18.12.11

::itulah kehidupan long::

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
alhamdulillah dapat update lagi hari ni...
semalam fyza pergi majlis tunang sepupu fyza kat KL..
pagi ni nak kongsi sesuatu..

"itulah kehidupan long"
kata-kata akhir mak kepada fyza selepas menceritakan satu kisah pada fyza semalam..

ye..itulah kehidupan..
kisah yang punya ceritera sendiri..
ye..setiap dari kita punya kisah yang berbeza..
kehidupan yang berbeza..
kehidupan orang lain mungkin berbeza dengan kehidupan kita..
kehidupan kita juga berbeza dengan kehidupan orang lain...
Allah uji setiap orang itu berbeza..

mungkin Allah bagi kebahagiaan pada kita hari ini dan Allah akan uji kita pada masa akan datang..
dan jika Allah uji kita hari ini dan Allah akan bagi kebahagiaan akan datang...
ceritera Allah kita tak tahu..
takkan pernah tahu...
pokok kehidupan..~

cuba kita refleksi balik diri kita..

“kenapa Allah ciptakan kita dan dihantar ke dunia? 

dan kita kena hidup dan diuji di dunia ?

mengapa Allah tidak hantar kita terus ke syurga?
kalau lahir-lahir kita terus masuk syurga,
maka kita akan terbiasa senang,
maka kita tak akan rasa betapa NIKMAT nya syurga itu.
kita tak akan rasa pergantungan dengan Allah.
kita tak akan rasa untuk berharap pada Allah.


sebab apa?

sebab bila dah masuk syurga senang-senang,
kita akan sentiasa rasa senang,
kita tak akan tahu bersyukur.


sebab itu,

Allah hantar kita ke dunia, dan diuji dengan macam-macam perkara,
supaya kita belajar rasa bergantung dan berharap pada Allah,
supaya kita belajar rasa bersyukur,
supaya di akhirat kelak,
setelah kita belajar rasa derita dan kesusahan di dunia ini,
kita akan rasa betapa nikmatnya bahagia di sana.. 
(akuislam.com) 
entry ni untuk renungan bersama termasuk diri saya sendiri...


Pelangi itu ada,
Tinggal kita tidak melihatnya,
Bukankah Tuhan telah berjanji kepada kita,
Bahawa setiap kesukaran itu, kesenangan wujud mengiringinya?
~ Hilal Asyraf of LangitIlahi.

p/s: moga kita semua sentiasa memperolehi Pelangi Ilahi..amin2...

Wassalam..

3 comments:

Izzah Haneefa said...

Kita x brsyukur sbb kita x lihat takdir kita sperti mana ALLAH yg melihat. walhal fikiran kita trbatas n hanya mmpu menilai yg zahir..
anyway, tQ utk post ni:)

CikPuan FiDa said...

Semoga menjadi pedoman untuk semua

pelangi hafyza said...

isma haneefa: ye..betul tu..
sama2 kamu=)

cikfi: ye..betol2..insyaAllah..^_^

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers