15.5.11

::terima kasih cikgu::

Assalamualaikum...

esok 16 mei 2011.. hari guru...

Siti Hafizah Ja'far

lahirnya Siti Hafizah hari ini sebagai seorang bakal guru adalah kerana semua guru-guru yang telah mendidik diri ini... 
bangga kerana akan menjadi seorang guru...


fyza nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada:

1. mak dan ayah yang menjadi guru terbaik selama ni dan untuk selamanya..
2. guru pasti Al-Hanif..Cikgu Amimah
3. guru-guru di SK Gambut...
4. guru-guru di SMKDO
5. pensyarah2 di IPGKTAA
6. semua guru di Malaysia
7. dan akhirnya kepada semua bakal guru terutamanya kepada warga AFZAN

sekali menjadi guru.. selama2nya mereka tetap guru.. ^_*
TERIMA KASIH CIKGU..

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. 

Selamat menyambut Hari Guru 2011
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". 

p/s: salam sayang.. terima kasih guru..

Wassalam..

14.5.11

::sedang mengingatkan diri::

Assalamualaikum..


selamat malam sahabat~
ape khabar semua..? 
fyza tadi baru balik dari Kuantan...
ada perjumpaan warga pendidik bersama Timbalan Pm..
baru je sampai bilik dalam kul tadi...

sekarang ni sedang meningatkan diri yang hari ni dah masuk hari ahad ye...
maknanya..exam semakin hampir.. 19 mei 2011...
sedang mengingatkan diri juga untuk study sebenarnya ni.. hehe..

sem ni.. paling banyak paper ye..
19 mei : Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
23 mei : Pendidikan Pembanguna Lestari..
24 mei : Politik dan kerajaan
25 mei : Anatomi dan Fisiologi
26 mei : BM



oleh itu.. 
kepada semua warga IPG terutamanya warga AFZAN..
selamat menghadapi peperiksaan..



"SALAM IMTIHAN"

GUD LUCK...

::semoga semua berjaya menjawab dengan jayanya::

p/s: salam sayang dr fyza.. smoga berjaya semua..

Wassalam..

10.5.11

::khas untuk kamu::

Assalamualaikum..

selamat malam cinta..
maaf ye..jiwang pulak saya malam ni..huhu...


kepada kamu... Aku tidak tahu siapa kamu. Aku juga tidak tahu di mana kamu. Aku tidak tahu apa yang kamu perbuat. Semuanya ku serahkan kepada DIA. Berjuta kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang sebelum kita dipertemukan. Sebuah cinta yang aku miliki hanyalah milik DIA. Sekeping hati yang memiliki rindu hanya aku berani merindui DIA. 

Kamu tahu kan, hati perempuan itu rapuh. Sangat rapuh. hati perempuan pon lembut.  Sekejap, dia rasa dia ingin dicintai. Sekejap lagi, dia rasa ingin mencintai. lagi satu..jangan buat dia mengharap... Tak kan mungkin aku ingin merasai kecewa. Maka, aku serahkan kepada DIA biar DIA sahaja yang selayaknya ku cintai... aku redha dengan perancanganNya.


Aku tidak pernah mengharap yang terlalu sempurna. kerna diri ini juga tidak sempurna. Cukup bagiku, jika kamu punya iman. Aku bukannya demand, bukan harta kamu yang membahagiakan aku, bukan ketampanan wajahmu yang menggoyahkan perasaanku, apatah lagi keturunanmu yang membuatku senang. Aku cuma inginkan yang terbaik demi masa depan kita. masa depan yang sebenar.. Moga kau dan aku sedang mempersiapkan diri. Mungkin sebentar sahaja lagi kita akan bertemu atau mungkin lambat lagi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu. 

moga cinta kita nanti hingga ke syurga...
dan..moga cinta kita nanti adalah keranaNya..
Amin..


Wassalam...

9.5.11

::SAYA SAYANG KAMU::

Assalamualaikum...

selamat malam sahabat~
entry malam ni khas untuk sahabat2 yang saya sayangi...

Sahabatku...☺*•♫.•♥.•*¨:*•♫.•♥.• . . . . . . .


PersahabAtan kita adalah satu ukhwah...
ukhwah yang di bina atas nama Allah, tidak mengharap apa-apa balasan ketika memberi, tetapi sebagai satu wadah atau jalan untuk kita bersama-sama berduka dan berceria bersama.

Kita menangis, dia menangis.
Kita ketawa, kita pakat gelak dia ramai-ramai. 
Biarlah kita sama-sama gelak ketawa, nangis berhingusan bersama-sama.
Asalkan hati gembira. Jadilah seorang rakan yang baik, sahabat yang mendengar dan memberi.

Kesedihan temannya bagai pedang yang menikam.
Keceriaan temannya bagai pelangi petang yang takkan hilang.
Kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal di dunia.
Itulah sunnah jalinan ukhuwwah pejuang agama.

Teman yang baik seindah pemandangan tasik....
Teman yang setia pembawa ceria...
Teman yang berilmu sering menambah rindu...
Teman yang rapat bagaikan tali yang terikat...
Teman yang beriman ibarat sinar rembulan...
Teman yang sejati bagai pewangi yang mengharumkan...
Teman yang sopan pendorong mengejar impian...
Teman yang mulia membawa diri hampir kepadaNya...

Sahabatku...☺*•♫.•♥.•*¨:*•♫.•♥.• . . . . . . .

Belajarlah bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu.Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dialah orang yang memupuk semangat berdikarimu.Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehanmu.Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu...


kepada sahabat2ku..
terima kasih atas segalanya sahabat...

SAHABAT..

SAYA SAYANG KAMU 

TANPA TAKRIFAN KATA-KATA..

cukuplah sekadar menyatakannya dalam hati...

Wassalam..


::saya blogger muslim/muslimah,saya jaga aurat dan akhlak saya::

Assalamualaikum...

selamat pagi sahabat~
alhamdulillah..masih dapat menulis di sini pagi ni...
pagi ni fyza join  lagi satu segmen al hakim..
sangat mudah... cuma copy dan paste...
dan semoga aurat dan akhlak kita sentiasa terjaga...
insyaAllah.... semoga diri ini sentiasa istiqomah...


nak join? klik sini

mahu tag...

p/s: moga kita sama2 jadikan segmen ini sebagai peringatan kepada diri kita.. termasuk diri saya sendiri..

Wassalam...

7.5.11

::saya blogger muslimah::

Assalamualaikum...

kepada sahabat  al hakim 
saya blogger muslimah ye...
dan saya bangga menjadi muslimah..
(^_^)(^_^)


jom join.. klik sini

saya mahu tag..

Wassalam..

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers