28.4.10
:: Sebiru hari ini ::
27.4.10
:: insan bernama wanita ::
:: andai kita kecewa ::
.jpg)
25.4.10
:: penyakit hati ::
Assalamualaikum..
apa yg fyza nk kongsi kat bawah ni adalah sekadar renungan kepada diri fyza sndiri dan kita semua... sbagai manusia kta tak pernah lali dr melakukan kesilapan atau mempunyai perasaan dengki dan sebagainya... petikan kat bawah ni adalah pedoman
Dato’ Dr.Fadzilah Kamsah...
Penyakit yang paling bahaya ialah sakit hati dan dendam. Kedua-dua penyakit ini bukan sahaja boleh membahayakan individu dan rumahtangga tetapi boleh menghancurkan sebuah peradaban manusia. Kemaafan mampu menangani masalah ini. Malangnya kajian di Malaysia menunjukkan kurang daripada lima peratus orang Malaysia yang memaafkan semua orang sebelum tidur setiap malam.
Kajian di Amerika menunjukkan kemaafan akan menyebabkan manusia menjadi lebih sihat,kurang stress,hidup lebih bahagia,hubungan keluarga yang lebih mantap,produktiviti yang meningkat dan hubungan yang lebih berkualiti.
Mengapa terlalu sukar untuk memaafkan orang lain? Diantara puncanya ialah:
- Luka hati yang mendalam
- Perasaan cemburu yang keterlaluan
- Marah yang bersangatan
- Rasa teraniaya
- Tidak redha dengan peristiwa atau kejadian yang berlaku
- Terlalu keras hati
- Ingkar perintah Allah S.W.T
- Terperangkap dalam kitaran yang negatif.
- Belum dapat hidayah daripada Allah S.W.T
Natijah sebuah kemaafan?
- Hati menjadi bersih
- Fikiran yang tenang
- Penyembuhan penyakit
- Wajah semakin cantik dan menawan
- Doa menjadi lebih makbul
- Pintu rezeki terbuka
- Peningkatan produktiviti
- Eratkan hubungan kemanusiaan
- Peningkatan tenaga zahir dan batin
- Keberkatan dan kebaikan yang melimpah ruah.
Bagaimanakah cara untuk menjana dan memperkasa sifat pemaaf di dalam diri kita?
Diantara pendekatan yang boleh dilakukan ialah:
- Besarkan jiwa dengan menjadi pemaaf
- Usaha untuk sentiasa redha dan bersyukur
- Cari hikmah dan kebaikan dalam setiap peristiwa yang berlaku
- Cuci hati dengan menjaga solat, istighfar, dan zikir, solat taubat setiap malam, membaca al-Quran setiap hari, meminta dan memberi maaf, muhasabah diri secara berterusan, berpuasa, mengingati mati, kekalkan wudhu’, bersedekah,jaga makanan, berkawan dengan orang yang positif, dan menjaga pancaindera.
- Meminta bantuan dan nasihat daripada pakar dan ulama.
- Berbincang dengan ikhlas secara bersemuka.
- Buka lembaran baru pada setiap titik perubahan yang ditemui
- Bayangkan yang ajal kita sudah terlalu hampir.
- Sentiasa mengingati dosa kita terhadap orang lain.
- Berterusan belajar untuk menggilap minda, emosi, dan keimanan.
- Sentiasa berdoa agar Allah S.W.T sentiasa memurnikan dan melunakkan hati kita agar jadi orang yang pemaaf.
erm.. setiap orang mesti pernah mepunyai perasaan dendam, sakit hati dan sebagainya.. jalan yang terbaik, bersihkan hati dan berkanlah kemaaafan..
Wassalam(^_^)(^_^)
-FyZa-
23.4.10
::awan itu indah..tp indah lg persahabatan::



Berdebar saat mula bersua
Kaku menahan kata terpesona
Dan malu segala bicara jiwa
Hingga angan terlena bila jumpa
Walau sepandang mata
Chorus :
Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara
Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah
Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori
Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji ku
La la la la la la la
Sang bayu menyentuh renungan
Rupanya bayangan
Mainan perasaan berpanjangan
kehadiran bagi nya cuma
Ku teman biasa
Akur menerima
Chorus 2:
Siang malam berlagu cinta
Penuh indah melodi kita
Terang bulan tersenyum sama
Di hanyut asmara
Merindui selama resah
Masih wajah setiap kisah
Beterbangan rasa gelisah
Kasih percayalah
Selalu dalam hati kau menemani
Meredai sejuta mimpi
Yang telah lama membelai sepi
Menjadi memori
Suara mu menyentuh kalbu
Pada waktu tiada jemu
Hanya satu ku terus menunggu
Seandainya kau tahu
Tulus janji Ku
Melangkah momen ke momen
Mencari penjelasan
Sudah ku temui kenyataan
Tidak mudahnya berharapan
La la la la la la
Teman biasa
- FyZa-