Assalamualaikum...
selamat petang sahabat..
petang ni nak join satu lagi segmen ni...
::segmen: andai ini Ramadhan terakhirku..:: nak join?
sahabat...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya..
andai ini Ramadhan terakhirku..
apakah yang akan fyza lakukan..?
adakah aku akan menghitung hari2 kematianku yang akan tiba begitu sahaja..?
Ya Allah... fyza masih belum bersedia...
walaupun fyza tahu yang kematian itu adalah pasti...
andai ini Ramadhan terakhirku..
tentu pada siang hari fyza kan sibuk berzikir..
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Subhanallah...
Alhamdulillah..
Allahuakbar..
aku merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...
andai ini Ramadhan terakhirku..
fyza takkan melengah2kan solat lagi...
tiada istilah nanti kalau nak solat..
fyza akan solat di awal waktu... insyaAllah..
fyza akan solat dengan khusyuk..
menghambakan diri kepada Allah yang satu..
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
dan habis dari solat.. fyza akan berdoa padaNya..
agar mengampunkan segala dosa2 yang ada..
agar Dia menerima taubatku...huhu...
andai ini ramadhan terakhirku..
pada malamnya pula...
fyza takkan tinggalkan terawih..
kalau sebelum ni ada jugak tinggal kan..
fyza juga akan berqiamullail...Bertahajjud...Mengadu...Merintih...
dan meminta belas kasihNya....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai ini ramadhan terakhirku...
fyza tidak akan sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
fyza akan isi masa2 kosong dengan membaca al-Quran...
kalau boleh fyza nak khatam al-Quran pada Ramadhan terakhir ni..
selalunya baca Quran.. tapi susah nak khatam satu Quran penuh masa bulan Ramadhan..
huhuhuhu...
andai ini Ramadhan terakhirku
fyza tak akan melupakan mereka yang tersayang
fyza akan habiskan masa dengan keluarga kat rumah..
mak.. abah..along banyak dosa nan mak ngan abah kot..
nak mintak maaf dengan mereka..
erm..lagi.. nak bersama ngan kawan2 tersayang..
nak mintak maaf jugak dengan mereka...
andai ada salah dan silap..
moga Ramadhan terakhir ni dapat bersama dengan mereka..
andai ini Ramadhan terakhirku..
aku akan mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman...
untuk bertemu denganMu ya Allah..
aku ingin ke syurgaMu yaAllah..
meskipon aku tau.. aku tak layak untuk bertemu Mu..huhu..
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin....
Ya Allah..
dosaku terlalu banyak..
dan aku tak sabar menanti hadirnya Ramadhan..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
akhir kata..
andai ini Ramadhan terakhirku..
maafkan segala2 dosa2 ku sahabat~
::ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU::
P/S: luahan dari lubuk hati ini..tak dapat bayang andai ini ramadhan terakhirku..(T_T)
Wassalam..
8 comments:
andai ini ramadhan terakhirku... huhu
huhuhu..(T_T)
Ya Allah , berilah keampunan dan rahmatMU buat kami hambaMu yang sgt lemah, Yang amat memerlukan MU utk mmbimbing kami.. aminn .. btw nice en3!
aaamin....
yukran haliqa...=)
*syukran haliqa
huhuhuhu
selamat menyambut ramadhan:)
excellence
hatikubaik: selamat menyambut ramadhan jgk...
biase je..skadar insan biasa..=)
Post a Comment