30.1.12

::di balik sebuah mimpi::

Assalamualaikum...

selamat malam...
apa khabar kamu2...
maaf.. sebab lama sangat tak update..
fyza nak share sesuatu malam ni..

fyza tertarik dengan bait2 lagu yang dimainkan dalam satu cerekarama ni...

Di balik sebuah mimpi
Ada sebuah harapan
Ada sebuah kisah yang tersimpan
Berjuang untuk hidup
Berjuang untuk jiwa
Berjuang untuk sahabat sejati
Dan aku ingin terus bermimpi
Dan ingin mewujudkannya

Bila harus ku berlari
Bila harus ku terjatuh
Bila nanti ku terluka
Ku tak akan meminta
Di sinilah ku berdiri
Di sinilah ku bertahan
Aku tak akan berpaling
Kerna ku bisa dan ku akan terbang

~aku mahu terbang~

kamu2.. di balik sebuah mimpi.. ada sebuah harapan..
suke bait kata tu..
apa pun yang berlaku dalam hidup kita mesti ada hikmahnya..
jangan berhenti berharap ok..
jangan sedeh2..
yagn penting.. usaha, doa, tawakal..
insyaAllah... apa yang kita inginkan akan jadi kenyataan...

p/s: aku mahu terbang..hee

Wassalam...

21.1.12

::kembali senyum::

Assalamualaikum..

selamat pagi sahabat..
ahamdulillah..pagi ni dapat menulis lagi..
moga pagi ni merupakan hari yang indah buat semua..
senyum2 ok..
dan buat yang bersedeh ke yang sedang ada masalah ke..
harap kamu akan kembali senyum ye..
sebab senyum tu sedekah... sedekah yang paliing mudah... betul tak?^^

pernah dengar tak lagu kembali senyum?
penyanyinya Izwan Pilus telah meninggah dunia semalam..
akibat jangkitan kuman dalam darah..
Al-Fatihah~

setiap yang hidup pasti akan mati..
ye.itu betul.. cuma masa yang membezakan setiap orang daripada kita kan..



kamu2..
jaga diri..jaga hati..
gunakan hari ini dengan sebaiknya..
kerna esok belum pasti ada untuk kita~

p/s: sudah berada di rumah.. ^^

Wassalam..


17.1.12

::berhenti mengejar mimpi yang tak pasti::

Assalamualaikum..

selamat malam..
alhamdulillah..
malam ni berkesempatan untuk mencoret di sini..

korang..
kadang2 orang cakap berhenti dari menggapai bintang di langit..


atau pun.. orang akan cakap..
jangan berangan laahh..
berhenti la dari mengejar mimpi yang tak pasti..

ye..memang lah semua benda di dunia ini tak pasti lagi..
esok pun belum tentu milik kita..
tapi jika kita berusaha.. dan berdoa..
insyaAllah.. apa yang kita inginkan akan jadi kenyataan..
betul tak?

korang.. fyza ada satu keinginan..
keinginan untuk buat sesuatu...
angan2 je dari dulu..
tapi jika tak mula..macam mana nak tau berhasil ke tak kan..
jangan angan2 aje sudah la..^^

contohnya la kan..
kalo korang nak kereta ni kan...
tak boleh hanya dengan angan-angan je taw..
sebab kete ni takkan datang dengan sendiri depan kita taw...
ni contoh je la ye..

jadi apa lagi...
walau apa pun impian kita..
teruskan usaha wahai diri...! ^^

p/s: salam sayang..jaga diri..

Wassalam...

13.1.12

::muka buku satu::

Assalamualaikum..

selamat petang..
apa khabar sahabat~
sekali lagi hujung minggu di lipis tercinta sebelum balik cuti raya cina minggu depan..

nk bercerita tentang status fyza di muka buku beberapa hari lalu..

nak tau x? kamu2 dah sangat CANTIK dan HENSEM dengan ciptaan terbaik ALLAH taw.. TAK perlu untuk MENGUBAH ciptaan ALLAH yang SEDIA ada..sebab hakikatnya awak lebih CUTE dan SMART dengan keunikan SEMULA JADI yang ISTIMEWA tu...♥

setuju tak?
sape setuju angkat tangan ok..^^


kamu2..
sape kata kamu tak cantik?
sape kata kamu tak hensom?

tak baik cakap gtu taw..
kita dah dilahirkan dengan cukup sempurna..
cukup sifat..
ada mata untuk melihat..
ada tangan untuk makan..
ada telinga untuk mendengar..
ada mulut untuk bercakap..
ada kaki untuk berjalan...
dan sangat banyak lagi..

haa..kan dah cukup cantik tu...
cukup hensom dah.. sebab ada semua tu kan..

kepada kamu2 wahai wanita..
kamu dah cukup cantik..
pelihara kecantikan yang ada itu ye..
luaran dan dalaman..
insyaAllah..

kepada kamu pulak...
uiishh.. hensomnya dia..
kamu dah cukup handsom dah...
gunakan kehensomman kamu dengan sebaiknya..

akhir kata..
bersyukurlah..
ktia semua dah cantik dan hensom dengan ciptaan ALLAH..
biar tak cantik dan hensom di mata manusia..
tapi cantik dan hensom di mata DIA...

p/s: buat renungan bersama..

Wassalam...

12.1.12

::mengajarku erti syukur::

Assalamualaikum..

alhamdulillah...
dapat juga mencoret kat sini..
nak kongsi satu artikel yang fyza tulis..


Setujukah kalau dikatakan di sini bahawa masyarakat pada hari ini sudah terlalu mewah dengan makanan? Masyarakat di Malaysia bukan kekurangan makanan tetapi hakikatnya mereka kelebihan makanan.

Tetapi, pernahkah kita bersyukur dengan nikmat makanan yang kita perolehi setiap hari. Dari sarapan, makan tengahari dan juga makan malam, kita masih mempunyai makanan bukan untuk dimakan? Kadangkala, makanan kita terlalu mewah.

Namun kenapa masih ada yang merungut dengannya?
Walauapa pun makanan tersebut, ianya adalah nikmat rezeki yang Allah turunkan kepada hambaNya.
Jangan pernah merungut dengan rezeki yang Allah berikan. Selagi dii hadapan kita masih ada makanan, dan selagi Allah masih memberikan kita rezeki untuk makan, selagi itu jugalah kita harus bersyukur.

Situasi satu:
Ada orang yang merungut kerana tidak dapat makan makanan yang enak dalam kehidupannya.
“mak mak masak apa hari ini?”
“dik, hari ni kita makan telur goreng je ye nak. Ini je yang ada untuk hari ni.”
“erm.. telur goreng lagi?? Apa ni mak??? Hari-hari telur goreng. bosan la kalau hari macam ni.!”
Dialog tersebut sering keluar di bibir anak-anak pada hari ini. Tidakkah mereka sedar bahawa telur goreng juga makanan? Makanan yang halal dimakan. Oleh itu, walau apa pun makanan yang ada, bersyukurlah sahabat sebelum rezeki yang Allah berikan itu hilang hari demi hari.

Situasi dua: Ada orang lain pula yang dilimpahi dengan pelbagai makanan yang enak, tetapi masih merungut kerana makanan itu tidak sedap.
Ketika lauk-pauk sudah terhidang di atas meja..
“erm.. ada ketam masak lemak la.. sedapnya..nak makan la “
Selepas merasai makanan tersebut,
‘erm. Tak sedap langsung?? Sape yang masak ni!”
Ish.ish..ish.. si tukang masak pula disalahkan.. tukang masak juga manusia biasa.
Manusia oh manusia..
Bila tidak dapat makanan yang kita sukai kita merungut
Dan bila sudah mendapat makanan yang kita sukai, kita juga merungut.
Mengapakah kita tidak bersyukur? Mengapa?
Situasi tiga:
Ada pula orang yang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
‘mak, mak masak apa hari ini?”
“mak masak telur goreng je hari ni dik. Ini je rezeki yang ada untuk hari ni dik”
“telur goreng? Tak apa la mak.. telur goreng pun sedap! Rezeki dari Allah kan mak. Alhamdulillah kita ada makanan hari ini kan mak?”
Alangkah bagusnya jika semua orang berfikiran begitu. Allah itu maha adil, jika hari ini kita hanya makan telur goreng, insyaAllah dengan usaha hambaNya, Allah akan berikan rezeki yang lebih kepada hambaNya pada masa akan datang..

‎"Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya” -Imam al-Ghazali (dlm kitab Ihya’ Ulumiddin)


 
Oleh itu, bersyukurlah.
“Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur dengan rezekiMu”

dekat sini pon ada..

p/s: buat renungan bersama..

Wassalam..

8.1.12

::hargai ibu anda::

Assalamualaikum..

selamat pagi...
selamat hujung minggu...
pagi ni fyza nak share something yang fyza ambil di fb tadi..
tentang kasih sayang seorang ibu..


Ketika berusia setahun :


Ibu suapkan kita makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih padanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.



Apabila berusia 2 tahun :


Ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil


Menjelang usia kita 3 tahun :


Ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.



Ketika berusia 4 tahun :


Ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.



Berusia 5 tahun :


Ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.



Setelah berusia 6 tahun :


Ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "Tak nak! Tak nak!



Apabila berusia 7 tahun :


Ibu belikan sebiji bola, cara kita mengucapakan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.


Menjelang usia 8 tahun :


Ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.



Ketika berusia 9 tahun :


Ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.



Berusia 10 tahun :


Ibu menghabiskan masa sehari suntuk untuk menemankan kita ke mana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.



Apabila berusia 12 tahun:


Ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.



Menjelang usia 13 tahun :


Ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai pada zaman sekarang.



Ketika berusia 14 tahun :


Ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih padanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.



Berusia 15 tahun :


Ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.



Menjelang usia 18 tahun :


Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan kawan.



Ketika berusia 19 tahun :


Ibu bersusah payah membayar wang pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar kerana malu dengan kawan kawan.



Berusia 20 tahun :


Ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata, "itu bukan urusan ibu".


Setelah berusia 21 tahun :


Ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu".


Apabila berusia 22-23 tahun :


Ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu, kita katakan pada kawan kawan, "Perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuu!".



Menjelang usia 24 tahun :


Ibu bertemu bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibu, tooloonglaah!!"



Ketika berusia 25 tahun :


Ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan kahwin kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.



Pada usia 30 tahun :


Ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden"



Ketiak berusia 40 tahun :


Ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita berkata, "kami sibuk, tak ada masa nk datang".



Apabila berusia 50 tahun :


Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak anak.



Dan kemudian suatu hari,


Kita mendapat berita ibu menunggal dunia. Khabar itu bagaikan petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.





Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika telah meninggal dunia, ingatlah kasih dan sayangnya. sayangilah ibu kerana kita hanya ada seorang ibu kandung...


akhir kata..
hargai ibu dan ayah anda..
harap kita semua tak buat macam tu kat ibu bapa kita ok..

mak... along sayang mak....


p/s:sayangi ayah anda jugak ok..^^
 tbe2 rasa nak balik rmh lak.. sayang korang..buat renungan bersama ye..=)

Wassalam...

7.1.12

::cukuplah Dia melihat segalanya::

Assalamualaikum..

selamat pagi...
alhamdulillah..pagi yang sangat cerah...
hanya entry ringkas untuk pagi ni..
 


Hidup ini kita kena kira 'sedap pandang' di mata Allah,
Bukan 'sedap pandang' di mata manusia.
 
sebab...
yang layak menilai kita ialah Allah..
bukan manusia...
betul tak?

walau apa pun yang kita buat..biar kerana Allah..
dan bukan kerana manusia..

 biarkan apa orang kata..
janji kita tahu apa yang kita buat..
dan lagi satu..
banyakkan berdoa kepada Allah...
sesungguhnya Allah amat mencintai hambaNya yang selalu berdoa kepadanya^^
akhir kata..
jangan harap manusia menilai kita,
Cukuplah bagi kita Allah melihat segalanya.

p/s: buat renungan bersama...

Wassalam..



6.1.12

::erm..cantik::


Assalamualaikum..
selamat petang semua...
apa khabar sahabat...
agak lama fyza tak mengupdate sebab lptop fyza tak boleh nak bukak blogger.com
dan tak tahu kenapa..
korang.. petang ni fyza nak share something...
yg fyza ambil dari page senyum design studio kat fb...
wallpaper yang sangat cantik...
dan perisian yang mantap..
fyza suke..^^


haa..ce tengok tu..
cukup cintai seseorang tu dalam diam dan dalam kesedrhanaan..
sesungguhnya Allah tahu yagn terbaik untuk kita..
yang penting..doa,usaha dan tawakal^^


 erm..
saya teringin nak jadi penulis macam ni..
boleh tak?


Wanita ibarat BUNGA…
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.
Yang kekal menjadi pujaan manusia,
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya.

Kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk
..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu…
Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya…
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan…
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
tetapi bila dihalusi dengan mata hati, TERNYATA AMAT TINGGI NILAINYA

ouch..saya nak jadi wanita macam tu..
doakan saya...^_^

ya Allah..ampunkan dosa2ku...
terimalah taubatku...

p/s: sekian dulu..sayang korang..

Wassalam..

::saya dan ceritera hafyza::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers