12.1.11

::Jangan Sesekali Berputus Asa Ye..::







Kehidupan adalah anugerah daripada ALLAH SWT. 

Ia adalah perjalanan yang penuh rintangan dan dugaan. ALLAh tidak menciptakan manusia dan mengizinkan kegagalan dengan begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang ALLAH ingin sampaikan. Boleh jadi kerana ALLAH sangat menyayangi dan tahu bahawa mungkin dengan kejayaan itu kamu akan menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain. Dan kehidupan ini dicipta oleh ALLAh SWT untuk menguji siapa diantara kita yang paling sabar untuk bertahan atas segala usikan dari-NYA.

Sememangnya putus asa akan datang menghampiri kita disaat kita sedang menempuh perjalanan yang jauh. Ataupun ianya akan bertandang tatkala kita mendapat kegagalan dari pekerjaan yang dilakukan. Mengapa?
Kerana ia sekadar menyapa. Namun jangan dibiarkan ia tinggal bermukim didalam hati anda.

Banyak perkara yang boleh menghiburkan anda. Paling utama sekali sebagai seorang Muslim adalah, bersangka baik dengan ALLAh SWT. Fikirkan.. Renungkan.. Sematkan. ALLAH yang mencipta kehidupan ini dan ALLAh jua yang menentukan setiap perancangan di dunia dan ALLAH jualah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. Justeru, mengapa ALLAh memberi kegagalan? Kerana ALLAH lebih tahu. 

Serahkan semuanya pada ALLAH.

Apa yang perlu kita buat adalah, biarkan kegagalan itu berlalu tanpa berhenti dari terus berjuang menempuh hidup ini. Dan berdoalah moga ALLAh berikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk diri kita dan agama kita.

ALLAh Maha Mengetahui.

Buat sahabat2 semua...
jangan mudah putus asa ye..
teruskan usaha anda..  anda boleh! hehe...
dan yg penting... sentiase senyum...
insyaAllah....

p/s: jaga diri...sayang kamu semua.. ^_*

Wassalam...

11.1.11

::ubat hati yang gundah::::

Assalamualaikum...

selamat malam semua..^_*
semoga semuanya sihat2 hendaknya..
dikala diri ini telah bosan.. 
jari jemari ini terus menaip melontarkan huruf2nya..
cehwah...



entry malam ni khas dan istimewa untuk hati-hati sesiapa je yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah.. renungan tuk diri sendiri dan sahabat2 lain..

1) Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - 
Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2) Berdoa - 
Sentiasalah berdoa.. Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3) Sibukan diri dengan sesuatu - 
Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

4) Luahkan perasaan anda -
Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. luahkan masalah dan perassaan anda.. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5) Senyum - 
Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. 
senyum tu kan sedekah(^_^)(^_^)


Dengan itu, hati kita kan menjadi tenang.. InsyaAllah...


p/s: jaga diri..jaga hati.. sayang kalian..


Wassalam..

10.1.11

::sedang mengharap::

Assalamualaikum...

selamat malam semua.. 
hanya entry ringkas untuk malam ni...


sedang mengharap sesuatu...
sesuatu yang tak pasti...
yang pasti..
ia takkan datang dengan sendiri..
mungkin masanya belum tiba...
diri ini hanya mampu berdoa padaMu Ya Allah..
usaha..doa dan tawakal..

::yang mengharap::

p/s: jaga diri kamu sahabat...sayang kamu~

Wassalam..

7.1.11

::cinta::

Assalamualaikum...

hanya entry ringkas di malam yg sejuk ni..=)



“ Islam adalah agama CINTA. Dan mukmin tidak merasakan manisnya iman sehingga ia merasakan hangatnya cinta.”

Cinta yang abadi hanyalah Cinta Ilahi..


Wassalam...

p/s: jaga diri..sayang kalian.. 

5.1.11

::sayang kamu sahabat::

Assalamualaikum...

erm... malam ni fyza nk melayan perasaan sikit leh tak..
huhuhuhu..=(

saya sayang sahabat saya~

Rasa ini jiwa aku kata
Hanya aku yang merasa
Bila bahagia mekar dalam jiwa
Maka Dia istimewa aku kira

Biar doa menjadi jambatan
Agar kasih sayang ini berpanjangan
Biar ukhwah jadi tautan
Agar diri dalam jagaan Tuhan

Allah,
Sahabat itu bungaku,
Tanpa Dia bagai tiada seri
Dia juga duriku,
Yang mencucuk jiwa menjadi berani

Allah,
Aku mahu kesyurga bersama Dia
Tidak mahu berdosa dalam bercinta
Kerana aku mahu cinta ini membawa kesyurga
Bukan ke neraka durjana
Cinta ini biar dalam redha
Yang menjadi nadi pembawa bahagia
Bahagia dunia, akhirat jua,
Tolong Allah,
Moga kasih ini terpelihara..
Uhibbukifillah SAHABAT! (:


buat kamu sahabat...
saya nak minta maaf sangat-sangat...
minta maaf atas segalanya...
kamu antara sahabat terbaik saya..
hinggalah hari ini.. 
kamu sentiasa ada untuk saya...
nasihat2 kamu.. 
teguran2 kamu.. 
dan gurauan2 kamu..
buat saya selesa jadi sahabat kamu~
saya bersyukur punya kamu sbagai sahabat~

~terima kasih sahabat~(^_^)(^_^)

p/s: senyum selalu.. jaga diri.. saya kalian sahabat~

Wassalam...




3.1.11

::Alhamdulillah::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
kembali lagi diri ini di blog ini..
selamat malam isnin!
apa khabar semua..?

kembali lagi diri ini.. 
hari ni..hari kedua berada di lipis!
di Lipis sudah... huhu...
demi sebuah tanggungjawab kan...

menadah tangan padaMu...

kembalinya diri ini ke kelas hari ni..
dan... 
hari ni dapat result sem lepas..
alhamdulillah... 
fyza bersyukur dengan result kali ni...
terima kasih Ya Allah...

Semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok adalah lebih baik daripada hari ini.~


p/s: senyum selalu.. jaga diri kalian..
senyumlah.. agar dunia terus tersenyum pada kita ye..~

Wassalam...

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers