28.11.11

::kenapa jadi begini?::

Assalamualaikum...

entry ni buat sahabat2 yang sedang dilanda masalah...
dan buat renungan fyza jugak..
walau apa pun yang berlaku.. dan bila kita merasa lemah..
sentiasa lah ingat Allah~





KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran : 139)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

TAK DAPAT BERTAHAN LAGI ?
"dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 12)

p/s: ada masalah?? letih dengan semua masalah yg melanda? senyum2..^_^

Wassalam..

25.11.11

::hari esok lebih baik dari hari ini::

Assalamualaikum...

hari ni dah masuk 25 november...
hari semalam takkan berulang..
dan hari esok pasti datang...
tapi jika kita masih dipanjangkan umur pada hari esok la.. InsyaAllah...

profil picture www.ilmi-islam.com

korang..
semoga hari esok lebih baik dari hari ni...
sempena awal Muharam yang akan tiba...
jom lakukan lakukan penghijrahan dalam diri kita..
dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik..
walaupun perubahan itu kecil..
namun, perubahan yang kita lakukan itu mungkin akan mendatangkan kebaikan pada diri kita..

dan semoga dengan perubahan itu nanti, kita akan terus istiqomah dengan perubahan yang kita buat tu..
ni fyza tuju buat diri fyza sendiri la...
insyaAllah..

akhir kata...

SALAM MA'AL HIJRAH..
JOM SAMA2 KITA BERHIJRAH..

p/s: sok fyza g kl.. pas 3 hari baru update bog kot.. jangan rindu ye..^_*

Wassalam...

22.11.11

::rasa SAKIT itu::

Assalamualaikum...

selamat malam sahabat...
apa khabar..
moga korang baik2 je...

sahabat...fyza nak share sesuatu...


sahabat.. bila kita ada masalah..
sedih...tekanan... dan tak ada siapa pon berada di sebelah kita..
rasa “sakit” saat merasa tak punya siapa-siapa itu,
jujur,
sangat perit ditelan,
sangat sukar dilalui,

rasa "sakit" itu
bahkan sangat menyedihkan bila di ingat.

sunyi.

sedih.
tiada telinga untuk mendengar,
tiada bahu untuk bersandar.
tiada siapa untuk meluahkan rasa,
bahkan tiada apa yang terluah.

namun saat itulah kita perlu pujuk hati kita sendiri:



Allah itu sentiasa ada untuk kita semua...
dan fyza pulak..akan sentiasa ada untuk korang..^_*

p/s: sayang kawan2 saya..

Wassalam...



::apabila harimau membaham garuda::

Assalamualaikum...

selamat malam semua!
malam ni smua status kat fb cakap pasal bola...


perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011..
apabila harimau membaham garuda..
dan akhirnya..
Alhamdulillah...
emas ke 59 menjadi milik Malaysia...
TAHNIAH MALAYSIA!





Tahniah kepada Khairul Fahmi dan semua pemain...
terbaik la..(^_*)

p/s: sakit jantung jap bila smua orang kat rmh menjerit.. korang tak sakit jantung ke?=P

Wassalam...


19.11.11

::jauh di mata namun tetap di hati::

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
nak kongsi sesuatu pagi ni..
tentang satu buku pemberian sahabat baik saya...
terima kasih sahabat~


buku Bicara Pedusi
buku yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam diri setiap pembacanya...

Bisik hatiku pada sang rembulan, mampukah kaki terus melangkah segagah serikandi. soalku pada terik matahari, sehangat cahayamu semangatku ini? 
lalu ku usap kata-kata bebintang di langit, hanya dengan agama mampuku sempurnakan kebahagiaan jiwa ini. Terima Kasih Ya Allah..

membaca buku ini menjadikan diri ini berada dalam dunia penulis..
fyza tertarik pada satu kata2 dalam buku ni..
dan kata-kata ini fyza tujukan pada semua sahabat kesayangan fyza..

buat sahabat yang jauh di mata namun dekat di hati:

Sahabatku..
walau di mana dirimu berada, apakah di utara, selatan, timur mahupun barat, aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu biarpun diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu..

yang menyayangimu sahabat, 
pelangi hafyza

p/s: nak balik kampung kejap lagi..=)

Wassalam..

18.11.11

::kita hanya merancang::

Assalamualaikum..

selamat petang semua...
alhamdulillah sebab fyza dah habis exam..
alhamdulillah jugak sebab fyza dah selamat sampai rumah tercinta..

sebab cuti dah bermula..
fyza terfikir sesuatu...
apa ye nak buat cuti ni...
kalo boleh nak buat sesuatu yang tak membuang masa..
nak buat sesuatu yang bermanfaat untuk masa depan...



fyza terfikir sesuatu dah dalam fikiran ni nak buat apa...
tp tak boleh bagtau kat sini la..hehe...
takut jadi angan2 kosong...
tapi tak salah kan berangan...
moga apa yang dirancang berjalan dengar lancar..

kita hanya merancang.. namun Allah yang tentukan..

ada sape2 nak bagi cadangan lain kat fyza nak buat apa cuti ni? ^_^

p/s: selamat bercuti kepada rakan2 IPG..

Wassalam..


::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers