29.7.11

::masa untuk muhasabah diri::

Assalamualaikum...

selamat malam sahabat...
tdo2..malam dah ni...
fyza jap lagi kot tdo..~

aritu dalam kelas..salah satu aktiviti yg lect wat..
aktiviti KT bwh tema sayangi diri...
setiap orang kene tulis nama pada 1 kertas...
sediakan 2 ruang.. kekuatan dan kelemahan...




lepas tu... kertas tu akan diedar didalam kelas..
setiap kawan kita akan tulis kekuatan dan kelemahan diri kita pada kertas yang dah ditulis nama tadi...
erm... takut dengan persepsi orang terhadap diri ini..huhu...
sedar kerana diri ini byk kelemahannya..

ok..untuk kekuatan...
macam2 kekuatan fyza yg dikatakan oleh kawan2..
tapi kebanyakannya kata benda yang sama je...
alhamdulillah..mungkin apa yang dikata mereka itu mmg kekuatan fyza...
insyaAllah fyza akan kekalkan dalam hidup ni..
untuk kelemahan...
pasti setiap orang mempunyai kelemahan diri kan..
banyak jugak kelemahan fyza yang kawan2 senaraikan...
antaranya adalah mungkin pendiam dan pemalu..hee~
banyak lagi la.. ada jgk kelemahan lain...

maaf kawan2 andai selama ni ada sikap fyza yang menyakiti kalian...
apa2 pun... terima kasih atas jawapan2 yang diberikan..
masa untuk muhasabah balik diri fyza sendiri sebenarnya..
kan..kan.... 

kita tak pernah tau apa yang orang fikir tentang kita kan...
setiap orang punye tanggapan yg berbeza terhadap diri kita..
setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2..
begitu juga fyza...
insyaAllah..segala kelemahan diri ini akan fyza cuba untuk ubah slow2..

apa2 pun..saya adalah saya... hee~
saya pelangi hafyza...

p/s: salam sayang sahabat..jaga diri.. mungkin pasni lmbt sikit update..

Wassalam..


26.7.11

::jangan biarkan hati kita mati::

Assalamualaikum...

selamat malam...
apa khabar kamu2? 
makaseh ye sebab sudi bace..~
maaf ye sebab lame tak update...


korang... semalam.. hari ahad... sehari suntuk fyza mengikuti satu program ni..
program AKADEMI KEPIMPINAN MAHASISWA AL-FATIH 2011
(AKMAL 2011)



program yang bermula dr 9pagi sampai 10 malam ni disampaikan sepenuhnya oleh Ustaz Muhammad Syarari bin Abdul Rahman...
pelbagai modul yang telah digunakan oleh beliau...
program yang sangat seronok kerana fyza rasa apa yang ingin disampaikan jelas dan terang...
sampai terus kepada kami yang mengikuti program ni...

di dalam kursus ni... uztaz telah banyak menceritakan tentang perjuangan dan kepimpinan  Sultan Muhammad Al-Fateh...
mungkin ramai yang tidak mengenali Sultan Muhammad Al-Fateh ini... 
namun.. dalam usianya yg masih muda 22 tahun, beliau telah berjaya menawan satu kota setelah 12 kali percubaan dalam menawan kota Konstantinopel (sekarang dikenali sebagai Istanbul,Turki)..

Sultan Muhammad Al-Fateh ni mempunyai 7nilai dalam dirinya...
nilai2 inilah yang cuba diterapkan oleh Ustaz Syaari dalam diri kami guru-guru pelatih...

1.be positive
2.be proactive
3.clear vision
4.integrity
5.teamwork
6.brainstorm
7.tawakal..


teringat salah satu kata-kata ustaz di dalam program tu...

::hati yang mati takkan boleh hidupkan hati-hati yang mati::

paham ke apa yg ingin disampaikan?
bg fyza..kata2 ni agak terkesan dalam diri fyza sendiri...
sebagai bakal guru... boleh amik iktibar kot daripada kata-kata ni...
sebab guru kan nk melahirkan seorang insan yang berguna..

jadinya...
jangan biarkan hati kita mati....
refresh hati kita...
hidupkan hati kita dengan alQuran dan solat2 sunat...
*renungan untuk diri fyza sendiri...

p/s: sayang korang..jaga diri..

Wassalam..



25.7.11

::apa komen anda?::

Assalamualaikum...

apa khabar sahabat?
selamat malam...

ce tengok header fyza..
fyza guna header baru?
apa komen anda?

p/s: thanks pada sahabat yang buatkan header untuk fyza..(^_^)(^_^)

Wassalam...


23.7.11

::segmen: andai ini Ramadhan terakhirku::

Assalamualaikum...

selamat petang sahabat.. 
petang ni nak join satu lagi segmen ni...
::segmen: andai ini Ramadhan terakhirku..:: nak join?


sahabat...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya..

andai ini Ramadhan terakhirku..
apakah yang akan fyza lakukan..?
adakah aku akan menghitung hari2 kematianku yang akan tiba begitu sahaja..?
Ya Allah... fyza masih belum bersedia... 
walaupun fyza tahu yang kematian itu adalah pasti...

andai ini Ramadhan terakhirku..
tentu pada siang hari fyza kan sibuk berzikir..
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Subhanallah... 
Alhamdulillah..
Allahuakbar..
aku merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

andai ini Ramadhan terakhirku..
fyza takkan melengah2kan solat lagi...
tiada istilah nanti kalau nak solat..
fyza akan solat di awal waktu... insyaAllah..
fyza akan solat dengan khusyuk..
menghambakan diri kepada Allah yang satu..
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
dan habis dari solat.. fyza akan berdoa padaNya..
agar mengampunkan segala dosa2 yang ada..
agar Dia menerima taubatku...huhu...


andai ini ramadhan terakhirku..
pada malamnya pula...
fyza takkan tinggalkan terawih..
kalau sebelum ni ada jugak tinggal kan..
fyza juga akan berqiamullail...Bertahajjud...Mengadu...Merintih...
dan meminta belas kasihNya....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai ini ramadhan terakhirku...
fyza tidak akan sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
fyza akan isi masa2 kosong dengan membaca al-Quran...
kalau boleh fyza nak khatam al-Quran pada Ramadhan terakhir ni..
selalunya baca Quran.. tapi susah nak khatam satu Quran penuh masa bulan Ramadhan..
huhuhuhu...

andai ini Ramadhan terakhirku
fyza tak akan melupakan mereka yang tersayang
fyza akan habiskan masa dengan keluarga kat rumah..
mak.. abah..along banyak dosa nan mak ngan abah kot..
nak mintak maaf dengan mereka..
erm..lagi.. nak bersama ngan kawan2 tersayang..
nak mintak maaf jugak dengan mereka...
andai ada salah dan silap..
moga Ramadhan terakhir ni dapat bersama dengan mereka..

andai ini Ramadhan terakhirku..
aku akan mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman...
untuk bertemu denganMu ya Allah..
aku ingin ke syurgaMu yaAllah..
meskipon aku tau.. aku tak layak untuk bertemu Mu..huhu..

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin....

Ya Allah..
dosaku terlalu banyak..
dan aku tak sabar menanti hadirnya Ramadhan..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini.. 


akhir kata..
andai ini Ramadhan terakhirku..
maafkan segala2 dosa2 ku sahabat~

::ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU::

P/S: luahan dari lubuk hati ini..tak dapat bayang andai ini ramadhan terakhirku..(T_T)

Wassalam..

22.7.11

::siapa kekasih kamu?::

Assalamulaikum...

selamat malam...
kebosanan dekat maktab sekarang ni..
jadi, fyza mempunyai masa yang banyak utnuk update blog..hee~

tajuk entry.. siapa kekasih kamu??
kamu2 ada kekasih?
malam ni saya nak cakap tentang kekasih saya...



A : weh kau tahu x boyfriend aku call 3x shari,love of my life(smbil bt muka)
B : oh really? kekasih aku call aku 5 kali sehari(muka bangga)
A : Bestnya,byk credit kekasih kau?
B : x lah ni connection wireless
A : (mka x puas hati)hmm.pukul berapa dia call?
B : SUBUH,ZOHOR,ASAR,MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pula call DIA pkul 2-3 pagi mcm tu. Masa Dhuha pun ada.(ALLAH kekasih Teragung) ♥

::kalau kamu nak tau.. Allah kekasih teragung::

cinta Allah itu, di mana-mana..

::Allah kekasih no 1::
::Ya Allah.. berikanlah aku cintaMu..::

p/s: dahaga akan cinta Allah.. bantu diri ini sahabat..

Wassalam..

::darah kita mungkin sama merah tapi..::

Assalamualaikum...

selamat hari jumaat~
apa khabar sahabat~

sahabat...
darah kita mungkin sama merah tapi..
jenis tetap lain...
color intensity pon tak sama...


kamu adalah kamu.. 
saya adalah saya...
walaupun darah kita sama merah...
tapi kita semua tetap berbeza...
puye ceritera yang berbeza..
perangai yang berbeza...
dan hakikatnya... setiap orang memang berbeza..
kalau sama, kembar la pulak kan.. hee...

hebatkan kan kuasa Allah yang mencipta kita..? Subhanallah...
sangat hebat... jadi bersyukurlah dengan diri kita..

sekian dulu...

p/s: jaga diri sahabat...

Wassalam..





::erti ikhlas::

Assalamualaikum...


selamat malam...
dah lewat malam dah ni..
tapi fyza masih di sini.. di hadapan skrin laptop ini...


sebut pasal ikhlas...
ikhlaskah kita dalam kehidupan kita?





cuba cari gambar ikhlas di google...
tapi.. mana mungkn gambar ikhlas dapat dicari...
carilah dalam hati manusia...
jom kita sama jadi ikhlas...
Mencari ikhlas itu adalah mujahadah yang tidak akan berakhir sehingga hujung nyawa ditarik....


::ikhlas adalah rahsia antara hati dan Pemiliknya::


p/s: jom refresh hati...


Wassalam...

19.7.11

::if U donate BLOOD, U give LIFE!!! ::

Assalamualaikum..

selamat malam kawan2...
dah tido ke? 
oh ye..nak bgtau ni...
esok kat maktab fyza akan mengadakan program derma darah...


buat rakan2 AFZAN...
moh kita pakat ramai2 derma darah ye...


‎.: BLOOD DONATION, GIFT OF LIFE :.

date : 20th July 2011 (Wednesday)
time : 09:00 a.m - 17:00 p.m
venue : Dewan Darul Makmur, IPG KTAA
organised by : SCOUTS KLM 34

~ If U donate money, U give food.
But if U donate BLOOD, U give LIFE!!! ~\

- mknn disediakan.. *nasi lemak + kek
- hamper akan diberikn kpd 3 klas pertama yg mghntr penderma yg plg ramai..)


p/s: pesanan dr ajk cenderamata..hee~~.

Wassalam..

17.7.11

::Selamat Pengantin Baru::

Assalamualaikum...

selamat pagi ahad...
semua sihat hari ni?
alhamdulillah.. minggu ni fyza dapat balik rumah..
dan fyza berkesempatan untuk pergi majlis kahwin seorang sahabat fyza ni masa sekolah menengah..

selamat pengantin baru suhama~

bergambar sebelum balik..~

lepas ni sape nak kahwin pulak ye?
fyza ke? ^_*

p/s: terpikir pasal kahwin tbe2.. fyza lmbt lg kot.. hee~ jaga diri semua~

Wassalam..

16.7.11

::Jom join bloglist pilihan hati::

 Assalamualaikum..


kawan2.. 
jom join bloglist pilihan hati..

Wassalam..

14.7.11

::terkilankah?::

Assalamualaikum..

hanya kata-kata ringkas dapat saya nyatakan..

saya sedeh...
kecewa...
tapi entah la..
terkilan kah saya?


   


wahai diri... ingatlah..
Allah akan selitkan kemanisan dalam setiap perkara yang berlaku.
Jadi senyumlah,walau di uji. ;')


Wassalam..

13.7.11

::sahabat::

Assalamualaikum...

apa khabar sahabat?
petang yang sunyi ni membuatkan diri ini terus bermain dengan mimpi..
mimpi yang tak pasti.. hee~~

sahabat2 saya..
entry ini buat kamu sahabat~


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang menjadi sahabat paling baik bagi kami?
jawab baginda,


"Seseorang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah, apabila kamu mendengar percakapannya pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah, apabila kamu melihat perlakuannya, kamu teringat pada kehidupan akhirat.."



:wahai sahabat, walau dimana jua kita berada sekarang,
semoga kita terus dalam rahmat Allahdan berjaya mencapai apa jua yang diimpikan..
berkatilah persahabatan kami ini 
Ya Allah...teguhkan ukhwah kami buat selama-lamanya... :)

sahabat...
maafkan saya..
andai saya tak mampu jadi sahabat yang baik... 
(T_T)


p/s: jaga diri sahabat... sayang kalian..

Wassalam..



12.7.11

::Konvensyen Guru-Guru Muda 2011::

Assalamualaikum..

selamat malam sahabat~
ape khabar semua?
dah dekat seminggu fyza tak update kan...
rindu pula rasenya.. hee~


sebenarnya hujung minggu yang lepas ni fyza pegi KOGUM 2011
KONVENSYEN GURU-GURU MUDA 2011
dari 7-10 julai 2011
semua jpp dari 27 IPG telah dikumpulkan dalam konvensyen ni..
tapi fyza pergi bukan sebagai peserta taw...
fyza pergi sebagai urusetia mebantu ahli2 GPMS dalam menganjurkan konvensyen ni..
alhamdulillah.. gembira kerana dapat turut serta dalam konvensyen ni walaupun sebagai urusetia...
rasa bersyukur jugak sebab berpeluang untuk menyumbang tenaga dalam konvensyen tu..
pengalaman yang sangat bermakna...


  gambar kenangan bersama urusetia dari IPG AFZAN...


ketika majlis perasmian penutup...
fyza yang mane ye? entah..saya xtau.. hee~

akhir kata...
KOGUM 2011 terbaik!

p/s: gembira jugak sbb sy dpt jmpe kwn baik sy kt konvensyen ni..=)

Wassalam..



6.7.11

::wordless wednesday #2::

Assalamualaikum..


rabu tanpa kata..
ok..sape faham ceritera di sebalik gambar ni?

Wassalam...

5.7.11

:: syarat bersahabat ::

Assalamualaikum..


Antara syarat-syarat bersahabat ialah:

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.
2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.
3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.
4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.
5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.
6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.
7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.
8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.
9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.
10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.
11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.
12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.
14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.
15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.
16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.
17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.
18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.

Sumber:  Paradigma MUKMIN 



sahabat.. 
maafkan saya andai saya tak mampu menjadi seorang sahabat yang baik

p/s: sayang kamu sahabat~

Wassalam..

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers