12.1.11

::Jangan Sesekali Berputus Asa Ye..::







Kehidupan adalah anugerah daripada ALLAH SWT. 

Ia adalah perjalanan yang penuh rintangan dan dugaan. ALLAh tidak menciptakan manusia dan mengizinkan kegagalan dengan begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang ALLAH ingin sampaikan. Boleh jadi kerana ALLAH sangat menyayangi dan tahu bahawa mungkin dengan kejayaan itu kamu akan menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain. Dan kehidupan ini dicipta oleh ALLAh SWT untuk menguji siapa diantara kita yang paling sabar untuk bertahan atas segala usikan dari-NYA.

Sememangnya putus asa akan datang menghampiri kita disaat kita sedang menempuh perjalanan yang jauh. Ataupun ianya akan bertandang tatkala kita mendapat kegagalan dari pekerjaan yang dilakukan. Mengapa?
Kerana ia sekadar menyapa. Namun jangan dibiarkan ia tinggal bermukim didalam hati anda.

Banyak perkara yang boleh menghiburkan anda. Paling utama sekali sebagai seorang Muslim adalah, bersangka baik dengan ALLAh SWT. Fikirkan.. Renungkan.. Sematkan. ALLAH yang mencipta kehidupan ini dan ALLAh jua yang menentukan setiap perancangan di dunia dan ALLAH jualah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. Justeru, mengapa ALLAh memberi kegagalan? Kerana ALLAH lebih tahu. 

Serahkan semuanya pada ALLAH.

Apa yang perlu kita buat adalah, biarkan kegagalan itu berlalu tanpa berhenti dari terus berjuang menempuh hidup ini. Dan berdoalah moga ALLAh berikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk diri kita dan agama kita.

ALLAh Maha Mengetahui.

Buat sahabat2 semua...
jangan mudah putus asa ye..
teruskan usaha anda..  anda boleh! hehe...
dan yg penting... sentiase senyum...
insyaAllah....

p/s: jaga diri...sayang kamu semua.. ^_*

Wassalam...

2 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

kdg2 mmg rasa putus asa.. rasa cam dh letih je.. tp, syukur ada kwn2 di sisi yg selalu bg semangat~~ ^_^

pelangi hafyza said...

owh..bguslah...
ape2 pon..senyum ea..=) hehe

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers