Assalamualaikum...
hati ini
seakan-akan mencari
dimana
nilai sebenar erti sebuah ‘cinta’
sedangkan
usia kian memakan diri
hati
semakin pudar untuk menerima cinta
semakin
dicari tetapi semakin tidak ditemui
semakin
dikejar tetapi semakin menjauh
hidup
bagaikan mengejar bayang-bayang setiap hari
tidak
ditemui apa yg diimpikan
bukan
untuk mencari kesempurnaan
dek diri
sendiri yg penuh dengan kekurangan
kealfahan
dan kelemahan yang sentiasa sebati dalam diri
akhirnya
tersungkur dalam ‘cinta mainan manusia’
yang
bertopengkan kecantikkan dan kesempurnaan luaran
sedangkan
dalaman penuh dengan kepura-puraan
masih ada
kah keikhlasan??
dimana
nilai kasih sayang sebenar??
termenung
sendiri menghayati firman ALLAH
“Maha Suci
Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari
yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka
tidak mengetahuinya.”(SURAH YASSIN :36)
yakin
dengan hati, janji ALLAH adalah pasti
kasih
Al-Haqq adalah abadi
jangan
dicari kasih yang bermusim
kelak
akan binasa
jangan
ditagih sayang yang tidak pasti
kelak
akan kecewa
jangan
dipuja cinta yang datang
kelak
akan menyakitkan
jangan
asyik menanti ‘cinta’ datang
sedangkan
‘cinta’ datang belum tentu untuk kita
jangan di
kesal benda yang telah lepas
kesusahan,
kesukaran dan kesedihan pasti ada hikmanya
“Bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah Al-Insyirah:6)
teruskan hidup menuju nur ILAHI dihadapan masih jauh akan
ditempuhi
Ya
Rahman, Ya Rahim…pimpinlah daku menuju redhaMU
(^_^)(^_^)
Waalaikumsalam..