27.12.10

::maafkanlah::

Assalamualaikum..

selamat hari isnin...
ari ni 27 december...
bermakna tinggal 6 hari lagi kene balik maktab..
oh...no..... huhuhu...

erm...
saya terbaca di sebuah blog..
ni sekadar perkongsian bersama dan renungan untuk diri sendiri jugak..

kita sebagai manusia takkan lari dari sikap2 seperti..
 sakit hati.. dengki.. geram.. kecewa..
tak kisah la dengan sape2 pon..
dan kadang2 kita akan cakap...

"tak de maaf bagimu!"

btol x? btol kan.. hehe...

kalo boleh..
xyah la tunggu orang tu mintak maaf kan...
erm.. tp bergantung kepada keadaan dan individu la..

tapi apa salahnya kalo ktia saling memaafkan... kan2...
x salah kan...

maafkanlah...
lepaskanlah beban yang ada..
nescaya jiwa kan menjadi tenang... ^_*

ada satu kisah yang boleh dikongsi di sini...

Suatu hari..
 ada seorang guru yang meminta seluruh murid-murid di kelasnya untuk membawa satu karung guni ke sekolah. Guru itu juga meminta setiap muridnya ke pasar dan membeli kentang sebanyak 10 kilo. Keesokan hari ketika di sekolah, guru meminta semua anak murid, masing-masing memilih sebiji kentang bagi setiap orang yang tidak ingin mereka maafkan, kemudian tulis nama orang itu dan tarikh dia berbuat kesalahan. Kemudiannya kentang tersebut dimasukkan ke dalam karung guni yang telah disediakan, pelajar perlu membawa guni itu ke mana sahaja mereka pergi.Ianya merupakan tugasan setiap muridnya di sekolah dan di rumah untuk sepanjang bulan tersebut.


Di hari pertama murid-murid merasa seronok dan menarik dengan aktiviti tersebut. Seorang pelajar di dalam karung guninya sudah terdapat sembilan biji kentang. Satu demi satu nama kawannya di tulis di atas kentang kerana pelbagai sebab dan kesalahan yang beliau enggan memaafkan. Setiap kejadian membuatkan pelajar itu dengan senang hati melemparkan kentang-kentang ke dalam karung, dan masih tetap untuk tidak akan memaafkan sesiapa pun yang telah berbuat salah kepadanya.

Setelah seminggu berlalu, karung guni yang berisikan kentang itu sudah menjadi beban yang sangat berat pada murid-muridnya. Dalam karung guni itu sudah terisi lebih kurang lima puluh buah kentang, ada yang mencecah lapan puluh buah kentang. Sungguh situasi itu merupakan suatu beban berat yang menyebabkan lenguh tangan dan badan untuk memikulnya. Murid-murid tersebut sudah tidak tahan menanti hari akhir dari tugasan yang telah diberikan oleh guru mereka. Minggu kedua guru bertanya kepada semua pelajarnya, 

“Apakah kalian sudah mengetahui akibat dari tidak ingin memaafkan orang lain? Ternyata ada beban berat di atas pundak kalian, semakin banyak orang yang tidak ingin kalian maafkan, maka semakin berat pula beban yang harus kalian pikul. Menghadapi beban berat tersebut, bagaimana kita harus bertindak?” 

Guru berhenti berbicara untuk beberapa saat, memberikan waktu kepada pelajarnya untuk berfikir, lalu guru menjawab sendiri pertanyaannya, 

renungkanlah kisah ni...



dengan memaafkan orang lain..
kita akan dapat ganjaran yang lebih baik..

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (An Nuur:22)

Jika kita memaafkan orang lain..
 kita akan beroleh keampunan dari Allah..
insyaAllah... Amin...

Wassalam...

p/s: sayang kamu semua.. jaga diri..=)

2 comments:

azkiyafarhana said...

^^ luv u fyza.. eh2, luv pulak, nice written.balik elok2..

pelangi hafyza said...

thanks..
tp kalo luv tu ckp je la.. hehe..

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers