16.4.10

:: BIG is beautiful ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... hari ni dpt update blog lg..=)

Coretan kali ini :: BIG fasa 3 ::

Tarikh:: 13-16 april
Tempat:: pulang pangkor (PULAKO)
Peserta:: Unit PS, SN, PT

Inilah kem Bina Insan Guru (BIG) pertama bg kami... dan kem in telah dijalankan di tempat
yang jauh sekali iaitu berdekatan dengan mktb kami.. hehe... jauh la sgt..=p

Dalam BIG ni..kitorg telah dibhgi kumpulan dan....
kumplan kami telah dnamakan "SPICA BLOOM"

We are spica..
Spica???
What are spica???
bloom..bloom...bloom..
spica..
bloom..bloom..bloom...
that's SPICA

hahahaha..kalo nk tau.. tu la sorakan group kitorg..

ahli::
alimie
nasrul
sharmi
yaso
ari
fyza
kak chah
hani wani
janna
huda

Erm... BIG yang pertama ni best sgt.. walopun mcm2 sbnrnya yg terjadi..
Firstly.. ada sorg ahli roup lain hmpir2 nk terjatuh ke curam yg dalam...
naseb baik sempat diselamatkn dr terjatuh...
Secondly.. ada sebuh pokok besar yg tbe2 tumbang dan hujungnya
hmpr kena pensyarah dan beberapa pelajar lain...
Alhamdulillah.. bersyukur kerana semua xde pape..
Lastly.. stelah penat berjalan mengharungi onak dan badai...
hehe.. mengharungi curam yang byk..kejap pnjt curam..kejap turun curam..
barulah kami tahu bhwa kami telah tersesat...
Pensyarh yang ada ktika itu cba mncari jln kluar..
kami berpatah blik dan pnsyrh tlh mencri inisiatif dgn kluar melalui jln yg dbuat sndri
stlah kami trnmpk jln lama...=)
namun, untuk smpai ke bwh.. halangn kami agk skar..
dan kami prlu trun dgn brhati2..
Tidak lama kmudian..smua rkn2 dpt turun dan kluar dgn selamat..
Alhamdulillah...

untuk aktvti water confident lak..
seronok sgt even ni first time..
seronok sgt berkayak...hilang tension or masalah sketika..hehe
mcm2 pengisian kayak yg diajar..
dan smua pengisian tu sgt brguna tuk kami smua...

Kesan BIG ni pd fyza..::
kulit burn
gatal2 yg teramat..
hehe..

Akhir kata...
TAHNIAH kepda smua peserta BIG fasa 3 bg pismp sem 1...
Korg smua mmg best..!!
The Loop doop
Shark
Warrior
Zitter
Guwa

Terima kasih sgt atas segala kerjasama..
Smoga prsahabatn kita smua terjalin selamanya...

::fyZa::


5.3.10

diam lebih baik?? huhu

Asalamualaikum...

Adakah diam itu lebih baik?? atau sebaliknya??

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?
"

12.1.10

Apa yang kau panggil cinta???


*sekadar renungan bersama..


Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara

Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa

Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan

Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan

Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!


20.11.09

Berakhirnya PPISMP...

Assalamualaikum..

Hari ni 20 nov.. Hari terakhir fyza kat mktb ni untuk ppismp.. hehehe. tahun depan dah nk masuk degree pon.. macam sekejap je rasenya.. macam bru smalam abis program orientasi.. hehe.. sem dpan masuk lmbt seminggu.. best gak..hehe.. harap2 pismp akan menjadikan fyza lebih fokus dan rjin..hahaha.. kalo rajin ar..

Hari ni jgk hari terakhir kat mktb ni utk tahun ni. hehe..hari yg dtunggu2.. hari ni balik rumah!! ryndu dah sgt2 kat family n rumah.. hehehe.. x sabar nk makan sedap2.. haha.. ape la fyza ni.. tau makan jek.. hehe..

Semua org dah nk blik.. huhu.. ade yg family amik.. ade gak yg bwk bas sendr.. haha. fyza gak yg naik train malam ni.. huhu.. harap2 train mlm ni x wat hal ye.. bleh sampai batu pahat awal.. horey..

Ape2 pon.. Selamat bercuti untuk semua kawan2.. hepy holiday.. jaga dri.. dan jumpa sem depan..

Wassalam..

Lemahnya diri ini..

*artikel in fyza terbaca dlm internet.. lemahnya diri ini.. sedeh rasenya bace artikel ini.. utnuk renungan bersama k..

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri



Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

15.11.09

lagu

Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers