Tak kan mungkin aku ingin merasai kecewa. Maka, aku serahkan kepada DIA biar DIA sahaja yang selayaknya ku cintai... aku redha dengan perancanganNya.


Aku tidak pernah mengharap yang terlalu sempurna. kerna diri ini juga tidak sempurna. Cukup bagiku, jika kamu punya iman. Aku bukannya demand, bukan harta kamu yang membahagiakan aku, bukan ketampanan wajahmu yang menggoyahkan perasaanku, apatah lagi keturunanmu yang membuatku senang. Aku cuma inginkan yang terbaik demi masa depan kita. masa depan yang sebenar.. Moga kau dan aku sedang mempersiapkan diri. Mungkin sebentar sahaja lagi kita akan bertemu atau mungkin lambat lagi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu. 

moga cinta kita nanti hingga ke syurga...
dan..moga cinta kita nanti adalah keranaNya..
Amin..


Wassalam...

No comments:

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers