7.10.11

::Pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul::

selamat petang sahabat~
semua sihat? hee~

ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
4 Ogos 2011


sebenarnya... 
fyza nak share something ni...
tentang satu forum ni...



PASANGAN BAHAGIA:

DR. FARHAN HADI BIN MOHD TAIB
&

USTAZAH FATIMAH SYARHA BINTI MOHD NOORDIN

.::PROGRAM TERAKHIR BIAGA 2011::.

F O R U M : PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL
HARI: SELASA
TARIKH: 18 OKTOBER 2011
MASA: 9.00 MALAM - 11.00 MALAM
TEMPAT: DI DEWAN DARUL MAKMUR, IPTAA KUALA LIPIS.


PANELIS:

DR. FARHAN HADI BIN MOHD TAIB (Novelis: Denyut Kasih Medik)

USTAZAH FATIMAH SYARHA BINTI MOHD NOORDIN
(Novelis: Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul)



jangan lepaskan peluang!! Peluang ni hanya sekali, kalau tak..kita yang rugi..^^
rakan-rakan dari luar pon boleh datang....jom2..
best2...(^_^)(^_^)



Wassalam...

2 comments:

Amir Rayyan said...

menarik....

pelangi hafyza said...

amir rayyan..terima kasih..
forum yang fyza maksudkan ni.. mmg sangat menarik..
cinta itu fitrah.. tp boleh jadi fitnah...

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers