25.3.11

::Terengganu::

Assalamualaikum..

selamat petang sahabat..
apa khabar semua..? 
maaf ye sebab lama menyepi~

untuk entry kali ni..
hanya sedikit gamabr2 masa pergi Terengganu hari tu..

 
ni merupakan pintu gerbang Taman Tamadun Islam ye.. cantik..

 bergambar kejap ye..

 Masjid Kristal.. Subhanallah.. Cantik..

 mase naik cruise ye.. best sebab kami berenam ye naik.. hehe

 masjid Kristal dari tengah laut.. 

ni pulak kedai kuih kat sana.. nyum2..
banyak sangat kuih.. kalau boleh nak cuba semua.. hehe..

Terengganu best!

p/s: sekian dulu ye..jumpe lagi..
Wassalam..

22.3.11

::senyum dalam tangis::

Assalamualaikum..

apa khabar semua..? 
harap semua sihat2 ye..

hari ni entah kenapa..
mood fyza tak berapa baik ye.. huhu
waaaaaaaaaa...
saya hanya mampu...
SENYUM DALAM TANGIS..



Ya Allah.. kuatkan diri ini..
berikan diri ini petunjukMU..
Amin..

p/s: hanya entry ringkas.. sayang kalian..

Wassalam..

::sebuah ceritera Amin dan ayah::

Assalamualaikum..

selamat malam sahabat~
mata fyza masih belom terlena..
jadi..jari jemari ini terus menulis..~
untuk entry kali ni.
hanya sebuah kisah untuk semua..


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”
...
“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....
p/s: sekian dulu.. sayang kamu semua.. renung2kan ye..
Wassalam..

15.3.11

Tsunami di Jepun tanda kiamat?

Assalamualaikum..

selamat pagi sahabat~
sedikit perkongsian tuk renungan semua..

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

p/s: renung-renungkan..selamat beramal..

Wassalam...

14.3.11

::warkah untuk sahabat::


Assalamualaikum..
selamat hari isnin.. pe khabar semua?
fyza baru balik dari kebun ni.. tolong ayh ngan mak td..
saje update blog dlu ni..
pasni nak masak pulak..^_*
perkongsian tuk hari ni..
artikel dari iluvislam
khas untukmu sahabat~
alt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...
akhir kata... terima kasih sahabat~~
p/s: Sekian dulu..jom masak.. 

Wassalam..

11.3.11

::PBS dan Terengganu::

Assalamualaikum..

selamat malam sahabat~
pe khabar? semua sihat?
alhamdulillah..malam ni dapat menulis lagi
walaupun dalam keadaan line yg slow ni..
maaf la.. sbb agak lame fyza tak update blog~
alhamdulillah jugak sbb sekarang fyza dah pun berada di rumah..
sebenarnya.. sepanjang minggu ni..
fyza berada di Terengganu..
menjalankan PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di sana..
di Sk KOmpleks Gong Badak..

PBS kali ni mmg kami dah plan buat sesame di Terengganu..
ngan mereka2 yang lain..
abis PBS.. pada sebelah petang pulak..
ape lagi..jalan2 cari makan la.. hehe..
sangat best dan seronok.. setiap hari kami terisi..
dapat jalan2 sekitar Kuala Terengganu..
yang penting dapat makan macam2.. hehe
fyza rasa kat Terengganu asyik makan je kot.. 
gemok la fyza lepas ni..

cerita mengenai PBS pulak..
minggu ni minggu peperiksaan..
jadi kami kene jaga exam kat beberapa kelas yg xda cikgu..
oh ye.. murid2 kat sekolah ni baru dapat e-books taw..
dari kerajaan negeri Terengganu..
berFB sakan la mereka dalam kelas.. 
sungguh maju zaman skrg..huhu..=(
tiba hari khamis..
agak sedeh la meninggalkan sekolah kompleks gong badak ni..
sebabnya cikgu2 nye sangat best..
  mereka sangat ramah tamah dan mesra..
kami2 pon jadi x segan..

abis PBS..
fyza pon balik ke rumah..
selamat tinggal Terengganu.. hehe..
dan sebagai buah tangan.. 
kepok lekor fyza bawak balik tuk family..
banyak..tak cukup tak tau la ye.. hehe

ok.. setakat ni dulu kot..
maaf la.. takda gambar tuk entry kali ni..
sebab line x bape nak elok ye..
maaf..=( InsyaAllah lain kali ye kawan2..

p/s: jaga diri.. senyum2 selalu..

Wassalam..


::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers