27.4.10

:: andai kita kecewa ::



Assalamualaikum..
maaf la..nk touching ckt malam ni.. hehe..xpe kn??
touching byk kot..=p
pnah x kamu semua menghadapi kekecewaan..? mesti pernah kn??
sbagai manusia kita semua xkan lari dari semua ni..
apa yg kamu smua buat kalo kecewa atau sedeh?
nangis?menjerit?makan?
haha... semua orang ada cara masing2..
tp jalan2 yg terbaik ialah emngadu kepada Allah..
kerna Dia maha mengetahui segalanya..
dan andai kita kecewa.. yakinlah bahawa kegembiraan akn dtg pada kita juga nanti..

Kehidupan ini bukanlah sesuatu yang boleh diduga.Kadang-kadang kita banyak diuji tentang hati dan perasaan. Tapi inilah yang banyak mengajar kita tentang erti hidup. Keikhlasan dan kejujuran yang kita berikan belum tentu akan dibalas dengan keikhlasan dan kejujuran jua. Dan bukan mudah untuk kita memaafkan seseorang yang melukai kita. Namun, yang pahit tu harus ditelan kerana jika kita terus mengemamnya, kemanisan tak kan terasa. Dan usahlah membuang kepahitan, kerana yang pahit itulah ubat yang akan membentengi diri daripada kesilapan yang sama. Tetapi andai masa mampu mengubati, hulurkanlah kemaafan kerana Tuhan suka hamba yang berbuat kebaikan.

andai kecewa engkau turutkan,
warna pelangi takkan muncul lagi,
berputus asa dari jalan rahmatNya,
akan musnahlah pedoman diri,
bawalah hatimu kepada Ilahi,
kerana Ia menyembuh luka di sanubari,

Ingatlah, andai kecewa yang diturutkan warna pelangi yang indah tak kan muncul lagi.

Mengharapkan manusia sewaktu kecewa bukanlah jalan yang terbaik...kerana manusia hanyalah insan yang lemah, terbatas akal dan budi. Mengadu pada manusia juga menambah kekecewaan kerana tidak ramai yang memahami, sedikit cuma yang memberi ingatan. Sedangkan pengharapan pada Allah itulah yang benar kerana Dia takkan pernah mengecewakan hambaNya. Biarpun masa menjadi taruhan, lambat-laun ia memberikan kita kebahagiaan yang tidak pernah kita sangka. Selalulah bersangka baik kepada Dia...Dialah segala-galanya.

Mesej dari seorang teman....

aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri...
aku minta kepada Tuhan seekor kupu-kupu, Dia beri ulat berbulu...
aku sedih dan kecewa...

kemudian,

kaktus itu berbunga, indah sekali...
ulat itu menjadi seekor kupu-kupu cantik, riang sekali...

itulah jalan Tuhan, indah pada masanya...memberi apa yang kita perlukan, tidak selalu yang kita harapkan. Jauh dari apa yang kita fikirkan, sedangkan Dia sedang mengatur yang terbaik buat kita!

Wassalam..

-FyZa-

No comments:

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers