24.10.09

langit takkan selalu cerah..


Assalamualaikum...

Langit tak selalu cerah..kata orang tua. Langit itu perumpamaan hidup ini. Hari ini, langitku kesuraman. Enggan berbicara panjang. Berehat dari kerja. Fikiran menerawang. Bila hati kelabu, bibir pun jadi lesu untuk berkata. Kalau boleh, mahu terus berfikir, mendiam dan berfikir lagi. Tapi kehidupan selalu ada ruang untuk itu dan ini. Itu perlu dibereskan. Ini kena disiapkan.

Cerita kehidupan umpama rona alam. Tercalit paduan warna yang pelbagai. Ada yang harmoni, ada pula yang kontras. Tidak Dia jadikan semua ini sia-sia, buat mereka yang berfikir. Orang kata banyak berfikir maknanya kurang bercakap. Kurang bercakap ‘tak bagus’ untuk kesihatan mental. Aku dijadikan Tuhan memang kurang bercakap. Mungkin ada hikmahnya.

Terjemahan makna kehidupan yang sebenarnya cerita. Cerita kehidupan karangan insan biasa. Yang melalui kehidupan dengan rasa yang berbeza. Hari ini takkan sama dengan semalam. Takkan! Walaupun episod perjalanannya sama. Sebab tiada satu detik pun yang sama.

Cerita Kehidupan adalah cerita hati.

Cerita hati..

Hati ini.

Ada airmata di celah ayat-ayat tak sempurna.

Ada..

Bila hati mahu menyatakan yang di dalam, bahasa bukan pemudahcara yang asli.

Erm..biarlah hanya hati ini yang tahu...

6 comments:

nuRRul syafi_iZZan said...

yeah...langit xselalunya cerah..

mendung itu mngjar kita lbh mnghargai langit yg cerah:)

norfarahintaib said...

org kate....
bile langit tu menurunkan hujan...
mungkin ade pelangi yg akan muncul....

pelangi hafyza said...

fizan: btol tu fizan.. segala ujian yg dtg kat kte tu ada hkmahnye kn? mgkn nk jdkan kte sentiase bersyukor..=p

kak iin: amboi, kak..
pandai berkata-kata ek?? hehehehe..adakah pelangi itu aakn muncul?

norfarahintaib said...

huhuhu....
kalu die x muncul...
hri lak cerah melampau...

masa utk membuat eksperimen sains...
buat pelangi...

chentaS said...

mak aih...!!! cikgu pizah!!1 kagum seh ayat ko!

pelangi hafyza said...

niss..
hehehe..
biase ar..
tgok org ar..

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers