15.5.11

::terima kasih cikgu::

Assalamualaikum...

esok 16 mei 2011.. hari guru...

Siti Hafizah Ja'far

lahirnya Siti Hafizah hari ini sebagai seorang bakal guru adalah kerana semua guru-guru yang telah mendidik diri ini... 
bangga kerana akan menjadi seorang guru...


fyza nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada:

1. mak dan ayah yang menjadi guru terbaik selama ni dan untuk selamanya..
2. guru pasti Al-Hanif..Cikgu Amimah
3. guru-guru di SK Gambut...
4. guru-guru di SMKDO
5. pensyarah2 di IPGKTAA
6. semua guru di Malaysia
7. dan akhirnya kepada semua bakal guru terutamanya kepada warga AFZAN

sekali menjadi guru.. selama2nya mereka tetap guru.. ^_*
TERIMA KASIH CIKGU..

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. 

Selamat menyambut Hari Guru 2011
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". 

p/s: salam sayang.. terima kasih guru..

Wassalam..

2 comments:

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers