Assalamualaikum..
selamat pagi...
selamat hujung minggu...
pagi ni fyza nak share something yang fyza ambil di fb tadi..
tentang kasih sayang seorang ibu..
Ketika berusia setahun :
Ibu suapkan kita makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih padanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun :
Ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil
Menjelang usia kita 3 tahun :
Ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika berusia 4 tahun :
Ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun :
Ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 6 tahun :
Ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "Tak nak! Tak nak!
Apabila berusia 7 tahun :
Ibu belikan sebiji bola, cara kita mengucapakan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun :
Ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Ketika berusia 9 tahun :
Ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun :
Ibu menghabiskan masa sehari suntuk untuk menemankan kita ke mana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun:
Ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun :
Ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai pada zaman sekarang.
Ketika berusia 14 tahun :
Ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih padanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
Berusia 15 tahun :
Ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun :
Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan kawan.
Ketika berusia 19 tahun :
Ibu bersusah payah membayar wang pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar kerana malu dengan kawan kawan.
Berusia 20 tahun :
Ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata, "itu bukan urusan ibu".
Setelah berusia 21 tahun :
Ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu".
Apabila berusia 22-23 tahun :
Ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu, kita katakan pada kawan kawan, "Perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuu!".
Menjelang usia 24 tahun :
Ibu bertemu bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibu, tooloonglaah!!"
Ketika berusia 25 tahun :
Ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan kahwin kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun :
Ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden"
Ketiak berusia 40 tahun :
Ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita berkata, "kami sibuk, tak ada masa nk datang".
Apabila berusia 50 tahun :
Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak anak.
Dan kemudian suatu hari,
Kita mendapat berita ibu menunggal dunia. Khabar itu bagaikan petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika telah meninggal dunia, ingatlah kasih dan sayangnya. sayangilah ibu kerana kita hanya ada seorang ibu kandung...
akhir kata..
hargai ibu dan ayah anda..
harap kita semua tak buat macam tu kat ibu bapa kita ok..
mak... along sayang mak....
hargai ibu dan ayah anda..
harap kita semua tak buat macam tu kat ibu bapa kita ok..
mak... along sayang mak....
p/s:sayangi ayah anda jugak ok..^^
tbe2 rasa nak balik rmh lak.. sayang korang..buat renungan bersama ye..=)
tbe2 rasa nak balik rmh lak.. sayang korang..buat renungan bersama ye..=)
Wassalam...
6 comments:
azam: hehe.. dua2 skali la...=)
sbb tu syurga di bawah telapak kaki ibu :)
sob3...syg mak jgk..
moge2 kte trhindar dr menderhaka kat ibu kte..:)
sedihhhh...
btol tu..sayangi mak kte ok..huhu
Post a Comment